Dropbox tidak mengemas kini fail saya—selesaikan masalah penyelarasan

Jika penyelarasan Dropbox berfungsi dengan betul, anda akan nampak fail yang sama pada setiap komputer, telefon, atau tablet yang anda gunakan untuk mengakses Dropbox (selagi anda mendaftar masuk dengan akaun yang sama pada setiap peranti). Jika anda tidak nampak fail yang sama, atau jika penyelarasan gagal untuk selesai, anda barangkali sedang mengalami isu penyelarasan.

Artikel langkah demi langkah ini akan membimbing anda untuk menyelesaikan masalah, bermula dengan pembaikan yang paling mudah. Ia akan menyelesaikan kebanyakan masalah penyelarasan.

Sebelum anda bermula:

  • Di dalam folder Dropbox pada komputer anda, tanda rait hijau bermakna fail sudah diselaraskan sepenuhnya, anak panah berwarna biru bermakna fail sedang diselaraskan, dan X berwarna merah bermakna fail tidak diselaraskan. Artikel ini hanya akan meliputi keadaan di mana anda melihat X berwarna merah.
  • Jika anda nampak mesej ralat yang tertentu, semak senarai penjelasan kami. Jika anda mendapat masalah lazim dengan fail tidak menyelaras, teruskan membaca.

1. Adakah Dropbox sudah dipasang pada komputer anda?

Jika Dropbox sudah dipasang, anda akan nampak ikon dalam dulang sistem atau bar menu, ataupun senarai aplikasi komputer anda. Jika anda tidak nampak Dropbox di mana-mana lokasi ini, maka Dropbox belum dipasang.

  • Jika Dropbox belum dipasang: Pasangkan aplikasi desktop, dan daftar masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan Dropbox anda.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 2.

2. Adakah Dropbox berjalan?

Jika Dropbox sudah dipasang dan berjalan, anda akan nampak ikon dalam dulang sistem dan bar menu, dan ikon ini akan berwarna hitam ataupun menunjukkan status penyelarasan. Jika ikon berwarna kelabu, maka Dropbox tidak berjalan.

  • Jika ikon dulang atau menu berwarna kelabu: Sama ada anda tidak bersambung ke internet, ataupun Dropbox ditetapkan untuk tidak berjalan semasa komputer dimulakan. Pastikan anda berada dalam talian, dan aplikasi Dropbox ditetapkan untuk berjalan semasa komputer dimulakan (lihat dokumentasi untuk sistem pengendalian khusus anda untuk mengetahui caranya).

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 3.

3. Adakah anda berada dalam talian?

Aplikasi desktop Dropbox hanya boleh menyelaraskan fail jika komputer anda berada dalam talian.

  • Jika komputer anda tidak berada dalam talian: Periksa sambungan internet komputer anda, dan sambungkan semula jika perlu. (Anda masih boleh bekerja di luar talian dengan fail di dalam folder Dropbox pada komputer anda. Fail-fail ini akan menyelaras ke perkhidmatan Dropbox apabila komputer anda berada dalam talian.)

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 4.

4. Adakah anda menggunakan penyelarasan terpilih?

Penyelarasan terpilih merupakan ciri yang membenarkan anda memilih fail mana yang akan diselaraskan dari dropbox.com ke folder Dropbox pada komputer anda. Ini akan menjimatkan ruang pemacu keras. Untuk melihat jika fail yang hilang daripada komputer anda telah diselaraskan secara terpilih:

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar menu atau dulang sistem, dan kemudian klik ikon gear.
  2. Klik Keutamaan…
  3. Buka tab Akaun .
  4. Klik Ubah Tetapan...
    • Adakah anda nampak folder yang hilang, ataupun folder yang mengandungi fail anda yang hilang? Pastikan anda menyemak bahawa nama folder itu betul-betul sama dengan nama di dropbox.com. Adakah ia mempunyai tanda rait biru di sebelahnya, ataupun ikon yang lain?
    • Jika kotak di sebelah folder anda mempunyai apa-apa selain daripada tanda rait biru, anda mungkin mengalami konflik Pelarasan Terpilih.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 5.

5. Sudahkah anda memulakan semula komputer anda?

Kadangkala memulakan semula komputer anda akan mengeset semula sambungan internet anda dan membolehkan Dropbox untuk menyelaras dengan betul.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 6.

6. Sudahkah anda memulakan semula aplikasi desktop Dropbox?

Kadangkala dengan keluar dan melancarkan semula aplikasi Dropbox akan memulakan semula penyelarasan. Untuk melakukannya:

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar menu atau dulang sistem, dan kemudian klik ikon gear.
  2. Klik Keluar Dropbox.
  3. Buka menu aplikasi anda, lancarkan semula Dropbox, dan kemudian daftar masuk sekali lagi (jika perlu).

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 7.

7. Adakah fail terletak di dalam folder kongsian?

Jika fail yang tidak menyelaras terletak di dalam folder kongsian, terdapat dua sebab lazim: sama ada anda bukan lagi ahli folder kongsian itu, ataupun terdapat versi fail yang berlainan di dalam folder itu.

  • Jika anda kehilangan folder kongsian: Semak senarai folder yang anda boleh tambah semula kepada Dropbox anda.
  • Jika anda seorang ahli folder kongsian tetapi fail telah hilang atau tidak menyelaras: Pastikan tiada ahli folder telah mengalih keluar fail itu daripada folder kongsian. Boleh jadi juga bahawa seorang ahli folder kongsian membuat suntingan terhadap salinan fail itu, di sebalik versi yang ada di dalam folder kongsian.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 8.

8. Adakah anda mendaftar masuk ke akaun Dropbox yang sama pada semua peranti anda?

Penyelarasan hanya akan berkesan apabila anda mendaftar masuk ke akaun Dropbox yang sama pada semua komputer anda, telefon, tablet, dan dropbox.com. Untuk memeriksa perkara ini:

  • Pada komputer: klik ikon Dropbox dalam bar menu atau dulang sistem, klik ikon gear, klik Keutamaan, dan kemudian klik Akaun.
  • Pada iOS: buka aplikasi Dropbox dan tekan Tetapan.
  • Pada Android: buka aplikasi Dropbox, tekan Menu, dan kemudian tekan Tetapan.
  • Di dropbox.com: Klik nama anda di sudut atas kanan.

Jika alamat berbeza (lihat dengan teliti untuk kesilapan ejaan), maka anda mempunyai beberapa akaun dan peranti anda tidak akan diselaraskan. Untuk membaiki masalah ini, daftar keluar dan kemudian daftar masuk sekali lagi dengan akaun yang betul.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 9.

9. Sudahkah anda menyemak nama fail anda?

Jika nama fail mempunyai aksara yang tidak serasi, ini akan menghalang penyelarasan daripada berfungsi. Semak beberapa isu aksara lazim untuk fail yang bermasalah:

  • Fail dengan aksara yang berikut dalam tajuk adalah tidak serasi dengan semua sistem pengendalian:
    • “/” (lejang depan) dan “\” (lejang belakang)
  • Fail dengan aksara yang berikut dalam tajuk tidak serasi dengan Windows:
    • “<” (kurang daripada), “>” (lebih besar daripada), “:” (noktah bertindih), “ " ” (tanda petikan), “|” (palang tegak), “?” (tanda soal), “*” (asterisk)
  • Sesetengah aksara khusus untuk bahasa tertentu tidak akan berfungsi pada sesetengah sistem pengendalian.
  • Mac, komputer Windows, dan hamparan Excel mempunyai had aksara nama fail tertentu.

Anda juga boleh cuba alat nama fail rosak Dropbox, dan buat perubahan jika perlu.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 10.

10. Sudahkah anda mendaftar keluar dan masuk semula?

Kadangkala menyahpaut akaun anda daripada Dropbox, kemudian menyahpaut semula, akan membaiki isu sambungan:

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar menu atau dulang sistem, dan kemudian klik ikon gear.
  2. Klik Keutamaan…
  3. Buka tab Akaun .
  4. Klik Nyahpaut Dropbox Ini...
  5. Pautkan semula komputer anda dengan membuka aplikasi Desktop dan mendaftar masuk sekali lagi.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 11.

11. Adakah komputer anda mempunyai ruang pemacu keras yang cukup untuk menyelaras?

Jika pemacu keras komputer anda rendah dalam ruang storan, maka fail tidak dapat menyelaras dari Dropbox. (Perhatian: ini bukan ruang storan Dropbox.) Untuk memeriksa ruang pemacu keras anda:

Jika komputer anda tidak mempunyai ruang pemacu keras yang mencukupi, anda boleh menghapuskan fail untuk mengosongkan ruang storan. Atau anda boleh hidupkan penyelarasan terpilih, yang mana akan menyandarkan fail ke Dropbox sambil menjimatkan ruang pemacu keras.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 12.

12. Adakah anda menggunakan perisian keselamatan atau antivirus?

Aplikasi desktop Dropbox menggunakan folder “.dropbox.cache“ sebagai lokasi sementara untuk memuat turun fail anda dalam blok kecil. Kadangkala program antivirus akan menganggap fail-fail tidak lengkap ini sebagai positif palsu dan terus-menerus mengkuarantinkannya. Dropbox kemudian akan terus-menerus memuat turun fail itu dalam usaha untuk menyelaraskannya ke peranti anda, yang mana boleh menggunakan ruang tambahan.

  • Tambah folder cache Dropbox kepada senarai abai dalam perisian keselamatan/antivirus anda. Anda juga boleh lumpuhkan perisian ini buat sementara waktu. Setelah diselaraskan, anda sepatutnya tidak lagi melihat mesej amaran atau kuarantin ini. Sila ambil perhatian bahawa tidak seperti folder lain dalam Dropbox, folder “.dropbox.cache“ harus mempunyai X berwarna merah di atasnya. Folder ini tidak perlu diselaraskan.

Jika anda masih menghadapi masalah, beralih ke langkah 13.

13. Adakah anda menggunakan perisian pengoptimum sistem?

Jika dulang sistem/bar menu Dropbox tersangkut semasa menyelaras (tanpa kelajuan penyelarasan dalam status), tetapi tiada sebarang kemajuan, boleh jadi aplikasi antivirus atau pengoptimum sistem sedang mengganggu aplikasi Dropbox. Jika anda menggunakan mana-mana perisian ini, sila pertimbangkan untuk menambah Dropbox kepada senarai putih aplikasi tersebut. Anda juga boleh cuba melumpuhkan aplikasi antivirus atau pengoptimum dan memulakan semula Dropbox.

Jika menyenarai putih dan memulakan semula tidak berkesan, anda boleh hubungi pencipta perisian itu:

Tiada satu pun langkah ini berkesan—apakah yang saya perlu lakukan?

Jika anda telah mencuba setiap pembaikan dalam artikel ini, dan masih mendapati bahawa fail atau peranti anda tidak menyelaras, sila hubungi kami.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan