Penyelarasan terpilih: pilih folder yang akan menyelaras ke komputer anda

Artikel ini membincangkan penyelarasan terpilih, iaitu satu ciri aplikasi desktop yang membolehkan anda memilih folder mana yang akan menyelaras dari akaun Dropbox anda ke folder Dropbox pada komputer anda.

Perhatian: Penyelarasan terpilih adalah ciri Dropbox yang lama. Fail dan folder yang diselaraskan secara terpilih masih menggunakan ruang pada pemacu keras anda, sementara item yang tidak diselaraskan hanya tersedia di dropbox.com.

Smart Sync merupakan versi ciri ini yang lebih baru dan canggih. Dengan Smart Sync, anda boleh menetapkan fail dan folder sebagai "dalam talian sahaja." Fail dalam talian sahaja hampir tidak menggunakan ruang pada pemacu keras anda, dan anda masih boleh melihatnya di dalam folder Dropbox pada komputer anda.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Bagaimana untuk menghidupkan penyelarasan terpilih

Untuk menghidupkan penyelarasan terpilih:

  1. Klik ikon Dropbox dari dulang sistem atau bar menu.
    • Pada Linux, anda mungkin perlu klik "" (anak panah ke atas) untuk nampak ikon Dropbox.
  2. Klik ikon gear, dan kemudian pilih Keutamaan… daripada menu.
    • Pada Linux, anda tidak akan nampak ikon gear. Hanya klik Keutamaan.
  3. Klik Penyelarasan.
  4. Klik Penyelarasan Terpilih… (Linux dan Windows) atau klik Ubah tetapan… (Mac).
  5. Satu tetingkap akan muncul dengan senarai semua folder utama di dalam folder Dropbox anda:
    • Folder yang bertanda rait di sebelahnya akan diselaraskan ke komputer anda.
  6. Buang tanda daripada mana-mana folder yang anda tidak perlu selaraskan ke pemacu keras komputer anda.
    • Folder yang dibuang tanda rait akan dibuang daripada pemacu keras anda, tetapi akan masih tersedia di dropbox.com dan pada mana-mana komputer yang dipautkan ke akaun Dropbox anda.
  7. Setelah anda selesai, pilih OK.

Nota penting:

  • Jika anda menyambungkan akaun peribadi dan Dropbox Business, anda juga perlu memilih akaun Dropbox yang ingin diubah tetapan di bahagian atas tab
  • Tunggu sehingga folder telah dimuat naik sepenuhnya (tanda rait hijau) sebelum membuang tanda rait itu dalam tetapan penyelarasan terpilih anda
  • Jika anda menggunakan Linux dan mempunyai skrip arahan baris perintah Dropbox, anda boleh tambahkan folder kepada senarai "jangan selaras" dalam Terminal: "/path/to/dropbox.py exclude add ~/Dropbox/path/to/folder/" (hanya gantikan "/path/to/" dengan laluan sebenar ke skrip CLI dan folder atau fail masing-masing)

Penyelarasan terpilih dan folder kongsian

Membuang tanda rait folder kongsian akan menghentikan folder itu daripada menyelaras ke komputer anda. Bagaimanapun, anda masih menjadi ahli folder kongsian tersebut, dan ia akan masih muncul dalam akaun anda di dropbox.com. Folder kongsian itu juga akan terus aktif untuk ahli folder yang lain. Untuk membuang diri anda daripada folder kongsian, anda boleh sama ada tinggalkan folder kongsian itu dari dropbox.com atau, jika anda adalah pemilik folder kongsian, anda boleh menyahkongsinya.

Penyelarasan terpilih pasukan

Jika anda dalam pasukan Dropbox Business, pentadbir anda mungkin juga telah menghidupkan penyelarasan terpilih pasukan. Ciri ini akan membolehkan pentadbir pasukan untuk mencipta tetapan penyelarasan terpilih lalai untuk folder pasukan (atau folder di dalam ruangan pasukan). Tetapan lalai ini kemudian akan dikenakan untuk semua ahli baru pasukan Dropbox Business dengan akses kepada folder tersebut.

Smart Sync

Jika anda ada akaun Dropbox Business atau Professional, anda juga boleh gunakan Smart Sync untuk menguruskan ruang pemacu keras pada komputer anda. Smart Sync akan membolehkan anda untuk melihat semua fail dalam Dropbox anda pada komputer, tetapi hanya memuat turun fail yang anda mahu. Anda boleh gunakan kedua-dua Smart Sync dan penyelarasan terpilih serentak, ataupun pilih hanya satu.

Selesaikan isu dengan penyelarasan terpilih

Jika anda menggunakan penyelarasan terpilih dan ciri ini berhenti berfungsi seperti yang sepatutnya, ketahui bagaimana untuk menyelesaikan isu lazim.

Jika anda mendapat isu umum dengan penyelarasan Dropbox, cuba artikel penyelesaian masalah utama kami.

Sepantas manakah penyelarasan terpilih boleh mengosongkan ruang pada pemacu keras saya?

Kebiasaannya, menyelaras fail secara terpilih akan mengosongkan ruang pada pemacu keras anda dalam masa beberapa minit (selagi komputer anda berada dalam talian dan boleh menyelaras ke Dropbox). Walau bagaimanapun, terdapat had yang diketahui dengan macOS 10.13 (High Sierra):

Sistem pengendalian Apple macOS 10.13 (High Sierra) menggunakan jenis sistem fail baru yang dikenali sebagai APFS. Dengan APFS, sistem pengendalian mengambil petikan sistem fail dan ruang pemacu keras yang tersedia. Petikan ini mungkin tidak dikemas kini selepas anda menyelaraskan secara terpilih fail Dropbox. Ini bermakna bahawa ruang pemacu keras yang anda kosongkan dengan penyelarasan terpilih mungkin tidak dicerminkan atau tersedia secara serta merta jika petikan ini belum dikemas kini.

Ruang pemacu keras ini akhirnya akan dibebaskan oleh OS, tetapi jumlah masa yang akan diambil adalah berbeza-beza. Kelakuan ini tidak khusus kepada Dropbox, tetapi adalah kelakuan reka bentuk macOS.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan