Dropbox tersekat dalam penyelarasan, tidak dapat dimulakan, atau melaporkan ralat

Jika pemasangan desktop Dropbox anda mengalami sebarang masalah berikut, pemasangan Dropbox anda mungkin tidak dapat diakses atau telah rosak:

  • Dropbox tertutup sebaik sahaja ia dibuka.
  • Dropbox gagal membuka dan melaporkan mesej ralat. (Jika mesej ralat adalah "OperationalError" atau "BrokenTempDirError," baiki keizinan untuk folder %TEMP% anda.)
  • Dropbox tidak melaras dan melaporkan bahawa anda sedang menjalankan versi lama aplikasi.
  • Ikon dulang sistem/bar menu Dropbox melaras tanpa henti (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah berpusing di atas ikon biru), namun pelarasan tidak berjalan.
  • Status pelarasan dalam menu Dropbox anda berkata "Keizinan ditolak" atau "Ditolak oleh Pelayan."
  • Menu konteks Dropbox tidak dijumpai.
  • Ikon pelarasan tidak kelihatan dengan betul.

Jika Dropbox kelihatan tersekat semasa proses pelarasan untuk tempoh masa yang panjang, tanpa kelajuan pelarasan dalam status, pastikan terlebih dahulu bahawa antivirus atau pengoptimum sistem tidak mengganggu aplikasi Dropbox. Ini adalah masalah yang diketahui dengan aplikasi-aplikasi antivirus seperti:

Jika ini berlaku kepada anda, cuba tambah Dropbox kepada senarai putih aplikasi anda atau cuba lumpuhkan aplikasi antivirus anda dan mulakan semula aplikasi Dropbox.

TuneUp Utilities (Windows) juga diketahui untuk mengoptimumkan komputer anda dengan menyahpasang Dropbox. Jika anda menjalankan TuneUp, cuba lumpuhkan aplikasi ini dan pasang semula aplikasi Dropbox. Anda boleh melaporkan isu ini dengan TuneUp menggunakan borang web dalam talian.

Jika anda tidak menjalankan aplikasi antivirus atau tidak pasti ia sedang mengganggu Dropbox, tetapan Dropbox anda mungkin tidak boleh diakses. Jika tetapan anda tercemar, satu cara untuk menetapkannya semula adalah dengan menyahpaut dan kemudian memautkan semula komputer anda dengan akaun Dropbox anda. Jangan bimbang, fail di dalam folder Dropbox anda tidak akan disentuh.

Belum menemui jawapan anda di sini? Tanya Pakar komuniti kami!

Forum Dropbox

Ketahui lebih lanjut

Jika menyahpaut dan memaut semula akaun anda tidak menyelesaikan masalah, tetapan anda mungkin dilindungi atau tidak boleh diakses kerana masalah keizinan. Jika inilah benar, anda boleh membuang tetapan anda secara manual menggunakan akaun pentadbir. Begini caranya:

Linux

Pada Linux

  1. Berhenti Dropbox dengan mengklik menu Dropbox pada bar menu dan pilih Berhenti
  2. Buka tetingkap terminal dan salin dan tampalkan baris berikut ke dalam terminal (bulat-bulat seperti yang ditulis di bawah):
    sudo chown "$USER" "$HOME"
    sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox
    sudo chattr -R -i ~/Dropbox
    sudo chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox
    

    Jika folder Dropbox anda bukan ~/Dropbox, pastikan anda mengubah suai semua perintah di atas untuk menghalanya ke lokasi yang betul.
  3. Mulakan semula Dropbox dengan pergi ke menu Internet di bawah Applications.

Macintosh

Pada Mac OS X

  1. Keluar Dropbox dengan mengklik pada ikon Dropbox dari bar menu, mengklik pada ikon gear, dan memilih Keluar Dropbox dari menu yang muncul.
  2. Buka apl Terminal anda (terletak di /Applications/Utilities/Terminal).
  3. Salin dan tampal baris berikut ke dalam Terminal, satu demi satu, dan tekan Return selepas setiap satu.
    • Jangan taip perintah dengan tangan.
    • Anda akan diminta kata laluan pengguna komputer anda (bukan kata laluan Dropbox anda) selepas memasukkan perintah pertama. Sila ingat bahawa ruang kata laluan dalam terminal akan tetap kosong semasa anda menaip kata laluan anda. Selepas anda menaipnya, hanya tekan Return.
    • Penting: Kami mengandaikan bahawa folder Dropbox anda berada di laluan lalai. Jika anda telah meletakkan folder Dropbox anda di lokasi lain, gantikan semua ~/Dropbox dengan lokasi penuh folder Dropbox anda menggunakan tanda petikan. Contohnya, jika folder Dropbox anda terletak di laluan /Volumes/DifferentPlace/Dropbox, anda perlu gantikan ~/Dropbox daripada arahan berikut kepada "https://www.dropbox.com/Volumes/DifferentPlace/Dropbox".
  4. sudo chflags -R nouchg ~/Dropbox ~/.dropbox
    sudo chown "$USER" "$HOME"
    sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox
    sudo chmod -RN ~/.dropbox ~/Dropbox
    chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox
    

  5. Mulakan semula Dropbox. Dropbox terletak di dalam folder Applications anda.

Vista/Win7/Win8/Win10

Pada Windows Vista, Windows 7, atau Windows 8

  1. Keluar Dropbox dengan mengklik pada ikon Dropbox dalam dulang sistem, mengklik ikon gear dalam panel pemberitahuan, dan memilih Keluar Dropbox dari menu.
  2. Tekan Kekunci Windows + R (serentak), kemudian taip cmd dan tekan Enter untuk membuka prom perintah.
  3. Salin dan tampalkan baris berikut ke dalam prom perintah, satu demi satu, dan tekan Enter selepas setiap satu. Sila pastikan anda menyalin dan menampal perintah ini (jangan menaipnya dengan tangan), kerana jika tersalah boleh mendatangkan masalah. Anda juga hanya boleh menampalnya dengan mengklik kanan dan memilih Paste.
    icacls "%HOMEPATH%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
    icacls "%APPDATA%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
    icacls "%LOCALAPPDATA%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":F /T
    icacls "%PROGRAMFILES%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":F /T
    

    Jika lokasi folder Dropbox bukan laluan C:\Users\YourUser\Dropbox, sila ubah suai perintah pertama untuk menghalanya. Contohnya, jika Dropbox anda di dalam D:\Dropbox, perintah akan kelihatan seperti di bawah:
    icacls "D:\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T			
    

    Perintah lain harus kekal tidak berubah. Sila ambil perhatian bahawa bergantung kepada saiz Dropbox anda, operasi ini mungkin akan mengambil sedikit masa untuk dilengkapkan, jadi tunggu prom C:\ untuk muncul semula.
  4. Mulakan semula Dropbox dengan pergi ke menu Mula dan pilih Program Files, kemudian Dropbox.

    • Perhatian: Jika anda tidak melihat pilihan Dropbox di bawah Program Files, anda perlu memulakan semula Dropbox dengan memasukan %APPDATA%\Dropbox ke dalam tetingkap Windows Explorer dan dwiklik Dropbox.exe

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu