Selesaikan masalah keizinan fail salah

Semasa menggunakan apl desktop, anda mungkin akan diberitahu bahawa Dropbox tidak dapat menyelaraskan fail-fail tertentu disebabkan oleh "ralat keizinan."

Keizinan menentukan siapa yang dibenarkan mengakses fail pada cakera keras anda. Jika keizinan fail tidak membenarkan Dropbox mengakses fail anda, maka Dropbox tidak boleh menyelaras.

Gunakan menu di bawah untuk "Tunjukkan arahan untuk" untuk menyelesaikan ralat keizinan fail pada sistem pengendalian spesifik komputer anda.

Tunjukkan arahan untuk:

Linux

  1. Klik kanan menu Dropbox dari bar menu anda dan pilih Keluar. Ketahui dimana untuk mencari bar menu anda.
  2. Buka tetingkap terminal dan salin dan tampalkan arahan berikut ke dalam terminal:
    • Penting: Dalam perintah di bawah, kami mengandaikan bahawa folder Dropbox anda berada di laluan lalai. Jika anda telah meletakkan folder Dropbox anda di lokasi lain, gantikan semua ~/Dropbox dengan lokasi penuh folder Dropbox anda menggunakan tanda petikan. Contohnya, jika folder Dropbox anda terletak di laluan /Volumes/DifferentPlace/Dropbox, gantikan ~/Dropbox daripada baris perintah berikut kepada "https://www.dropbox.com/Volumes/DifferentPlace/Dropbox".
    • Apabila prom Terminal muncul lagi, arahan menyelesaikan tugas yang diminta dan ia bersedia untuk perintah seterusnya. Jika mana-mana perintah mengembalikan ralat atau tidak bertindak balas selepas satu jam, cuba mulakan semula komputer anda dan ulangi langkah-langkah ini.
  3. sudo chown "$USER" "$HOME"
    sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox
    sudo chattr -R -i ~/Dropbox
    sudo chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox
    

  4. Mulakan semula Dropbox dengan pergi ke menu Internet di bawah Applications.

Mac

  1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu anda. Ketahui dimana untuk mencari menu bar anda.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keluar Dropbox.
  3. Buka apl Terminal anda (di /Applications/Utilities/Terminal).
  4. Salin dan tampal baris-baris berikut satu demi satu ke dalam Terminal. Tekan return selepas setiap satu.
    • Anda akan diminta kata laluan komputer anda (bukan kata laluan Dropbox anda) selepas memasukkan perintah pertama. Ruang kata laluan dalam Terminal akan tetap kosong semasa anda menaip kata laluan anda. Selepas anda menaipnya, tekan return.
    • Perhatian: Kami mengandaikan bahawa folder Dropbox anda berada dalam laluan lalai. Jika anda meletakkan folder Dropbox anda di dalam lokasi tersuai, gantikan semua ~/Dropbox untuk lokasi penuh folder Dropbox anda dalam tanda petikan. Contohnya, jika folder Dropbox anda terletak di laluan /Volumes/DifferentPlace/Dropbox, anda perlu gantikan ~/Dropbox daripada arahan berikut kepada "/Volumes/DifferentPlace/Dropbox".
    • Apabila prom Terminal muncul lagi, arahan menyelesaikan tugas yang diminta dan ia bersedia untuk perintah seterusnya. Jika mana-mana perintah mengembalikan ralat atau tidak bertindak balas selepas satu jam, cuba mulakan semula komputer anda dan ulangi langkah-langkah ini.
  5. sudo chflags -R nouchg ~/Dropbox ~/.dropbox ~/.dropbox-master
    sudo chown "$USER" "$HOME"
    sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox
    sudo chmod -RN ~/.dropbox ~/Dropbox
    chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox 
    

    Tatal ke kanan untuk lebih banyak potongan kod

  6. Mulakan semula Dropbox dengan mengklik dua kali ikon Dropbox dalam folder Applications anda.

Windows

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda. Ketahui di mana untuk mencari dulang sistem anda.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keluar Dropbox.
  3. Tekan Kekunci Windows + R (serentak).
  4. Taip cmd dan tekan Enter untuk membuka prom perintah.
  5. Salin dan tampal baris-baris berikut satu demi satu ke dalam prom perintah Tekan Enter selepas setiap satu.
    • Jika lokasi folder Dropbox anda bukan C:\Users\YourUser\Dropbox, sila ubah suai perintah pertama untuk menghalanya ke lokasinya yang sebenar. Contohnya, jika Dropbox anda di dalam D:\Dropbox, tukarkan perintah kepada:
      icacls "D:\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
      
      Tidak kira di mana folder Dropbox anda terletak, perintah lain kekal tidak berubah.
    • Bergantung kepada saiz Dropbox anda, operasi ini mungkin akan mengambil lebih banyak masa untuk dilengkapkan. Tunggu prom C:\ untuk muncul sebelum beralih ke langkah seterusnya.
  6. icacls "%HOMEPATH%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
    icacls "%APPDATA%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
    

    Tatal ke kanan untuk lebih banyak potongan kod

  7. Pergi ke menu Mula dan pilih Program Files.
  8. Pilih Dropbox.

Windows XP

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda. Ketahui dimana untuk mencari dulang sistem anda.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keluar Dropbox.
  3. Tekan Kekunci Windows + R (serentak).
  4. Taip cmd dan tekan Enter untuk membuka prom perintah.
    • Jika lokasi folder Dropbox anda bukan C:\Users\YourUser\Dropbox, sila ubah suai perintah pertama untuk menghalanya ke lokasinya yang sebenar. Contohnya, jika Dropbox anda di dalam D:\Dropbox, tukarkan perintah kepada:
      cacls "D:\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
      
      Tidak kira di mana folder Dropbox anda terletak, perintah lain kekal tidak berubah.
    • Bergantung kepada saiz Dropbox anda, operasi ini mungkin akan mengambil lebih banyak masa untuk dilengkapkan. Tunggu prom C:\ untuk muncul semula.
  5. cacls "%HOMEPATH%\My Documents\Dropbox" /G "%USERNAME%":F /T
    cacls "%APPDATA%\Dropbox" /G "%USERNAME%":F /T
    

    Tatal ke kanan untuk lebih banyak potongan kod

  6. Pergi ke menu Mula dan pilih Program Files.
  7. Pilih Dropbox.
Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support