Gmail + Dropbox

Terdapat dua cara anda boleh menyambungkan akaun Dropbox dan Gmail anda:

Dengan pelanjutan Gmail Chrome dan Gmail Add-on, anda boleh:

  • Simpan lampiran fail dan pautan Dropbox dari Gmail terus ke dalam akaun Dropbox anda 
  • Tambah fail terus dari akaun Dropbox anda ke dalam e-mel
    • Fail-fail ini tidak menggunakan ruang di dalam peti masuk anda kerana ia menggunakan pautan kongsian

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail

Dengan sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail, anda boleh berkongsi fail-fail Dropbox anda secara langsung menerusi akaun Gmail anda. Anda juga boleh menyimpan lampiran dari Gmail terus ke Dropbox anda. 

Sambungan ini adalah percuma dan disediakan menerusi Kedai Web Google Chrome. Sambungan ini hanya berfungsi dalam pelayar web Google Chrome.

Bagaimana untuk memasang sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail.

Untuk menghidupkan sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail:

  1. Layari Kedai Web Chrome. 
  2. Klik Tambah ke Chrome

Jika anda pernah memasang sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail, pastikan ia telah dipasangkan. Untuk maklumat lanjut tentang menguruskan pelanjutan, layari Bantuan Kedai Web Chrome.

Bagaimana untuk berkongsi fail menggunakan Sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail

Untuk berkongsi fail Dropbox menggunakan Sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail:

  1. Daripada akaun Gmail anda, klik Karang.
  2. Klik ikon Dropbox di bahagian bawah tetingkap Karang.
  3. Pilih fail yang anda ingin kongsi daripada Dropbox anda dalam tetingkap yang timbul.
  4. Klik Sisip pautan.
  5. Kemudian anda akan melihat pautan lampiran dalam badan e-mel anda.
    • Perhatian: Fail akan kelihatan seperti lampiran, tetapi ia sebenarnya pautan kongsian. Ini akan menjimatkan ruang di dalam peti masuk anda, dan memastikan orang lain akan sentiasa melihat versi fail terbaru.

Bagaimana untuk menyimpan fail menggunakan sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail

Untuk menyimpan lampiran Gmail secara langsung ke akaun Dropbox anda menggunakan sambungan Chrome:

  1. Buka satu e-mel dengan lampiran fail dalam akaun Gmail anda.
  2. Layangkan tetikus di atas pratonton lampiran di bahagian bawah e-mel itu.
  3. Klik ikon Dropbox.
  4. Pilih folder anda ingin menyimpan fail itu.
  5. Klik Save.

Batasan fail untuk sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail

Walaupun tidak terdapat had saiz fail untuk fail yang dikongsi menggunakan sambungan Chrome Dropbox untuk Gmail, Dropbox mempunyai beberapa batasan lebar jalur mengikut jenis akaun anda.

Disebabkan integrasi Gmail akan mencipta pautan kongsian di sebalik melampirkan fail, tiada had jenis fail.

Dropbox for Gmail Add-on

Dengan Add-on Dropbox untuk Gmail, anda boleh:

  • Kongsi fail Dropbox anda terus melalui akaun Gmail anda: 
  • Simpan lampiran dari Gmail terus ke akaun Dropbox anda

Add-on Dropbox untuk Gmail berfungsi pada mana-mana pelayar atau platform, termasuk aplikasi mudah alih Gmail.

Pentadbir boleh menghidupkan Dropbox for Gmail Add-On untuk seluruh pasukan mereka dari dalam Konsol Pentadbir Google.

Bagaimana untuk memasang Dropbox for Gmail Add-On

Untuk menghidupkan Dropbox for Gmail Add-On:

  1. Dari akaun Gmail anda, klik ikon tanda tambah berwarna putih (+) pada bar sisi sebelah kanan. Apabila anda melayangkan tetikus di atas tanda tambah itu, anda akan melihat ”Dapatkan alat tambah.”
  2. Cari Dropbox for Gmail. Pilih ia.
  3. Klik Pasang.
  4. Ikut prom. Anda mungkin perlu mendaftar masuk ke dalam akaun Dropbox anda jika anda belum melakukannya.

Add-on ini akan muncul dalam akaun Gmail anda pada bar sisi sebelah kanan, di atas ikon tanda tambah putih (+) semasa anda membuka e-mel yang mempunyai lampiran atau pautan Dropbox atau Google Drive.

Bagaimana untuk berkongsi fail menggunakan Dropbox for Gmail Add-On

Untuk berkongsi fail Dropbox menggunakan Dropbox for Gmail Add-on:

  1. Dari akaun Gmail anda, klik Karang.
  2. Klik ikon Dropbox di bahagian bawah tetingkap Karang.
  3. Pilih fail yang anda ingin kongsi daripada Dropbox anda dalam tetingkap yang timbul.
  4. Klik Sisip pautan.

Anda akan melihat fail-fail yang anda telah pilih untuk dikongsi dalam badan e-mel anda.

Bagaimana untuk menyimpan fail menggunakan Dropbox for Gmail Add-on

Untuk menyimpan lampiran Gmail anda terus ke dalam akaun Dropbox anda menggunakan Gmail Add-on:

  1. Buka satu e-mel dengan lampiran fail dalam akaun Gmail anda.
  2. Klik ikon Dropbox pada bar sisi sebelah kanan.
  3. Pilih fail mana yang ingin disimpan ke Dropbox. 
  4. Pilih lokasi anda ingin menyimpan fail-fail itu. 
  5. Klik Save.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan