{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Lindungi diri jika anda mendapati peranti yang tidak dikenali bersambung ke akaun anda

Kata laluan sentiasa diperlukan untuk menyambungkan peranti ke akaun Dropbox. Jika anda melihat peranti yang tidak dikenali, mungkin anda telah mendaftar masuk ke akaun Dropbox pada peranti baru dan mentauliahkannya secara tidak sengaja. Mungkin juga seseorang telah mengakses akaun e-mel dan kata laluan anda. Ini boleh terjadi jika anda pernah berkongsi e-mel dan kata laluan anda dengan orang lain.

Pertama sekali, pastikan anda selamatkan akaun e-mel anda dahulu. Kemudian selamatkan akaun Dropbox anda dengan mengikut langkah-langkah dalam artikel ini.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Cari lokasi peranti yang disambungkan ke Dropbox anda

Dropbox log alamat IP setiap peranti yang mengakses akaun anda. Anda boleh menggunakan alamat IP untuk menemui lokasi log masuk dan pembekal internet yang digunakan.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Keselamatan.
  5. Layangkan tetikus ke atas ikon ? (tanda soal) di sebelah peranti untuk melihat alamat IP terakhir yang direkod. Alamat IP ini akan dikemas kini setiap kali peranti yang dipautkan bersambung ke internet.

Anda boleh gunakan mana-mana perkhidmatan carian alamat IP untuk maklumat yang lebih terperinci.

Perhatian: Maklumat lokasi tidak selalunya tepat. Sesetengah alamat IP mungkin dikaitkan dengan negara yang salah. Jika negara tidak betul, anda boleh menyemaknya dengan menggunakan mana-mana alat carian alamat IP dalam talian. 

Nyahpaut peranti

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Keselamatan.
  5. Klik X di sebelah peranti yang ingin dinyahpautkan.

Menyahpautkan peranti akan mematikan penyelarasan dan menghalang akses lanjut kepada akaun anda.

Selamatkan akaun Dropbox dan e-mel anda

  • Tukar kata laluan anda untuk akaun Dropbox anda. Pastikan anda menggunakan kata laluan yang kukuh yang anda tidak gunakan untuk mana-mana perkhidmatan lain. Apabila penggodam mendapat maklumat sensitif dari satu perkhidmatan, mereka menggunakannya untuk mengakses akaun di perkhidmatan lain. Ini dimungkinkan oleh fakta bahawa ramai orang menggunakan kata laluan yang sama pada pelbagai perkhidmatan.
  • Tukar kata laluan kepada akaun e-mel yang anda gunakan untuk akaun Dropbox anda.
  • Nyahpaut mana-mana peranti lain yang tidak dikenali, sesi web dan apl yang dipautkan kepada akaun anda dengan pergi ke halaman keselamatan anda.
  • Tetapkan verifikasi dua langkah, yang boleh melindungi akaun anda walaupun kata laluan anda diceroboh.

Perhatian: Folder Dropbox hanyalah folder biasa pada komputer anda, jadi ia tidak lebih atau kurang selamat daripada setiap folder pada komputer anda. Kami syorkan supaya anda mengikut amalan keselamatan yang baik untuk melindungi komputer anda secara menyeluruh. Ini termasuklah mewajibkan kata laluan untuk log masuk ke akaun anda, dan untuk menyambung daripada mod tidur, penyelamat skrin, dan skrin kunci.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan