Dropbox anda, dibina untuk perniagaan

  • Berkongsi fail dengan selamat, di dalam dan di luar
  • Bekerjasama dengan mudah dengan penyelarasan terbaik
  • Kawal akses fail dengan keselamatan bertaraf perniagaan


Berkongsi fail sebarang saiz, dengan pantas dan mudah

Dropbox Business adalah cara yang pantas dan mudah untuk menghantar fail, di dalam pasukan anda dan dengan rakan kongsi luar. Tiada sekatan jenis fail, tiada syarat sistem pengendalian, dan tiada had saiz. Bahkan penerima yang tidak menggunakan Dropbox masih boleh memuat turun fail serta-merta, tiada pendaftaran atau pemasangan diperlukan. Menghantar dokumen Word yang terkecil adalah semudah menghantar video berdefinisi tinggi bersaiz besar — hanya hantar pautan dan anda sudah selesai.

Bekerjasama dengan lancar di dalam folder kongsian

Dengan seluruh pasukan anda dalam Dropbox Business, anda boleh berkongsi fail tanpa perlu menghantarnya. Hanya jemput ahli pasukan ke folder dan setiap orang akan sentiasa mempunyai versi fail paling terkini di dalam folder itu. Kemas kini — walaupun untuk fail yang sangat besar — adalah automatik dan sangat pantas tanpa membebankan lebar jalur anda, terima kasih kepada penyelarasan Delta, LAN dan strim terbaik kami. Kekal selaras tidak pernah semudah ini.

Bekerja pada mana-mana peranti atau sistem

Lihat sejauh mana pasukan anda boleh menjadi lebih produktif apabila mereka tidak perlu bimbang tentang cara untuk berkongsi maklumat. Dengan sokongan untuk hampir sebarang peranti, sistem pengendalian dan platform, Dropbox Business berfungsi dengan lancar seperti cara pasukan anda bekerja — ia hanya diterapkan ke dalam penyediaan dan aliran kerja sedia ada mereka. Dan dengan beratus-ratus ribu integrasi apl, Dropbox Business meluaskan perkhidmatan yang sedang digunakan oleh pasukan anda.

Berikan pasukan anda perkongsian fail yang mudah diurus dan diskala

Kemungkinan besar pasukan anda sudah pun menyukai Dropbox kerana keupayaan berkongsi dan menyelaras failnya yang ringkas dan berkuasa. Dropbox Business berasaskan alat mudah yang sama, jadi anda boleh yakin bahawa pasukan anda akan menggunakannya dengan sedikit atau tiada latihan langsung. Tidak seperti penyelesaian di premis, tiada infrastruktur untuk disediakan atau diselenggara — dan tidak seperti penyelesaian berasaskan awan yang lain, konsol pentadbir yang ringkas namun berkuasa menjadikan pengurusan dan penskalaan pasukan anda mudah.

Fail anda sentiasa selamat dan dilindungi

Dropbox Business menggunakan penyulitan sifer kukuh dalam transit dan semasa rehat, dan menjalani audit SOC SSAE 16 yang kerap dengan laporan SOC 2 Jenis 2 dan SOC 3 tersedia. Kawal siapa yang melihat sesuatu dengan keizinan, kata laluan dan tarikh luput pada fail dan folder kongsian. Pemindahan akaun dan penghapusan jarak jauh memastikan fail perniagaan anda kekal di dalam syarikat, manakala log audit menyeluruh memberi anda penglihatan jelas ke dalam aktiviti pasukan. Anda juga boleh menambah ciri-ciri pentauliahan seperti sokongan single sign-on (SSO) dan verifikasi dua langkah untuk lebih melindungi akaun.


Sertai 200,000 perniagaan yang menggunakan Dropbox Business