Bagaimana jika pemacu keras saya tidak cukup ruang untuk kandungan folder Dropbox saya? Bolehkah saya memilih fail mana untuk diselaraskan?

Dropbox akan menyelaraskan fail ke komputer anda mengikut saiz. Dropbox akan mula menyelaraskan fail terkecil di dalam folder Dropbox anda terlebih dahulu dan meneruskan sehingga tiada lagi fail untuk diselaraskan atau ia kehabisan ruang pemacu keras.

Jika anda ada lebih banyak barang di dalam Dropbox anda berbanding ruang pada pemacu keras anda, anda mungkin mahu mengecualikan sesetengah folder di dalam folder Dropbox anda daripada diselaraskan ke komputer anda. Untuk melakukannya, anda perlu menentukan folder menggunakan pelarasan terpilih.

Pelarasan Terpilih membolehkan anda mengecualikan folder yang anda tidak ingin selaraskan berdasarkan basis per-komputer. Contohnya, anda boleh mengecualikan video rumah anda dari folder Dropbox pada komputer kerja anda, atau menghalang mana-mana fail yang besar daripada dilaraskan ke komputer riba anda. Untuk menentukan tetapan Pelarasan Terpilih anda, pilih folder untuk dikecualikan melalui keutamaan aplikasi Dropbox anda.

Perhatian: Tunggu sehingga folder telah dimuat naik sepenuhnya (ia menunjukkan tanda rait hijau) sebelum membuang pilihan dalam tetapan pelarasan terpilih anda.

Belum menemui jawapan anda di sini? Tanya Pakar komuniti kami!

Forum Dropbox
Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu