Dua orang berdiri melihat skrin komputer riba dalam koridor bangunan pejabat. Dua orang berdiri melihat skrin komputer riba dalam koridor bangunan pejabat.

Solusi IT yang dibina untuk anda

Dropbox membantu anda memberikan tempat kerja yang selamat dan tangkas untuk pekerja.

Dropbox membantu anda memberikan tempat kerja yang selamat dan tangkas untuk pekerja.

Pengurusan Teknologi Maklumat: Kompleks, ketat dan risiko tinggi

Sokongan IT tidaklah mudah. Struktur pasukan yang kompleks, ancaman keselamatan yang berterusan dan isipadu maklumat yang besar menjadikan pengurusan data suatu cabaran. Namun, dengan Dropbox sebagai solusi IT anda, anda boleh bersedia untuk beroperasi di tempat kerja yang moden.

Memudahkan pengurusan pasukan

Kami mereka solusi IT yang tangkas untuk mengawasi pelaksanaan dengan mudah.

Satukan pelaksanaan Dropbox di seluruh syarikat anda dengan pengurusan sistem pusat Teknologi Maklumat dan mendapatkan wawasan bagi aktiviti pasukan dengan konsol perusahaan.

Dapatkan autonomi dan kawalan dengan tetapan tahap entiti. Anda boleh mewakilkan kawalan kandungan dan tetapan kepada admin yang paling mengetahui aliran kerja pasukan.

Kandungan berpusat dalam satu solusi dan ringkaskan pengurusan kebenaran. Selain itu, cipta, susun dan kongsi kandungan Google Docs, Sheets dan Slides serta fail .docx, .xlsx, dan .pptx—terus dari Dropbox.

Antara muka konsol perusahaan Dropbox dengan senarai pasukan kecil.

Memastikan keselamatan data dan pematuhan

Infrastruktur teragih kami dengan berbilang lapisan perlindungan dan sokongan untuk standard dan peraturan seperti ISO 27001 dan HIPAA, membantu menjaga keselamatan data dan organisasi anda.

Dropbox merupakan infrastruktur selamat dan dipercayai yang menyokong lebih daripada 600 juta orang pengguna di dunia dan 450,000 pasukan perniagaan.

Tingkatkan kebolehlihatan kepada pengurusan sistem Teknologi Maklumat anda dengan wawasan dalam semua aktiviti pasukan dan ahli di Dropbox, termasuk kandungan cloud.

Kurangkan risiko dan kekalkan pematuhan dengan alat pentadbiran data tambahan, termasuk pegangan undang-undang dan sehingga sepuluh tahun pengekalan data*.

*Akan datang

Antara muka konsol admin Dropbox dengan senarai ahli pasukan, ikon dan status akaun mereka.

Lebih daripada 450,000 pasukan menggunakan Dropbox Business