Apakah promosi semasa Dropbox untuk peranti Lenovo?

Jika anda baru dengan Dropbox dan telah membeli satu model terpilih komputer Lenovo sepanjang atau selepas bulan Januari 2017, anda mungkin layak untuk menerima 30 GB ruang Dropbox tambahan selama 12 bulan selepas pembelian anda. Ruang promosi ini adalah selain daripada 2 GB ruang yang disertakan dengan pelan Dropbox Basic percuma.

Bagaimana untuk menebus ruang promosi pada komputer Lenovo saya?

Jika peranti anda layak, anda mesti lakukan yang berikut untuk menebus ruang anda:

  1. Lancarkan perisian Lenovo Welcome pada komputer Lenovo anda.
  2. Cipta satu akaun Dropbox baru (promosi ini tersedia hanya kepada pengguna baru pada komputer Lenovo yang terpilih).
  3. Lengkapkan 5 daripada 7 langkah Bermula Dropbox.

Bahagian dalam artikel ini:

Berapa lamakah tempoh sah ruang promosi ini?

30 GB ruang promosi untuk model-model terpilih peranti Lenovo adalah sah selama 12 bulan dari tarikh promosi ini ditebus.

Berapa banyak masa yang saya ada untuk menebus ruang promosi ini?

Promosi mestilah ditebus dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian peranti anda.

Peranti Lenovo manakah yang layak untuk promosi ini?

Peranti anda mungkin layak jika anda melihat prom untuk memasang Dropbox dan mencipta akaun baru Dropbox dalam perisian Lenovo Welcome.

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus jenis promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi untuk Lenovo 30 GB selama 12 bulan lebih daripada sekali.

Bolehkah saya pindahkan ruang promosi saya kepada akaun Dropbox yang lain?

Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan sebaik sahaja ia ditebus.

Bolehkah saya mendapat promosi untuk peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pengguna asal peranti yang baru dan layak.

Mengapa saya tidak layak untuk ruang promosi?

Terdapat pelbagai sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda sudah pun menebus promosi pada peranti Lenovo—anda hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja
    • Sebagai contoh, anda tidak boleh menebus promosi untuk Lenovo 30 GB selama 12 bulan lebih daripada sekali, walaupun anda membeli beberapa peranti Lenovo yang layak
  • Anda tidak melihat prom untuk mendaftar masuk ke akaun Dropbox atau mencipta akaun baru Dropbox dalam perisian Lenovo Welcome
  • Anda membeli peranti milik orang lain atau yang telah diubah suai, dan pemilik lama telah menebus promosi berkaitan dengan peranti itu
  • Peranti anda mungkin tidak layak untuk promosi disebabkan beberapa pengecualian negara dan peruncit
  • Anda sudah mendaftar masuk ke akaun Dropbox sedia ada
    • Untuk komputer-komputer Lenovo yang terpilih, promosi ini hanya sah untuk akaun baru Dropbox yang dicipta dalam perisian Lenovo Welcome

Saya mempunyai peranti yang layak. Kenapa saya tidak boleh menebus ruang promosi?

Ini beberapa sebab anda mungkin tidak dapat menebus ruang promosi daripada peranti anda yang layak:

  • Anda belum melengkapkan langkah-langkah Bermula
  • Anda sudah pun menebus promosi Lenovo yang lain, kerana setiap pengguna hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja
  • Peranti anda telah diubah suai atau terpakai, kerana ruang promosi hanya tersedia kepada pembeli asal bagi peranti baru yang berkelayakan
  • Anda telah memasang Dropbox tanpa menggunakan prom dalam perisian Lenovo Welcome
    • Anda mestilah memasang Dropbox dengan mengikuti prom dalam perisian Lenovo Welcome untuk layak

Bagaimana untuk menyemak jika saya telah berjaya menebus promosi?

Untuk mengesahkan ruang promosi anda, pergi ke halaman akaun anda dan klik Lihat semua ruang yang diperolehi.

Bagaimana untuk menyemak tarikh ruang promosi saya akan luput?

Untuk memeriksa tarikh ruang bonus anda mula-mula diberikan, layari halaman akaun anda dan klik Lihat semua ruang yang diperolehi. Ruang bonus akan luput dalam 12 bulan dari tarikh ini.

Apa yang akan terjadi apabila ruang promosi saya luput?

Apabila ruang promosi anda luput, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB dan sebarang ruang yang anda telah perolehi melalui rujukan atau bonus-bonus yang lain.

Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video, dan dokumen baru ke Dropbox. Untuk mendapat lebih banyak ruang, anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Plus.

Promosi lama Lenovo dan terma-terma promosi

Sebelum ini, Dropbox menyokong beberapa promosi lain untuk peranti Lenovo. Jika anda membeli peranti Lenovo dalam atau selepas bulan Januari 2017, promosi 30 GB yang dibincangkan dalam artikel ini boleh terpakai untuk anda. Jika anda membeli peranti Lenovo sebelum Disember 2016, anda mungkin akan melihat promosi yang lama:

  • Model-model terpilih komputer Lenovo yang dibeli di negara-negara terpilih sepanjang atau selepas bulan Mac 2015 mungkin layak untuk menerima 15 GB ruang Dropbox tambahan selama 6 bulan
  • Model-model terpilih komputer Lenovo yang dibeli di Jepun sepanjang atau selepas bulan Januari 2016 mungkin layak untuk menerima 25 GB ruang Dropbox tambahan selama 12 bulan

Terma promosi Dropbox 30 GB untuk komputer Lenovo (promosi semasa(

Untuk komputer Lenovo yang dibeli sepanjang atau selepas bulan Januari 2017 dan mempunyai prom yang muncul dalam perisian Lenovo Welcome, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar dengan Dropbox, dan (b) melengkapkan 5 daripada 7 langkah dalam panduan “Bermula“ Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima, selama 12 bulan dari tarikh penebusan, 30 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi setiap akaun. Apabila tempoh promosi 12 bulan tamat, ruang promosi 30 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, atau Syria.

Terma promosi Dropbox 15 GB untuk peranti Lenovo (promosi lama)

Untuk komputer Lenovo yang mempunyai pemasang Dropbox dipra-muat, promosi ini tersedia kepada pengguna peranti yang (a) pertama mendaftar untuk akaun Dropbox baru dan (b) melengkapkan panduan “Bermula“ Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun Dropbox menerima, selama 6 bulan, 15 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini. Promosi mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan berjenama Lenovo sebelum ini. Apabila tempoh promosi 6 bulan tamat, ruang promosi 15 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, atau Syria.

Terma promosi Dropbox dan Lenovo 25 GB Jepun (promosi lama)

Untuk peranti Lenovo Japan yang mempunyai pemasang aplikasi Dropbox dipra-muat, promosi ini tersedia kepada pengguna pada peranti itu yang (a) pertama mendaftar untuk akaun Dropbox baru dan (b) melengkapkan panduan “Bermula“ Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun Dropbox menerima, selama 1 tahun, 25 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini. Promosi mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan berjenama Lenovo Japan sebelum ini. Setelah tempoh promosi 1 tahun tamat, ruang promosi 25 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, atau Syria.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan