Adakah peranti Dell saya layak untuk promosi ruang percuma Dropbox?

Bahagian dalam artikel ini:

Terma dan kelayakan promosi

Apakah promosi Dropbox pada peranti Dell?

Jika anda membeli komputer pengguna atau tablet Android Dell baru-baru ini, anda mungkin layak untuk 20 GB ruang Dropbox tambahan.

  • Perhatian: Sesetengah promosi Dell mungkin hanya dikenakan kepada pengguna Dropbox baru sahaja.

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus promosi ini sekali sahaja.


Bolehkah saya memindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox yang lain?

Tidak. Ruang promosi tidak boleh dipindahkan setelah ia ditebus.


Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pembeli asal peranti yang layak.


Mengapa saya tidak layak untuk menebus ruang promosi?

Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi Dell lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti Dell yang layak.
  • Apl Dropbox tidak dipra-muatkan pada peranti anda.
  • Anda membeli peranti terpakai atau diubah suai, dan pemilik sebelumnya menebus promosi yang dikaitkan dengan peranti itu. Setiap peranti hanya boleh memperolehi ruang promosi sekali sahaja.
  • Sesetengah promosi Dell mungkin hanya dikenakan kepada pengguna Dropbox baru sahaja.

Menebus promosi

Bagaimana saya menuntut promosi ini?

Untuk menerima 20 GB ruang tambahan di dalam akaun Dropbox anda, anda harus melengkapkan langkah-langkah berikut:

  1. Daftar atau daftar masuk melalui aplikasi Dropbox pada peranti Dell anda yang layak untuk memautkannya ke Dropbox.
  2. Lengkapkan sekurang-kurangnya 5 langkah daripada panduan Bermula kami dalam 90 hari selepas menyambungkan peranti Dell anda yang layak dengan akaun Dropbox anda.

Bagaimana saya memautkan komputer Dell saya ke Dropbox?

Untuk bermula, hanya klik pada pemasang Dropbox yang berada pada komputer baru anda. Ikon Dropbox mungkin terletak dalam beberapa tempat berbeza, bergantung kepada peranti. Cuba cari Dropbox di tempat yang berikut:

  • Pada desktop
  • Dalam dulang sistem
  • Pada jubin Metro

Apabila melancarkan pemasang Dropbox pada peranti Dell anda, anda akan nampak tetingkap berikut jika peranti Dell anda layak untuk promosi ini:

Anda boleh mendaftar untuk akaun Dropbox baru dengan mengisi butiran di halaman ini. Jika anda sudah mempunyai akaun Dropbox, klik daftar masuk.

Bagaimana saya memautkan tablet Dell saya ke Dropbox?

Untuk memautkan tablet Android Dell, cari apl Dropbox dari laci apl dan daftar masuk ke akaun Dropbox anda.


Saya tidak dapat menebus ruang promosi pada peranti yang layak. Bolehkah anda bantu?

Jika anda tidak dapat menebus ruang promosi anda dari peranti anda yang layak, sila sahkan yang berikut:

  • Sudahkah anda melengkapkan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 langkah dari panduan Bermula? Sila ambil perhatian bahawa anda perlu melengkapkan langkah-langkah ini dalam masa 90 hari selepas memautkan akaun Dropbox anda ke peranti Dell anda.
  • Adakah anda mendaftar masuk ke apl Dropbox dengan akaun Dropbox yang lain? Anda hanya boleh menebus promosi dengan akaun Dropbox pertama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Dropbox pada peranti yang layak. Promosi tidak boleh dipindahkan antara akaun. Jika anda tidak mempunyai akses ke alamat e-mel yang pertama digunakan untuk log masuk ke Dropbox pada peranti anda, anda tidak akan dapat menebus promosi ini.
  • Sesetengah promosi Dell mungkin hanya dikenakan kepada pengguna Dropbox baru sahaja.

Apabila promosi tamat

Bagaimana saya menyemak bila ruang promosi saya luput?

Anda boleh sahkan bila ruang bonus anda akan luput dengan pergi ke halaman akaun anda dan klik Lihat ruang yang diperolehi.


Apa yang terjadi apabila ruang promosi saya luput?

Apabila tawaran promosi anda luput, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB (dan sebarang ruang yang anda telah perolehi melalui rujukan atau bonus-bonus yang lain).

Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video dan dokumen baru ke Dropbox. Anda boleh mendapat lebih banyak ruang dengan menaik taraf kepada Dropbox Plus.

Mencari sokongan khusus berkenaan Dell? Lawat Pusat Sokongan Dell.

Terma promosi setahun Dropbox untuk peranti Dell

Untuk komputer dan tablet Dell yang mempunyai aplikasi Dropbox dipra-muat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox atau mendaftar masuk ke akaun sedia ada, dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox dalam masa 90 hari selepas menyambungkan peranti Dell anda yang layak dengan akaun Dropbox anda. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, selama satu tahun, 20 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang telah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan Dell sebelum ini. Setelah tempoh promosi setahun berakhir, ruang promosi 20 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan syarat-syarat Dropbox lain yang boleh didapati di http://www.dropbox.com/terms. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support