{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Saya kehilangan akses kepada alamat e-mel saya, jadi saya tidak dapat menukar kata laluan saya. Apakah yang harus saya lakukan?

Sama seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian, anda harus mempunyai alamat e-mel yang aktif untuk mencipta akaun Dropbox. Dropbox juga mewajibkan anda untuk mempunyai akses kepada alamat e-mel ini untuk menukar kata laluan akaun anda. Prosedur keselamatan ini membolehkan kami melindungi akaun anda daripada akses yang tidak bertauliah.

Jika anda kehilangan akses kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox anda, kami tidak boleh membantu anda mendapatkan semula akses akaun. Bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah lain yang anda boleh cuba untuk mendapatkan semula akses.

Mendapatkan semula akses akaun Dropbox semasa anda masih mempunyai kata laluan akaun anda

Jika anda telah kehilangan akses kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox anda tetapi masih mengingati kata laluan anda, cuba daftar masuk ke akaun Dropbox anda dan kemudian tukar alamat e-mel anda dengan segera.

Hubungi penyedia perkhidmatan e-mel anda

Jika anda kehilangan akses kepada alamat e-mel anda (disebabkan kehilangan kata laluan, atau atas sebab lain), kami cadangkan supaya anda menghubungi penyedia perkhidmatan e-mel (ESP) anda untuk mendapatkan semula akses kepada akaun e-mel anda.

Hanya ESP anda mempunyai keupayaan dan pentauliahan untuk membantu anda mendapatkan semula akses kepada alamat e-mel anda. Dropbox bukanlah satu ESP, dan tidak boleh menghubungi ESP bagi pihak anda.

Mendapatkan semula akses akaun Dropbox selepas penetapan semula kata laluan automatik

Kadang-kala Dropbox akan meluputkan kata laluan sebagai langkah keselamatan proaktif untuk melindungi akaun. Untuk mengetahui jika inilah masalah yang menjejaskan akaun anda, cuba daftar masuk ke akaun Dropbox anda sekali lagi, dan bandingkan mesej yang anda lihat dengan mesej ralat ini.

  • Jika anda tidak melihat mesej ralat ini, dan anda tiada akses kepada alamat e-mel atau kata laluan pada akaun Dropbox anda, maka kami tidak dapat membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun tersebut
  • Jika anda melihat mesej ralat ini, dan anda sudah pun menerima respon e-mel daripada kami, balas e-mel itu dan jelaskan bahawa anda sedang melihat mesej ralat ini

Mendapatkan semula akses akaun Dropbox melalui peranti lain yang dipautkan

Jika kata laluan anda telah luput dalam akaun Dropbox peribadi, anda boleh menetapkan semula kata laluan anda dengan mengikuti arahan ini:

  1. Cuba log masuk ke dropbox.com atau aplikasi Dropbox menggunakan kata laluan anda yang telah luput.
  2. Klik Saya tidak boleh pulihkan akaun saya menggunakan halaman ini di bahagian bawah. 
  3. Klik Ya.
  4. Klik Hantar pemberitahuan. Ini akan menghantar pemberitahuan kepada semua peranti anda yang dipautkan.
  5. Apabila anda nampak pemberitahuan pada peranti yang dipautkan, klik Butiran.
  6. Klik Teruskan (web) atau Ya (mudah alih).
  7. Masukkan alamat e-mel baru anda.
  8. Klik Hantar

Anda akan menerima pautan penetapan semula kata laluan di dalam peti masuk e-mel baru anda. Klik Tetapkan semula kata laluan. Kemudian, masukkan kata laluan baru anda dan klik Hantar.

Selepas anda menetapkan semula kata laluan anda, e-mel akaun Dropbox anda akan ditukar kepada e-mel baru anda.

Apa yang perlu dilakukan jika tiada langkah di atas berkesan

Seperti yang disebutkan dalam artikel ini, jika anda telah kehilangan akses kepada alamat e-mel pada akaun Dropbox anda dan tidak tahu kata laluannya, maka atas sebab keselamatan kami tidak dapat membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun itu. Hanya pembekal perkhidmatan e-mel (ESP) anda boleh membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun e-mel. Jika ESP anda dapat membantu anda mendapatkan semula akses, anda kemudian boleh meminta pautan penetapan semula kata laluan untuk akaun Dropbox anda.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan