{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Apakah Dropbox Professional?

Dropbox Professional merupakan pelan tercanggih antara tiga pelan kami untuk pengguna peribadi. Professional menawarkan semua ciri hebat Dropbox Basic dan Plus, termasuk perlindungan untuk peranti yang hilang atau dicuri. Ia turut menawarkan beberapa ciri yang benar-benar berkuasa yang tidak tersedia dalam pelan peribadi lain, termasuklah:

Smart Sync

Smart Sync merupakan ciri Dropbox yang akan membantu anda menjimatkan ruang pada pemacu keras anda. Akses setiap fail dan folder dalam akaun Dropbox anda daripada komputer anda, hampir tanpa menggunakan ruang pemacu keras. Smart Sync disediakan kepada pelanggan dalam pelan Dropbox Professional atau Dropbox Business. Dengan Smart Sync, anda boleh:

  • Pilih jika fail atau folder individu akan tersedia dalam talian sahaja atau secara tempatan pada komputer anda
  • Pilih tetapan penyelarasan lalai untuk fail dan folder baru yang dikongsi bersama anda

Ketahui lebih lanjut tentang Dropbox Smart Sync.

Showcase

Showcase merupakan satu cara baru untuk berkongsi dengan Dropbox. Dengan Showcase, anda boleh memilih fail daripada akaun Dropbox anda, mengaturnya pada satu halaman, dan berkongsi bersama orang lain. Anda juga boleh menjejak paparan, muat turun, atau komen pada fail dalam showcase. Showcase adalah cara yang hebat untuk mengatur kerja anda, dan menambah penjenamaan, susun atur tersuai, dan kapsyen.

Ketahui lebih lanjut tentang Dropbox Showcase.

Sokongan keutamaan chat

Pelanggan Dropbox Professional mempunyai akses kepada sokongan keutamaan chat. Ini bermakna bahawa kami boleh kerap membalas pertanyaan dalam masa beberapa minit (semasa waktu perniagaan biasa).

Ketahui lebih lanjut tentang pilihan sokongan yang disediakan dengan Dropbox Professional.

Sejarah versi fail

Dengan Dropbox Professional, kami akan menyimpan sejarah versi fail anda selama 120 hari (atau lebih lama, jika anda sudah memiliki sejarah versi lanjutan). Ini bermakna bahawa anda boleh membuat asal perubahan terhadap fail pada bila-bila masa dalam masa 120 hari selepas perubahan tersebut.

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah versi fail.

Kawalan pautan kongsian

Pelanggan Dropbox Professional mempunyai lebih kawalan ke atas apa yang mereka kongsi, dan bagaimana:

  • Kata laluan untuk pautan kongsian—Tambah satu lapisan keselamatan supaya hanya orang yang mempunyai kata laluan fail yang unik boleh mengakses pautan anda.
  • Tarikh luput untuk pautan kongsian—Lindungi fail sensitif anda dengan menetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian. Apabila tarikh luput ini berlalu, pautan kongsian akan berhenti berfungsi.
  • Keizinan lihat-sahaja—Pilih sama ada penerima boleh menyunting atau hanya melihat fail di dalam folder kongsian.

Sejarah pelihat

Dengan sejarah pelihat, pelanggan Professional boleh nampak jika seseorang yang mereka kongsikan fail sedang melihatnya, atau bila kali terakhir mereka melihat.

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah pelihat.

Carian teks penuh

Carian teks penuh membolehkan anda untuk mencari lebih daripada nama fail anda. Ia mengimbas nama fail, lanjutan dan kandungan fail serta dokumen Paper untuk membantu anda mencari apa yang diingini. Carian teks penuh tidak sensitif saiz huruf, dan ia mengandungi pembetulan ejaan peribadi dalam pertanyaan carian anda.

Ketahui lebih lanjut tentang carian teks penuh.

Bagaimanakah cara membeli Dropbox Professional?

Anda boleh beli Dropbox Professional dalam dua cara:

Di dropbox.com

Untuk membeli Dropbox Professional di laman web kami, layari dropbox.com/plans.

Di gedung aplikasi mudah alih

Untuk menaik taraf daripada Dropbox Plus kepada Professional pada peranti iOS, layari artikel bantuan ini untuk maklumat lanjut. Untuk membeli Dropbox Professional di gedung aplikasi mudah alih, layari artikel bantuan ini

Apakah perbezaan antara Dropbox Basic, Plus, dan Professional? Berapakah kos bagi setiap pelan?

Untuk perbandingan bagi setiap pelan, layari halaman perbandingan pelan Dropbox. Anda juga akan menemui senarai harga bagi setiap pelan.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan