Adakah saya layak untuk promosi ruang ASUS + Dropbox?

Sesetengah komputer ASUS disertakan dengan promosi untuk ruang Dropbox tambahan. Promosi ini secara umumnya boleh didapati pada komputer ASUS baru yang dibeli di negara-negara terpilih pada bulan Mei 2015 atau kemudian.

Jumlah ruang, dan tempoh promosi, bergantung pada cara anda diminta untuk memuat turun Dropbox pada komputer baru anda:

  • 25 GB selama 6 bulan: Jika anda melihat ikon Dropbox pada desktop komputer anda pada kali pertama anda menghidupkannya, maka anda layak untuk 25 GB ruang selama 6 bulan
  • 25 GB selama 12 bulan: Jika anda melihat ikon Dropbox dalam Giftbox komputer anda, maka anda layak untuk 25 GB selama 12 bulan

Jika anda tidak melihat ikon Dropbox dipramuat pada desktop komputer anda atau Giftbox, maka anda tidak layak untuk promosi ini. Teruskan membaca untuk melihat syarat terma dan kelayakan tambahan.

Bahagian dalam artikel ini:

Terma dan kelayakan promosi

Promosi ruang Dropbox pada komputer ASUS mempunyai terma yang berikut untuk berkelayakan:

  • Ia hanya boleh didapati kepada pengguna Dropbox baru sahaja
  • Anda mesti memautkan peranti ASUS anda kepada akaun Dropbox yang baru
  • Ia tidak boleh digandingkan dengan mana-mana tawaran yang lain
  • Anda tidak boleh menebus tawaran ini jika anda telah menuntut tawaran Dropbox yang lain pada komputer ini, walaupun dengan akaun Dropbox yang berlainan

Ruang promosi sah untuk berapa lama?

  • 25 GB selama 6 bulan: Jika anda melihat ikon Dropbox pada desktop komputer anda pada kali pertama anda menghidupkannya, maka anda layak untuk 25 GB ruang selama 6 bulan
  • 25 GB selama 12 bulan: Jika anda melihat ikon Dropbox dalam Giftbox komputer anda, maka anda layak untuk 25 GB selama 12 bulan

Bagaimana saya menyemak jika peranti saya layak?

Peranti ASUS anda mungkin berkelayakan jika salah satu yang berikut adalah benar:

  • Pemasang Dropbox dipramuat pada desktop peranti ASUS anda
  • Anda boleh mengakses Dropbox melalui Giftbox pada peranti ASUS anda

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus promosi peranti ASUS sekali sahaja.

Bolehkah saya pindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox lain?

Tidak. Ruang promosi tidak boleh dipindahkan setelah ia ditebus.

Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati kepada pembeli asal peranti yang baru dan berkelayakan.

Menebus promosi

Jika komputer anda berkelayakan, ada tiga cara untuk menebus ruang anda:

  • Menggunakan pemasang Dropbox yang dipramuat pada desktop peranti ASUS anda
  • Menggunakan Apl yang Disyorkan ASUS
  • Menggunakan Giftbox ASUS

Menebus jika pemasang Dropbox telah dipramuat pada desktop peranti ASUS anda

Untuk peranti di mana Dropbox telah dipramuat, ikon pemasang Dropbox akan muncul pada desktop komputer apabila anda kali pertama menghidupkannya. Dalam situasi ini, klik dua kali ikon ini dan ikut arahan untuk memasang dan mencipta akaun Dropbox. Kemudian lengkapkan sekurang-kurangnya lima daripada tujuh langkah di dalam panduan Bermula kami.

Menebus dengan Apl yang Disyorkan ASUS

Apabila anda menghidupkan komputer ASUS anda buat kali pertama, widget Apl yang Disyorkan akan menunjukkan pilihan apl untuk dipasang. Dropbox sepatutnya telah ditandakan. Klik butang Pasang , kemudian ikut arahan untuk melengkapkan pemasangan dan penciptaan akaun Dropbox.

Apl yang Disyorkan ASUS

Menebus dengan Giftbox ASUS

Peranti ASUS anda disertakan dengan Giftbox ASUS, dan Dropbox disenaraikan di dalam bahagian Ekslusif . Ini adalah benar jika Dropbox belum dipasang pada komputer ASUS anda.

Untuk memasang Dropbox, klik butang Pasang, kemudian ikut arahan dan cipta akaun Dropbox.

Saya tidak dapat menebus ruang promosi pada peranti berkelayakan. Bolehkah anda bantu?

Jika anda tidak dapat menebus ruang promosi anda daripada peranti anda yang layak, sahkan yang berikut:

  • Adakah anda memautkan komputer ASUS anda dengan akaun Dropbox sedia ada?
    • Promosi ini hanya untuk pengguna Dropbox baru sahaja
  • Adakah anda melengkapkan sekurang-kurangnya lima daripada panduan Bermula kami?
  • Adakah anda mendaftar masuk ke Dropbox dengan akaun Dropbox yang lain?
    • Anda hanya boleh menebus promosi dengan akaun Dropbox yang dicipta pada peranti yang berkelayakan. Anda juga mesti mendaftar masuk ke Dropbox dengan akaun baru ini pada peranti itu. Promosi tidak boleh dipindahkan antara akaun. Anda tidak boleh menebus promosi jika anda kehilangan akses kepada alamat e-mel pertama yang digunakan untuk mencipta akaun Dropbox anda.
  • Pernahkah anda menebus promosi ASUS yang lain?
    • Setiap pengguna hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja
  • Adakah peranti anda diubah suai atau terpakai?
    • Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pembeli asal bagi peranti baru yang layak
  • Adakah anda memasang Dropbox dengan pintasan pemasang pada desktop anda, atau melalui pautan Dropbox di dalam Giftbox ASUS?
    • Jika anda sudah memasang versi Dropbox yang lain sebelum ini, nyahpasang versi itu dan kemudian pasang Dropbox daripada desktop atau Giftbox anda

Bagaimana saya menyemak jika saya berjaya menebus promosi ini?

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pelan.
  5. Di bawah Dapatkan lebih banyak ruang, cari promosi Asus.

Apabila promosi tamat

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pelan.
  5. Di bawah Dapatkan lebih banyak ruang, anda boleh lihat promosi Asus dan tarikh luput.

Apa yang terjadi apabila ruang promosi saya luput?

Apabila tawaran promosi anda tamat, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi secara automatik. Contohnya, selepas promosi ini akaun Basic akan kembali kepada 2 GB (termasuk sebarang ruang yang diperolehi melalui rujukan atau bonus yang lain). Jika anda melebihi had selepas tarikh luput, anda tidak akan dapat lagi menyimpan fail baru ke Dropbox. Anda boleh mendapatkan lebih banyak ruang dengan menaik taraf ke Dropbox Plus.

Terma promosi ruang dua belas bulan Dropbox untuk peranti ASUS

Untuk komputer ASUS yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini boleh didapati kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar dengan Dropbox, dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, sama ada selama enam bulan atau dua belas bulan (bergantung pada peranti ASUS yang dibeli), 25 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Promosi mungkin tidak boleh didapati kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan ASUS sebelum ini. Apabila tempoh promosi enam bulan atau dua belas bulan tamat, 25 GB ruang promosi yang ditambah ke perkhidmatan Dropbox akaun pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan syarat-syarat Dropbox lain yang boleh didapati di http://www.dropbox.com/terms. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Other ways to get help

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu