{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Saya kehilangan akses kepada alamat e-mel saya, jadi saya tidak dapat mengemas kini kata laluan saya. Apakah yang harus saya lakukan?

Sama seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian, anda harus mempunyai alamat e-mel yang aktif untuk mencipta akaun Dropbox. Dropbox juga mengehendaki anda untuk mempunyai akses kepada alamat e-mel ini untuk menetapkan semula kata laluan akaun anda. Prosedur keselamatan ini membolehkan kami melindungi akaun anda daripada akses yang tidak bertauliah.

Jika anda kehilangan akses kepada alamat e-mel pada akaun Dropbox anda, kami tidak boleh membantu anda mendapatkan semula akses akaun. Bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah lain yang anda boleh cuba untuk mendapatkan semula akses.

Mendapatkan semula akses akaun Dropbox semasa anda masih mempunyai kata laluan akaun anda

Jika anda telah kehilangan akses kepada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox anda tetapi masih mengingati kata laluan anda, cuba daftar masuk ke akaun Dropbox anda dan kemudian tukar alamat e-mel anda dengan segera.

Mendapatkan semula akses akaun Dropbox dengan menghubungi pembekal perkhidmatan e-mel anda

Jika anda kehilangan akses kepada alamat e-mel anda, kami syorkan anda cuba menghubungi pembekal perkhidmatan e-mel (ESP) anda untuk mendapatkan semula akses kepada akaun e-mel anda. Hanya ESP anda akan mempunyai keupayaan dan pentauliahan untuk membantu anda mendapatkan semula akses kepada alamat e-mel anda. Dropbox bukan sebuah ESP, dan tidak boleh menghubungi ESP bagi pihak anda.

Mendapatkan semula akses akaun Dropbox selepas penetapan semula kata laluan automatik

Kadang-kala Dropbox akan meluputkan kata laluan sebagai langkah keselamatan proaktif untuk melindungi akaun. Untuk mengetahui jika ini adalah masalah yang menjejaskan akaun anda, cuba daftar masuk ke akaun Dropbox anda sekali lagi, dan bandingkan mesej yang anda lihat dengan mesej ralat ini.

  • Jika anda tidak melihat mesej ralat ini, dan anda tiada akses kepada alamat e-mel atau kata laluan pada akaun Dropbox anda, maka kami tidak dapat membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun tersebut
  • Jika anda melihat mesej ralat ini, dan anda sudah pun menerima respon e-mel daripada kami, balas e-mel itu dan jelaskan bahawa anda sedang melihat mesej ralat ini

Mendapatkan semula akses akaun Dropbox melalui peranti lain yang dipautkan

Jika anda tidak dapat mengakses akaun Dropbox anda di dropbox.com atau pada salah satu peranti anda yang dipautkan, fikirkan sama ada anda telah memautkan akaun anda ke peranti yang lain. Contohnya, jika anda menggunakan Dropbox pada komputer rumah anda dan telefon atau tablet, mungkin anda masih mendaftar masuk ke apl pada salah satu peranti itu.

Jika ini situasinya, anda boleh menggunakan peranti ini untuk memindahkan fail anda ke akaun baru yang lain:

  • Jika anda masih mempunyai akses kepada komputer dengan fail Dropbox anda padanya, anda boleh pindahkan fail ke akaun Dropbox yang lain dengan menyahpaut dan memautkan semula aplikasi desktop Dropbox ke akaun baru
  • Jika anda masih mempunyai akses kepada telefon pintar dengan aplikasi Dropbox dipasang padanya dan akses kepada komputer, anda boleh pindahkan fail ke akaun Dropbox yang lain dengan menggunakan proses pemasangan jarak jauh

Dalam kedua-dua situasi, anda juga boleh menyimpan fail anda ke folder tempatan pada komputer atau peranti mudah alih anda buat sementara, dan kemudian memuat naiknya ke akaun Dropbox yang baru.

Apa yang perlu dilakukan jika tiada langkah di atas berkesan

Seperti yang disebutkan dalam artikel ini, jika anda telah kehilangan akses kepada alamat e-mel pada akaun Dropbox anda dan tidak tahu kata laluannya, maka atas sebab keselamatan kami tidak dapat membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun itu. Hanya pembekal perkhidmatan e-mel (ESP) anda boleh membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun e-mel. Jika ESP anda dapat membantu anda mendapatkan semula akses, anda kemudian boleh meminta pautan penetapan semula kata laluan untuk akaun Dropbox anda.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan