Showcase: Bermula

Jika anda seorang pengguna Dropbox Business atau Professional, anda boleh belajar lebih lanjut tentang Dropbox Showcase menerusi latihan maya praktikal secara percuma.

Dalam kursus 30 minit ini, seorang pengajar akan menunjukkan anda cara menggunakan Showcase untuk berkongsi portfolio kerja anda (atau pasukan anda). Anda juga akan menerima petua dan pintasan, dan melihat cara menguruskan akses perkongsian.

Beberapa kelas disediakan setiap minggu. Daftar sekarang.

Dropbox Showcase adalah satu cara untuk berkongsi kerja anda bersama rakan niaga dan klien pada satu halaman. Anda boleh membimbing orang menerusi kandungan anda, menambah penjenamaan sendiri, dan menjejak orang yang melihat, memuat turun, serta menulis komen secara automatik.

Showcase tersedia kepada semua pengguna dalam pelan Dropbox Professional, dan kepada pasukan Dropbox Business yang berada dalam pelan Advanced, Enterprise, atau Education.

Bahagian dalam artikel ini:

Dalam Showcase, anda boleh menambah dan menyesuai:

Aset-aset ini akan dipaparkan pada halaman showcase, serta di dalam e-mel yang dihantar apabila anda berkongsi showcase anda.

Produk akhir boleh kelihatan seperti showcase contoh ini:

Cipta showcase

Untuk mencipta showcase:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Showcase dalam bar sisi kiri.
  3. Pilih showcase sedia ada, atau pilih Cipta showcase untuk mencipta yang baru.

Anda juga boleh membuat salinan duplikat bagi showcase sedia ada. Untuk melakukannya:

  1. Buka showcase yang anda ingin salin.
  2. Klik "" (elipsis).
  3. Klik Buat salinan.
  4. Klik Buat salinan sekali lagi.

Perhatian: Salinan duplikat showcase akan mempunyai (Salinan 1) dilampirkan pada tajuk.

Tambah fail dan imej kepada showcase

Anda boleh menambah berbilang fail, dari Dropbox atau tempat lain, ke dalam satu showcase. Contohnya, satu showcase boleh menyertakan fail imej, dokumen Dropbox Paper, serta dokumen dan hamparan bukan Dropbox. Fail-fail ini akan dipaparkan sebagai pratonton dengan susun atur dan penampilan boleh suai. Orang yang anda kongsikan showcase anda akan mempunyai pilihan untuk melihat atau memuat turun versi .jpg dan .pdf bagi fail yang dimasukkan ke dalam showcase anda, selagi ia boleh dipratonton dalam Dropbox.

Terdapat tiga cara untuk menambah fail dan imej kepada showcase:

  • Klik “+” (tambah) di sudut atas kiri showcase, kemudian klik Pilih dari Dropbox atau Muat naik fail
  • Tatal ke bar alat di bawah showcase, dan kemudian klik ikon Pilih dari Dropbox atau Muat naik fail
  • Layangkan tetikus di atas satu segmen, klik “+” (tambah) yang muncul di sebelah kiri, dan klik Pilih dari Dropbox atau Muat naik fail

Hapuskan fail dan imej daripada showcase

Klik sekali fail, imej, atau blok supaya ia diserlahkan, dan kemudian klik ikon Hapus (tong sampah) dalam bar alat.

Tambah dan sunting tajuk dalam showcase

Untuk menambah tajuk baru kepada showcase, klik sekali Berikan tajuk showcase anda, dan teruskan menaip. 

Untuk menyunting tajuk sedia ada, klik sekali tajuk semasa, dan sunting.

Tambah dan sunting imej hero dalam showcase

Anda boleh menambah imej hero kepada showcase anda yang akan muncul di bahagian atas. Sumber imej hero haruslah sekurang-kurangnya 350 X 350px dan maksimum 1000 X 350px.

Untuk menambah imej hero, klik Tambah imej hero di bahagian atas showcase. 

Untuk menukar imej hero, klik sekali imej itu supaya ia diserlahkan, dan kemudian klik ikon Ganti imej dalam bar alat.

Untuk mengubah kedudukan imej hero, klik sekali imej itu supaya ia diserlahkan, dan kemudian pilih daripada ikon dalam bar alat. 

Untuk mengubah penampilan imej (Zum keluar, Zum masuk, atau Sarat), klik sekali imej itu supaya ia diserlahkan, klik ikon Ubah suai imej dalam bar alat, dan kemudian pilih daripada ikon.

Perhatian: Jika anda layangkan tetikus ke atas ikon dalam bar alat, anda akan nampak penerangan bagi setiap satu.

Tambah, ganti, dan guna semula logo dalam showcase

Setelah anda memuat naik logo ke showcase, anda boleh menggunakan semula logo itu dalam showcase akan datang. Anda juga boleh memuat naik banyak logo, dan memilih antara logo. 

Untuk menambah dan menggunakan semula logo:

  1. Klik Tambah logo di bahagian atas showcase.
  2. Klik Logo baru untuk memuat naik logo, atau klik logo yang telah dimuat naik sebelum ini ke Showcase.
  3. Klik Pilih.

Untuk menukar logo, klik sekali logo itu dan kemudian klik ikon Ganti imej dalam bar alat.

Tambah dan sunting pengenalan dalam showcase

Untuk menambah pengenalan kepada showcase anda, klik Tambah pengenalan, dan kemudian taip di dalam kotak teks yang muncul. 

Untuk menyunting pengenalan, klik sekali teks sedia ada dan sunting.

Perhatian: Nama, e-mel, dan imej di sebelah kiri pengenalan adalah sama dengan pencipta showcase itu, serta nama, e-mel, dan avatar (gambar profil) akaun mereka. Untuk menukar imej yang muncul dalam pengenalan showcase, pencipta showcase mestilah menukar gambar profil akaun Dropbox mereka.

Ubah penampilan fail imej dalam showcase

Anda boleh menukar penampilan (Zum masuk, Zum keluar, Padat, atau Sarat) fail imej yang telah ditambah ke showcase anda. Untuk menukar penampilan fail imej, klik sekali imej itu supaya ia diserlahkan, dan kemudian klik ikon Sunting penampilan (pensel) dan klik pilihan daripada opsyen bar alat.

Tambah video YouTube atau pautan web bukan Dropbox kepada showcase

Anda boleh menambah pautan web kepada showcase yang akan dipaparkan sebagai imej atau video boleh klik. 

Untuk menambah pautan web kepada Showcase anda:

  1. Klik “+” (tambah) di sudut atas kiri showcase.
  2. Klik Sisip pautan
  3. Tampalkan pautan.
  4. Klik Sisip.

Perhatian: Anda juga boleh klik ikon Sisip pautan di sebelah kiri segmen atau di bahagian bawah showcase.

Imej atau video yang dipaparkan untuk pautan web akan ditentukan oleh laman web yang dipautkan, dan tidak boleh ditukar dalam Showcase. Contohnya, pautan ke video YouTube akan memaparkan sebagai video yang boleh dimainkan. Pautan web lain akan dipaparkan sebagai imej dari laman web atau halaman web sumber pautan itu.

Perhatian: Sesetengah pautan web tidak akan mentafsirkan imej atau video. Pautan tersebut akan dipaparkan sebagai simbol pautan ringkas.

Jika pautan web dipaparkan sebagai imej, anda boleh menyunting penampilan imej (Zum masuk, Zum keluar, Padat, dan Sarat). Untuk melakukannya, klik sekali imej itu, klik ikon Sunting penampilan (pensel), dan klik pilihan daripada opsyen dalam bar alat.

Perhatian: Jika anda layangkan tetikus ke atas ikon dalam bar alat, anda akan nampak penerangan bagi setiap satu.

Tambah dan sunting blok teks dalam showcase

Untuk menyisip blok teks ke dalam showcase, klik “+” (tambah) di sudut atas kiri showcase, dan kemudian klik Sisip blok teks.

Perhatian: Anda juga boleh klik ikon Sisip blok teks atau Aa dalam bar alat di sebelah kiri segmen atau di bawah showcase.

Untuk menyunting teks dalam blok teks, klik sekali teks itu dan sunting. 

Untuk mengubah kedudukan atau pemformatan blok teks, klik sekali teks itu, dan kemudian pilih daripada opsyen dalam bar alat yang muncul. 

Tambah kapsyen dan tajuk kepada fail, imej, atau pautan web dalam showcase

Untuk menulis atau menyunting kapsyen untuk pratonton fail, klik sekali pratonton fail itu supaya ia terserlah dan klik Tulis kapsyen di bawah fail.

Untuk memaparkan tajuk dan nama fail bagi setiap pratonton fail dalam segmen, klik kotak rait Tunjuk tajuk di bahagian atas segmen itu. Klik sekali tajuk untuk menyunting.

Perhatian: Tajuk dan kapsyen pratonton fail adalah unik kepada showcase, dan tidak akan menukar nama fail sumber dalam akaun Dropbox anda. 

Ketahui lebih lanjut tentang Showcase:

Ubah susun atur showcase

Kongsi showcase

Gunakan Showcase dengan Dropbox Business

Soalan Lazim Showcase

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan