Mengapakah keutamaan Pelarasan Terpilih saya tidak mengemas kini?

Dropbox mungkin tidak dapat mengemas kini keutamaan Pelarasan Terpilih anda jika mana-mana daripada yang berikut berlaku:

Pemacu keras anda kekurangan ruang

Ia berkemungkinan bahawa tidak ada ruang untuk menyimpan data yang perlu untuk mengemas kini keutamaan Pelarasan Terpilih anda.

Untuk melihat jika ini berlaku, periksa ruang pemacu keras yang tersedia anda. Sekiranya pemacu keras anda sangat kekurangan ruang cakera dan anda tidak dapat mengosongkan ruang menggunakan Pelarasan Terpilih, anda perlu menyediakan ruang di luar folder Dropbox.

Fail atau folder sedang digunakan

Dropbox tidak dapat melaras folder terpilih jika ia (atau fail di dalamnya) sedang digunakan dalam aplikasi lain.

Untuk menyelesaikan masalah ini, tutup mana-mana aplikasi yang mengakses fail di dalam folder Dropbox anda sebelum cuba untuk mengemas kini keutamaan Pelarasan Terpilih anda.

Keizinan fail yang salah

Jika fail di dalam Dropbox anda tiada keizinan yang betul, Dropbox mungkin tidak dapat menyelaraskannya. Gunakan menu dibawah untuk membetulkan keizinan fail pada sistem pengendalian komputer anda yang tertentu.

Linux

  1. Klik kanan menu Dropbox dari bar menu anda dan pilih Keluar. Ketahui dimana untuk mencari bar menu anda.
  2. Buka tetingkap terminal dan salin dan tampalkan arahan berikut ke dalam terminal:
    • Penting: Dalam perintah di bawah, kami mengandaikan bahawa folder Dropbox anda berada di laluan lalai. Jika anda telah meletakkan folder Dropbox anda di lokasi lain, gantikan semua ~/Dropbox dengan lokasi penuh folder Dropbox anda menggunakan tanda petikan. Contohnya, jika folder Dropbox anda terletak di laluan /Volumes/DifferentPlace/Dropbox, gantikan ~/Dropbox daripada baris perintah berikut kepada "https://www.dropbox.com/Volumes/DifferentPlace/Dropbox".
    • Apabila prom Terminal muncul lagi, arahan menyelesaikan tugas yang diminta dan ia bersedia untuk perintah seterusnya. Jika mana-mana perintah mengembalikan ralat atau tidak bertindak balas selepas satu jam, cuba mulakan semula komputer anda dan ulangi langkah-langkah ini.
  3. sudo chown "$USER" "$HOME"
    sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox
    sudo chattr -R -i ~/Dropbox
    sudo chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox
    

  4. Mulakan semula Dropbox dengan pergi ke menu Internet di bawah Applications.

Mac

  1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu anda. Ketahui dimana untuk mencari menu bar anda.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keluar Dropbox.
  3. Buka apl Terminal anda (di /Applications/Utilities/Terminal).
  4. Salin dan tampal baris-baris berikut satu demi satu ke dalam Terminal. Tekan return selepas setiap satu.
    • Anda akan diminta kata laluan komputer anda (bukan kata laluan Dropbox anda) selepas memasukkan perintah pertama. Ruang kata laluan dalam Terminal akan tetap kosong semasa anda menaip kata laluan anda. Selepas anda menaipnya, tekan return.
    • Perhatian: Kami mengandaikan bahawa folder Dropbox anda berada dalam laluan lalai. Jika anda meletakkan folder Dropbox anda di dalam lokasi tersuai, gantikan semua ~/Dropbox untuk lokasi penuh folder Dropbox anda dalam tanda petikan. Contohnya, jika folder Dropbox anda terletak di laluan /Volumes/DifferentPlace/Dropbox, anda perlu gantikan ~/Dropbox daripada arahan berikut kepada "/Volumes/DifferentPlace/Dropbox".
    • Apabila prom Terminal muncul lagi, arahan menyelesaikan tugas yang diminta dan ia bersedia untuk perintah seterusnya. Jika mana-mana perintah mengembalikan ralat atau tidak bertindak balas selepas satu jam, cuba mulakan semula komputer anda dan ulangi langkah-langkah ini.
  5. sudo chflags -R nouchg ~/Dropbox ~/.dropbox ~/.dropbox-master
    sudo chown "$USER" "$HOME"
    sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox
    sudo chmod -RN ~/.dropbox ~/Dropbox
    chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox 
    

    Tatal ke kanan untuk lebih banyak potongan kod

  6. Mulakan semula Dropbox dengan mengklik dua kali ikon Dropbox dalam folder Applications anda.

Windows

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda. Ketahui dimana untuk mencari dulang sistem anda.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keluar Dropbox.
  3. Tekan Kekunci Windows + R (serentak).
  4. Taip cmd dan tekan Enter untuk membuka prom perintah.
  5. Salin dan tampal baris-baris berikut satu demi satu ke dalam prom perintah Tekan Enter selepas setiap satu.
    • Jika lokasi folder Dropbox anda bukan C:\Users\YourUser\Dropbox, sila ubah suai perintah pertama untuk menghalanya ke lokasinya yang sebenar. Contohnya, jika Dropbox anda di dalam D:\Dropbox, tukarkan perintah kepada:
      icacls "D:\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
      
      Tidak kira di mana folder Dropbox anda terletak, perintah lain kekal tidak berubah.
    • Bergantung kepada saiz Dropbox anda, operasi ini mungkin akan mengambil lebih banyak masa untuk dilengkapkan. Tunggu prom C:\ untuk muncul sebelum beralih ke langkah seterusnya.
  6. icacls "%HOMEPATH%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
    icacls "%APPDATA%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
    

    Tatal ke kanan untuk lebih banyak potongan kod

  7. Pergi ke menu Mula dan pilih Program Files.
  8. Pilih Dropbox.

Windows XP

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda. Ketahui dimana untuk mencari dulang sistem anda.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keluar Dropbox.
  3. Tekan Kekunci Windows + R (serentak).
  4. Taip cmd dan tekan Enter untuk membuka prom perintah.
    • Jika lokasi folder Dropbox anda bukan C:\Users\YourUser\Dropbox, sila ubah suai perintah pertama untuk menghalanya ke lokasinya yang sebenar. Contohnya, jika Dropbox anda di dalam D:\Dropbox, tukarkan perintah kepada:
      cacls "D:\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
      
      Tidak kira di mana folder Dropbox anda terletak, perintah lain kekal tidak berubah.
    • Bergantung kepada saiz Dropbox anda, operasi ini mungkin akan mengambil lebih banyak masa untuk dilengkapkan. Tunggu prom C:\ untuk muncul semula.
  5. cacls "%HOMEPATH%\My Documents\Dropbox" /G "%USERNAME%":F /T
    cacls "%APPDATA%\Dropbox" /G "%USERNAME%":F /T
    

    Tatal ke kanan untuk lebih banyak potongan kod

  6. Pergi ke menu Mula dan pilih Program Files.
  7. Pilih Dropbox.

Anda menggunakan symlink atau fail rujukan

Kami tidak menggalakkan anda menggunakan kaedah yang menambah fail rujukan (symlink, titik simpang, atau folder berangkai) ke folder Dropbox. Selain mengganggu dengan kemas kini keutamaan Pelarasan Terpilih, fail rujukan boleh menyebabkan penggunaan CPU yang tinggi, prestasi pelarasan tidak baik, masalah keizinan, dan percanggahan penggunaan ruang.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu