Alat pemeriksaan keselamatan

Dikemas kini Jan 15, 2024
person icon

 Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox.

Dropbox mempunyai alat pemeriksaan keselamatan yang membantu anda memastikan akaun dan data anda selamat. Secara khususnya, ia membantu anda:

  • Menyemak alamat e-mel pada dalam akaun anda
  • Menyemak komputer, telefon, dan tablet yang anda gunakan untuk mengakses Dropbox
  • Menyemak apl pihak ketiga yang anda telah pautkan ke akaun anda
  • Mengubah dan mengukuhkan kata laluan akaun anda
  • Menyemak verifikasi dua langkah (jika anda membolehkannya untuk akaun anda)

Jika anda menerima e-mel bahawa akaun anda diakses daripada peranti yang tidak dikenali, pergi ke bahagian bawah artikel ini.

Apakah langkah-langkah dalam pemeriksaan keselamatan?

Semak e-mel anda

Langkah Semak e-mel anda menggesa anda untuk menyemak alamat e-mel dalam akaun Dropbox anda.

Dropbox menggunakan alamat e-mel anda sebagai nama pengguna unik anda. Jika anda kehilangan akses kepada alamat e-mel ini, anda tidak boleh menetapkan semula kata laluan Dropbox anda, dan anda mungkin akan kehilangan akses kepada akaun Dropbox anda.

  1. Jika e-mel yang disenaraikan masih sah, klik Ya (jika anda masih belum mengesahkan alamat e-mel anda lagi, anda akan diminta untuk Hantar e-mel pengesahan).
  2. Jika e-mel yang disenaraikan tidak lagi sah, klik Tukar.
highlight icon

Perhatian: Untuk ahli akaun pasukan Dropbox, hanya pentadbir pasukan anda yang boleh menukar alamat e-mel akaun anda.

Semak peranti dan pelayar web

Langkah Semak peranti dan pelayar web menggesa anda menyemak setiap tempat yang anda pernah log masuk ke akaun Dropbox anda. Senarai ini mempunyai sesi semasa dan terdahulu pada apl desktopDropbox, mudah alih Dropbox atau pelayar web.

  1. Jika anda melihat peranti atau sesi web yang tidak dikenali, atau yang anda tidak gunakan lagi, klik X di sebelahnya.
  2. Kemudian anda akan dilog keluar dari Dropbox pada peranti atau pelayar tersebut.
  3. Jika anda log keluar dari peranti atau sesi web yang tidak dikenali, anda harus melindungi akaun anda dengan menukar kata laluan akaun anda.

Apa akan terjadi apabila saya log keluar daripada peranti dari jarak jauh?

Semak apl yang dipautkan

Langkah Semak apl terpaut akan menggesa anda untuk menyemak apl pihak ketiga (jika ada) yang anda pautkan kepada akaun Dropbox anda. Apl ini mungkin khusus kepada organisasi anda, ataupun perisian yang digunakan secara meluas seperti Microsoft Office Online.

  1. Jika anda melihat apl yang tidak dikenali, atau apl yang anda tidak lagi gunakan, klik X di sebelahnya.
  2. Aplikasi yang bersambung akan diputuskan sambungan dari akaun Dropbox anda.
  3. Jika anda memutuskan sambungan aplikasi yang tidak dikenali, anda harus melindungi akaun anda dengan menukar kata laluan anda.

Apakah maklumat yang boleh diakses oleh apl pihak ketiga apabila saya memautkannya ke Dropbox?

Kukuhkan kata laluan anda

Langkah Kukuhkan kata laluan anda menggesa anda untuk menyemak—dan meningkatkan—kekuatan kata laluan pada akaun Dropbox anda. Kata laluan yang kukuh dan unik adalah salah satu perlindungan yang paling penting untuk akaun dan data peribadi anda.

Beberapa faktor yang menjejaskan kekukuhan kata laluan. Faktor-faktor ini termasuk keunikan (menggunakan kata laluan yang berlainan untuk perkhidmatan yang berlainan), panjang, dan penggunaan aksara istimewa, perkataan, atau frasa.

  1. Untuk meningkatkan kekukuhan kata laluan, masukan kata laluan semasa anda, masukkan kata laluan baru, dan sahkan kata laluan itu.
  2. Klik Simpan.

Bagaimana saya mencipta kata laluan yang kukuh untuk Dropbox?

Semak tetapan verifikasi dua langkah anda
highlight icon

Perhatian: Langkah ini hanya ditunjukkan jika anda telah mendayakan pengesahan dua langkah untuk akaun anda.

Langkah Semak tetapan verifikasi dua langkah akan meminta anda menyemak tetapan verifikasi dua langkah anda. Anda boleh menyemak aplikasi pengesah, nombor telefon, atau kunci keselamatan, dan sahkan bahawa anda masih mempunyai akses kepadanya. Jika anda kehilangan akses kepada mana-mana kaedah verifikasi dua langkah ini, anda mungkin akan kehilangan akses kepada akaun Dropbox anda.

Sebagai peringatan, verifikasi dua langkah adalah langkah keselamatan yang amat disyorkan. Dengan verifikasi dua langkah, anda memerlukan kata laluan dan kod sekali atau kunci keselamatan sebelum anda boleh mengakses akaun Dropbox anda. Kod ini diberikan melalui SMS atau aplikasi pihak ketiga.

Apakah verifikasi dua langkah, dan bagaimana saya menyediakannya?

Saya mendapat pemberitahuan e-mel mengenai log masuk baharu pada akaun saya

Apabila anda mengakses Dropbox pada peranti baharu, kami akan menghantar pemberitahuan kepada alamat e-mel dalam akaun anda. E-mel ini menyenaraikan nama komputer, telefon, tablet atau pelayar web, dan masa log masuk. Menyemak e-mel ini dengan teliti ialah amalan yang baik.

Jika anda log masuk kepada peranti atau pelayar baharu ini, tiada tindakan lanjutan diperlukan. Walau bagaimanapun, jika log masuk adalah daripada peranti atau pelayar yang anda tidak kenali, akaun anda mungkin telah diceroboh.

  1. Jika akaun anda telah diceroboh—atau jika anda tidak pasti—klik Tidak di sebelah Adakah ini anda?
  2. Anda kemudiannya akan dibawa ke alat pemeriksaan keselamatan dan diminta untuk menukar kata laluan anda.

Mengesahkan bahawa anda mengakses Dropbox daripada peranti atau pelayar baharu.

Saya mendapat pemberitahuan tentang penukaran e-mel atau kata laluan pada akaun saya, tetapi saya tidak memulakannya.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan