I'm not able to access Dropbox in Crimea, North Korea, or Syria. Why, and what should I do?

Jika anda tidak dapat mengakses dropbox.com, ataupun aplikasi desktop atau mudah alih Dropbox gagal dimuatkan atau menyelaras dengan akaun Dropbox anda, mungkin anda sedang cuba mengakses Dropbox dari lokasi dengan akses terbatas. Ini akan menjejaskan pengguna dalam pelan yang berikut:

  • Dropbox Plus
  • Dropbox Professional
  • Mana-mana pelan Dropbox Business (Standard, Advanced, Enterprise, atau Education) 

Mengapakah akses saya terbatas?

Sejajar dengan sekatan perdagangan dan syarat embargo yang berkenaan, Dropbox (sama seperti syarikat lain) tidak menyokong akses kepada sebahagian daripada perkhidmatan kami di sesetengah negara atau rantau, seperti Crimea, Korea Utara, dan Syria.

Jika anda pengguna Plus, Professional, atau Business yang berada di salah satu kawasan ini, anda tidak akan dapat mengakses akaun Dropbox anda. Batasan ini akan dikenakan sama ada anda tinggal di kawasan ini ataupun akan mengunjungi buat sementara.

Apakah yang akan berlaku semasa saya berada di negara atau rantau dengan akses terbatas?

Jika anda mempunyai pelan Dropbox Plus, Professional, atau Business, dan anda sedang cuba mengakses perkhidmatan kami dari negara atau rantau terbatas, anda boleh melihat tingkah laku yang berikut:

Laman web Dropbox (dropbox.com)

Jika anda mendaftar masuk ke dropbox.com semasa anda memasuki negara atau rantau terbatas, anda akan didaftar keluar secara automatik dan diminta untuk mendaftar masuk semula. Daftar masuk itu akan gagal, dan anda akan melihat mesej “Sila daftar masuk atau mendaftar untuk mengakses halaman ini“ bagi setiap cubaan baru. Anda juga mungkin melihat Dropbox mencuba untuk memuatkan mesej “Terdapat masalah semasa melengkapkan permintaan ini.“

Jika anda belum mendaftar masuk dan cuba untuk melakukannya, halaman itu akan dimuat semula dan meminta anda untuk mendaftar masuk sekali lagi, tetapi daftar masuk itu tidak akan disempurnakan.

Aplikasi desktop Dropbox

Jika anda sudah pun mendaftar masuk ke folder Dropbox pada komputer anda semasa anda memasuki negara atau rantau terbatas, folder itu akan berhenti menyelaras ke Dropbox. Jika anda cuba untuk memuat naik atau menyelaraskan fail ke Dropbox, anda akan melihat mesej "menyambung" atau "menyelaras," tetapi muat naik atau penyelarasan itu tidak akan disempurnakan.

Jika anda tidak mendaftar masuk ke folder Dropbox semasa anda memasuki rantau terbatas, aplikasi akan berkata "bermula" tetapi tidak akan disempurnakan.

Aplikasi mudah alih Dropbox

Jika anda cuba untuk mengakses aplikasi mudah alih Dropbox dari negara atau rantau terbatas, memuat naik dan menyelaras akan gagal disempurnakan.

Fail yang anda muat turun ke peranti mudah alih anda sebelum ini akan boleh diakses, tetapi fail cache (yang nampak sama) tidak akan boleh diakses.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan akses?

Batasan ini hanya dikenakan jika anda cuba untuk mengakses Dropbox dari salah satu negara atau rantau ini. Untuk mendapatkan akses kepada akaun Dropbox, anda perlu mengakses perkhidmatan Dropbox dari luar lokasi terbatas.

Adakah data saya selamat walaupun akses saya terbatas?

Ya. Data anda akan kekal selamat di dalam Dropbox, walaupun anda tidak dapat mengaksesnya.

Akaun saya disekat, tetapi saya tidak berada di negara atau rantau terbatas. Apakah yang harus saya lakukan?

Jika akses anda disekat tetapi anda tidak berada di negara atau rantau terbatas, anda boleh cuba menghubungi sokongan Dropbox. Bagaimanapun, sila sedia maklum bahawa kami tidak boleh membuang sekatan akses atas sebarang sebab jika anda berada di negara atau rantau terbatas. Satu-satunya cara untuk mendapatkan semula akses kepada Dropbox adalah dengan meninggalkan lokasi terbatas ini.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu