Promosi 20 GB Thingiverse + Dropbox

Jika anda seorang pelanggan Thingiverse, anda mungkin layak mendapat 20 GB ruang Dropbox selama enam bulan. Untuk layak menebus promosi Dropbox ini:

  • Thingiverse mestilah sudah memaklumkan anda tentang promosi ini
  • Anda mestilah sudah memuat turun satu fail 3D dari laman web Thingiverse buat kali pertama selepas September 2018

Cara menebus promosi Thingiverse

Jika anda layak untuk promosi ini, ikut langkah-langkah ini untuk menebus promosi anda:

  1. Layari pemberitahuan promosi dari Thingiverse.
  2. Klik butang untuk menebus tawaran ini. 
  3. Thingiverse akan melencongkan anda ke halaman pentauliahan Dropbox.
  4. Daftar masuk atau cipta akaun Dropbox.
  5. Benarkan Thingiverse untuk mengakses maklumat akaun Dropbox anda.
    • Perhatian: Thingiverse tidak akan mempunyai akses kepada fail atau folder anda.
  6. Jika anda layak untuk promosi, anda akan dilencongkan ke halaman penebusan kupon.
  7. Klik Hantar untuk menebus ruang anda.

Cara menyemak ruang promosi anda

Untuk menyemak jika anda berjaya menebus promosi Thingiverse sebanyak 20 GB ruang:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Pilih Tetapan.
  4. Klik Pelan.
  5. Di bawah Dapatkan lebih banyak ruang, anda patut nampak promosi anda “Kupon promosi“ serta jumlah ruang dan tarikh promosi ini ditebus.

Apa akan berlaku apabila promosi saya berakhir?

Enam bulan selepas ditebus, 20 GB ruang ini akan dibuang secara automatik daripada akaun anda. Semua kandungan anda akan masih boleh diakses, walaupun jika anda melebihi had ruang anda. Jika anda melebihi had ruang anda selepas promosi tamat, anda tidak akan dapat menyimpan fail baru ke Dropbox atau membuat sebarang perubahan kepada fail sedia ada. Anda boleh dapatkan lebih banyak ruang dengan menaik taraf kepada Dropbox Plus atau Professional.

Terma-terma promosi Dropbox + Thingiverse

Promosi ini tersedia kepada pelanggan Thingiverse yang memuat turun fail 3D pertama mereka dan layak untuk promosi ini. Untuk menebus promosi, pengguna yang layak mestilah (a) mendaftar masuk ke akaun Dropbox mereka atau mencipta akaun Dropbox yang baru, (b) membenarkan Thingiverse untuk mengakses maklumat akaun Dropbox mereka, dan (c) menghantar kupon yang dipaparkan. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima, selama 6 bulan dari tarikh penebusan, 20 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna yang mempunyai akaun percuma, Plus, dan Professional. Promosi ini tidak boleh ditebus jika pengguna adalah sebahagian daripada pasukan. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi setiap akaun. Apabila tempoh promosi 6 bulan berakhir, ruang promosi 20 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan atau Syria.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan