Memilih kata laluan yang selamat untuk Dropbox

Kami sangat mengesyorkan setiap pengguna mengambil langkah untuk meningkatkan keselamatan mereka sendiri di Dropbox dan di tempat lain dalam talian. Berikut adalah beberapa teknik perlindungan kata laluan yang mudah dan biasa untuk memastikan akaun dalam talian anda selamat.

Pilih kata laluan yang unik untuk setiap perkhidmatan yang anda gunakan

Perkara yang paling selamat ialah memilih kata laluan yang unik untuk setiap perkhidmatan yang anda gunakan dan menjaganya dengan teliti. Jika anda pernah menggunakan kata laluan yang sama untuk lebih daripada satu laman web, anda perlu mewujudkan kata laluan baru yang unik untuk setiap satunya.

Peralatan seperti 1Password boleh membantu anda menguruskan kata laluan yang kukuh merentasi pelbagai laman dan membantu menjadikan akaun anda lebih selamat.

Bolehkan verifikasi dua langkah

Verifikasi dua langkah akan menambah satu lapisan tambahan keselamatan kepada akaun anda. Setiap kali anda mendaftar masuk ke Dropbox, anda akan diminta memasukkan kod yang dihantar ke telefon anda atau kod satu masa atau masa terhad yang dijana oleh apl mudah alih yang disokong, seperti Google Authenticator. Ini adalah langkah yang amat berkesan untuk melindungi akaun anda daripada akses yang tidak sah. Untuk membolehkan verifikasi dua langkah, ikuti langkah-langkah di dalam artikel pusat bantuan ini.

Cipta kata laluan yang kukuh dan ujinya

Kata laluan yang bagus adalah yang mudah untuk anda ingati tetapi sukar diteka oleh orang lain. Perkataan luar biasa bagus digunakan, tetapi hanya jika anda menggabungkan beberapa perkataan. Yang berikut juga berguna:

  • Huruf besar rawak (contohnya, "hURufbesar"}
  • Ejaan perkataan luar biasa (contohnya, "ejaaaannnnnn")
  • Menggunakan perkataan bahasa peribadi
  • Nombor dan simbol tidak ketara (perhatian: menggunakan "$" untuk "s" atau "0" untuk "o" agak biasa dan mungkin tidak cukup sebagai langkah keselamatan).

Anda boleh menggunakan penganggar kekuatan kata laluan Dropbox untuk menguji kata laluan anda di sini.

Kekuatan kata laluan

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana penganggar kekuatan kata laluan kami berfungsi, anda boleh membaca pos pada blog Tech kami.

Tukar kata laluan anda dari masa ke masa

Cara lain untuk membantu menjaga kata laluan anda ialah dengan kerap menggunakan yang baru. Adalah baik untuk kerap menukarnya dan tidak mengulangi kata laluan yang pernah digunakan sebelum ini.

Topik berkaitan:

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support