Skip to main content

Dropbox Plus

Sandarkan semuanya, dengan berbaki ruang lagi

Kurangkan kebimbangan anda. Dapatkan alat untuk membantu melindungi semua data peribadi anda, dan 2,000 GB penyimpanan awan yang disulitkan—hanya dengan Dropbox Plus

Foto seorang kanak-kanak meniup lilin pada kek hari jadi

Pelan Dropbox dipenuhi dengan ciri-ciri untuk mengatur kehidupan digital anda

Ikon kongsi

Simpan, selaras dan kongsi fail anda

Dengan pilihan penyimpanan awan bersaiz terabait, anda akan mendapat ruang yang diperlukan untuk menyimpan kandungan anda - foto, fail peribadi dan juga kata laluan - di satu tempat yang selamat.

Ikon Tandatangan

Tandatangani dokumen penting

Dropbox Sign memberi anda kuasa untuk menyediakan, menghantar, menandatangani dan menjejak dokumen, memberi anda satu pengalaman yang lancar.

Ikon penyerlah

Selesaikan tugasan dengan cepat dan mudah

Sunting PDF, imej dan video, catat nota dan gunakan Dropbox Capture untuk merakam skrin anda dalam masa nyata dengan rangkaian alat produktiviti Dropbox.

Ikon perisai

Pastikan fail anda selamat

Fail anda sentiasa disulitkan secara lalai. Ciri sandaran, pemulihan dan penghapusan jarak jauh akan memastikan kandungan anda dilindungi pada setiap masa dan pada mana-mana peranti.

Maklumat anda lebih selamat berbanding dengan sebelum ini

Dropbox Plus kini termasuk pengurus kata laluan baharu yang hebat. Dan vault fail baharu yang dilindungi oleh pin memberikan tambahan lapisan keselamatan kepada data anda yang paling sensitif.

Pengurus kata laluan Dropbox dengan senarai kata laluan yang disimpan untuk Dropbox, Slack dan Microsoft Office
Sambungkan semua peranti anda

Selaraskan kandungan dengan lancar antara semua peranti anda—walaupun di seluruh pelantar. Pasang apl Dropbox di mana-mana telefon, tablet atau komputer untuk menyimpan dan mengakses semua fail anda dengan segera.

Antara muka fail Dropbox seperti yang dilihat pada desktop dan peranti mudah alih
Lindungi data anda agar kalis bencana

Kini, anda boleh memulihkan atau memperoleh apa-apa sahaja dalam akaun Dropbox anda sehingga 30 hari. Ini bermakna semua foto, PDF dan fail peribadi anda selamat daripada suntingan, penghapusan, penggodam dan virus yang tidak diingini.

Seorang pengguna mengklik butang biru berlabel "pulihkan fail"
Peranti anda hilang? Jangan risau, data anda selamat

Tertinggal telefon? Komputer riba dicuri? Dengan Dropbox, data anda masih dalam keadaan selamat dan di bawah kawalan anda. Anda boleh menghapuskan sebarang peranti dari jauh atau selaraskan fail anda kepada fail yang baharu, dengan hanya beberapa klik sahaja.

Seorang pengguna mengklik butang biru berlabel "hapuskan peranti"