​​Saya menghadapi masalah dengan folder kongsian

Dikemas kini Oct 10, 2023
person icon

Maklumat dalam artikel ini terpakai kepada semua pengguna Dropbox melainkan dinyatakan sebaliknya.

Terdapat beberapa situasi apabila folder kongsian mungkin tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Semak setiap situasi yang dinyatakan dalam artikel ini untuk menyelesaikan masalah dengan folder kongsian.

Jika anda tidak menemui jawapan di sini, lawati artikel ini:

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi folder dengan mudah.

Mengapa saya tidak dapat melihat fail versi terkini dalam folder kongsian?

Mungkin terdapat beberapa sebab anda tidak dapat melihat versi terbaru fail dalam folder kongsian. Lawati artikel ini tentang isu penyelarasan fail atau semak setiap situasi di bawah.

 

Senario 1: Jika anda menghapuskan atau membuang folder kongsian daripada akaun anda, anda tidak boleh mengakses folder itu lagi. Untuk menyemak sama ada anda telah menghapuskan folder kongsian di dropbox.com atau tidak:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
    • Klik Lagi dalam bar sisi sebelah kiri jika anda tidak melihat Dikongsi.
  3. Klik tab Folder di bahagian atas halaman.
    • Apabila anda layangkan tetikus di atas folder yang telah anda buang atau folder kongsian yang belum anda sertai, butang Sertai folder akan muncul. 
  4. Klik Sertai folder untuk memulihkan folder ke akaun anda.

Jika anda telah memasang aplikasi desktop, folder kongsian akan diselaraskan semula secara automatik. Jika versi lama berada di lokasi yang sama, Dropbox akan menyelaraskan versi baharu dan menambah “(1)” di hujung nama. Ini memastikan bahawa setiap folder mempunyai nama yang unik.

Anda boleh menukar atau mengemas kini nama lalai fail atau folder. Ketahui cara menamakan semula fail atau folder.

 

Senario 2: Jika anda tidak dapat melihat fail yang anda jangka untuk lihat dalam folder kongsian yang anda tidak hapuskan, anda mungkin telah menghapuskan folder tersebut secara tidak sengaja.

Semak sama ada folder masih dikongsi:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
    • Klik Lagi dalam bar sisi sebelah kiri jika anda tidak melihat Dikongsi.
  3. Cari folder kongsian itu.
    • Jika anda melihat Anda belum menyertai folder ini di bawah nama folder, anda tidak mempunyai akses kepada folder kongsian tersebut. Untuk mendapatkan akses, layangkan tetikus ke atas folder dan klik Sertai folder
    • Jika folder kongsian itu aktif, pastikan fail anda ada dalam folder kongsian di dropbox.com. Jika tiada, ketahui cara mendapatkan semula atau memulihkan fail anda.


Mengapakah saya tidak dapat melihat tetingkap pilihan folder kongsian?

Jika tetingkap pilihan folder kongsian tidak muncul apabila anda mengklik Kongsi..., anda mungkin mengalami masalah yang disebabkan oleh sambungan atau penambahan pelayar pihak ketiga (seperti tetingkap timbul atau penyekat iklan).

Untuk menyelesaikan masalah ini, lumpuhkan sebarang sambungan atau penambahan pelayar yang sedang berjalan buat sementara waktu. Setelah anda menukar tetapan folder kongsian dan tidak lagi memerlukan tetingkap pilihan folder kongsian, anda boleh mendayakan semula sambungan pelayar ini.

Jika anda ingin terus menggunakan sambungan, anda mungkin boleh mencipta pengecualian untuk Dropbox atau menyenaraiputihkan https://www.dropbox.com. Walau bagaimanapun, tidak semua sambungan menyokong fungsi ini.
 

Mengapa saya tidak boleh berkongsi folder dalam folder kongsian yang lain?

Jika anda tidak dapat berkongsi folder yang ada dalam folder lain, keizinan perkongsian anda dalam folder itu mungkin dibataskan oleh pemilik folder induk. Cuba hubungi pemilik folder induk untuk berkongsi folder dalam folder kongsian mereka.

Jika anda masih tidak dapat berkongsi subfolder, anda mungkin telah mencapai had bilangan subfolder kongsian yang boleh dicipta dalam satu folder. Ketahui lagi tentang had folder kongsian.
 

Saya pelanggan Dropbox Family

Pelanggan Dropbox Family tidak boleh berkongsi subfolder dalam folder kongsian induk secara terus. Ketahui cara untuk berkongsi fail atau folder dalam folder kongsian induk melalui pautan.


Apakah yang berlaku jika saya mengalihkan folder kongsian ke dalam folder pasukan?

Jika anda menggunakan akaun pasukan, anda mungkin mempunyai folder pasukan.

Jika anda mengalihkan folder kongsian ke dalam folder pasukan, anda sebenarnya memindahkan pemilikan folder itu kepada pasukan. Anda tidak lagi memiliki folder itu dan anda tidak boleh membuang folder itu daripada folder pasukan. Pentadbir dalam pasukan itu ialah satu-satunya orang yang boleh mengalih keluar folder daripada folder pasukan.

Jika anda mahu, anda boleh membuat salinan folder itu dan mengalihkan ke lokasi pilihan dalam akaun anda. Jika anda perlu membuang folder daripada folder pasukan, hubungi pentadbir pasukan anda.
 

Apakah yang berlaku jika pemilik folder kongsian keluar?

Pemilik barang kali orang yang mula-mula menjemput anda ke folder kongsian. Jika anda tidak melihat pemilik untuk folder kongsian, pemilik mungkin telah meninggalkan folder itu. Jika ini berlaku, anda boleh menghubungi pemilik asal dan meminta mereka untuk menambah folder kembali ke Dropbox mereka terlebih dahulu, dan kemudian memindahkan pemilikan kepada anda.

Jika anda tidak dapat menghubungi pemilik, anda boleh:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Seret fail daripada folder lama ke folder baru ini.
  3. Jemput semula ahli folder kongsian lama ke folder kongsian baru ini.

Jika anda pemilik folder kongsian dan keluar tanpa memindahkan pemilikan, folder kongsian akan ketiadaan pemilik. Pemilik folder kongsian satu-satunya ahli yang boleh mengalih keluar ahli daripada folder.

Jika anda tidak memerlukan folder ini lagi tetapi ahli lain masih memerlukan, anda boleh menjadikan mereka pemilik. Pertama sekali, anda perlu menambah folder kongsian kembali ke akaun Dropbox anda.

Ketahui cara memindahkan pemilikan folder kepada ahli lain.
 

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan keizinan menyunting ke folder kongsian yang saya hanya boleh lihat?

Hanya pemilik atau penyunting folder kongsian yang boleh mengubah keizinan. Jika anda perlu mempunyai peranan yang berbeza dalam folder kongsian, hubungi pemilik atau mana-mana editor semasa dan minta mereka mengemas kini keizinan anda. Ketahui lagi tentang peranan dalam folder kongsian.
 

Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui jika folder saya telah dikongsikan?

Untuk menyemak sama ada folder dikongsi secara aktif antara anda dengan orang lain yang ingin diberikan akses kepada folder itu atau tidak:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
    • Klik Lagi dalam bar sisi sebelah kiri jika anda tidak melihat Dikongsi.
    • Untuk folder yang dimiliki oleh orang lain: Jika anda tidak melihat folder kongsian tersenarai, maka anda bukan ahli pada masa ini. Hubungi pemilik supaya folder itu dikongsikan dengan anda.
    • Untuk folder yang anda miliki: Jika orang yang anda ingin berkongsi folder tidak melihat folder itu tersenarai, maka mereka bukan ahli pada masa ini. Mereka perlu menyemak halaman Kongsian untuk melihat jika mereka boleh mengklik Sertai folder pada folder tersebut. Jika mereka tidak melihat folder itu di situ, mereka perlu menghubungi anda.

Bagaimanakah cara saya boleh melihat ahli folder kongsian?

Anda boleh melihat ahli folder kongsian dengan mengikut arahan di bawah:
 

Di dropbox.com

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus pada folder yang anda ingin lihat ahlinya dan klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah menghala ke atas).
  3. Klik Orang yang boleh mengakses.
     

Pada aplikasi desktop Dropbox

  1. Buka folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
  2. Klik kanan folder yang anda ingin lihat ahlinya dan pilih Kongsi... di sebelah ikon Dropbox.
  3. Klik Orang yang boleh mengakses.
     

Pada aplikasi mudah alih Dropbox

  1. Buka aplikasi mudah alih Dropbox.
  2. Tekan “⁝” (ellipsis menegak pada Android) atau “…” (iOS) di sebelah folder yang betul.
  3. Tekan Uruskan akses (Android) atau Tetapan folder (iOS). 
  4. Tekan kawasan di bawah [x] ahli.
highlight icon

Perhatian: Apabila anda mengalihkan fail atau folder ke dalam folder kongsian, semua orang yang mempunyai akses kepada folder kongsian itu akan mendapat akses kepada fail atau folder yang dialihkan ke dalam folder kongsian itu.

Bagaimanakah jika fail hilang daripada folder kongsian yang tidak saya miliki?

Jika fail kelihatan hilang daripada folder kongsian, semak dahulu sama ada folder itu aktif dan ahli lain sedang menggunakannya atau tidak. Ketahui cara untuk melihat aktiviti fail dalam Dropbox.


Untuk menyemak jika fail hilang:

  1. Log masuk ke dropbox.com. 
  2. Klik Dikongsi dalam bar sisi sebelah kiri.
    • Klik Lagi dalam bar sisi sebelah kiri jika anda tidak melihat Dikongsi.
  3. Klik pada folder kongsian untuk melihat sama ada fail muncul. Jika fail tidak muncul, maka pemilik folder kongsian (atau ahli yang mempunyai akses sunting) mungkin perlu berkongsi semula folder itu.

Apakah yang boleh saya lakukan jika folder kongsian mempunyai nama yang sama dengan folder lain?

Jika anda menyertai folder kongsian yang mempunyai nama yang sama seperti folder dalam Dropbox anda, (1) akan ditambah pada nama folder kongsian baru itu.

Namakan semula folder asal yang menyebabkan konflik penamaan (yang tiada (1)). Anda kemudian boleh membuang (1) daripada nama folder kongsian.

highlight icon

Perhatian: Jika anda perlu menghubungi sokongan Dropbox tentang masalah dengan folder kongsian, pemilik (atau ahli yang mempunyai akses menyunting) perlu mengemukakan permintaan tersebut.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan