Pulihkan versi lebih lama fail

Dropbox menyimpan petikan semua perubahan yang dibuat kepada fail di dalam Dropbox anda sepanjang 30 hari yang lalu (atau lebih lama dengan Dropbox Business). Anda boleh memulihkan versi lebih lama fail, memulihkan fail terhapus, atau buat asal acara penghapusan.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Kembali kepada versi lebih lama fail di dropbox.com

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik kanan fail dan pilih Sejarah versi.
    • Sebagai alternatif, anda boleh klik ruang putih di sebelah nama fail anda untuk menyerlahkannya, dan kemudian klik Lagi untuk mendedahkan pilihan Sejarah versi .
    • Jika anda menghapuskan fail secara tidak sengaja, klik ikon tong sampah untuk melihat semua fail terhapus, klik kanan pada fail, dan pilih Pulih… Dalam tetingkap timbul yang muncul, klik Lihat versi lain.
  3. Cari versi fail yang anda ingin kembalikan.
  4. Pilih Pulihkan.

Kembali kepada versi lebih lama fail daripada lambang Dropbox

  1. Klik lambang Dropbox.
  2. Daripada tetingkap timbul, klik Sejarah versi

Tetingkap pelayar dibuka di dropbox.com dengan senarai penuh semakan fail untuk dokumen anda. Ikut arahan dropbox.com untuk kembali kepada versi lebih lama atau pulihkan fail yang dibuang secara tidak sengaja.

Tunjukkan arahan untuk:

Linux

Kembali kepada versi fail lama pada Linux

  1. Klik kanan fail.
  2. Pilih Sejarah versi
  3. Ikut arahan dropbox.com untuk kembali kepada versi lebih lama atau pulihkan fail yang dibuang secara tidak sengaja.

Macintosh

Kembali kepada versi lebih lama fail pada Mac

  1. Tekan control pada papan kekunci anda dan klik fail pada masa yang sama.
  2. Pilih Lihat Versi Sebelumnya.
  3. Ikut arahan dropbox.com untuk kembali kepada versi lebih lama atau pulihkan fail yang dibuang secara tidak sengaja.

Vista/Win7/Win8/Win10

Kembali kepada versi lebih lama fail pada Windows

  1. Klik kanan fail.
  2. Layangkan tetikus anda di atas submenu Dropbox dan pilih Sejarah versi.
  3. Ikut arahan dropbox.com untuk kembali kepada versi lebih lama atau pulihkan fail yang dibuang secara tidak sengaja.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan