Suntingan masa nyata untuk pasukan

Paper ialah sebuah produk percuma daripada Dropbox

Dropbox Paper lebih daripada sekadar dokumen—ia satu alat penyuntingan bersama yang menyatukan penciptaan dan koordinasi di satu tempat.

Lihat bagaimana peranan yang berlainan menemui nilai dalam Paper

Bagaimana pasukan pelbagai saiz menggunakan Paper

Nota mesyuarat

Jadikan mesyuarat berfaedah

Selaraskan pasukan anda. Simpan segala-gala yang berkaitan dengan mesyuarat anda di satu tempat—dokumen latar belakang, agenda, minit mesyuarat, tindakan lanjut, dan penyerahan tugas.

Lihat semua templat
Pelan pelancaran

Jejaki pelancaran anda

Kekal di hadapan tugasan penting dan tarikh akhir. Selaraskan pasukan bersilang fungsi dengan menetapkan batu penanda, menyerahkan tugasan, dan menguruskan kelulusan di mana semua orang boleh menemuinya.

Lihat semua templat
Sumbang idea

Sumbangan lebih baik, idea lebih baik

Satukan semua idea dan visual pasukan anda. Kumpul inspirasi dari aplikasi seperti Pinterest dan YouTube, bertukar-tukar idea pada masa nyata, dan dapatkan maklum balas.

Lihat semua templat
Ringkasan kreatif

Tetapkan arah tuju produk yang jelas

Cipta satu sumber pusat yang tulen untuk pasukan anda. Kumpul syarat keperluan, tambah cebisan kod dan reka bentuk, serta dapatkan pendapat daripada pihak berkepentingan di tempat semua orang boleh terlibat.

Lihat semua templat
Spesifikasi produk

Uruskan kerja kreatif bersama klien

Tiada lagi fail berselerak dan rantai e-mel dengan klien yang berjela. Catat maklumat projek, kongsi serahan kerja, dan kumpul maklum balas bersasar dalam satu dokumen yang dikongsi.

Lihat semua templat

Cipta lebih baik, bersama-sama

Pastikan semua orang teratur

Dengan alat pengurusan tugasan Paper, anda boleh memberi tugasan, menambah tarikh akhir, dan menyebut orang—terus dari dalam dokumen.

Beri dan dapatkan maklum balas yang lebih baik

Anotasi membolehkan anda menambah komen kepada bahagian imej yang tertentu, atribusi akan menunjukkan anda siapa yang telah menambah sesuatu, dan emoji membantu anda berkomunikasi dalam nada yang betul. Maklum balas: kini dengan lebih keseronokan.

Singkirkan kerja leceh daripada mesyuarat

Apabila anda menyambungkan Paper ke kalendar anda, ia akan memudahkan anda untuk mencari dokumen yang anda perlukan bagi setiap mesyuarat. Belum ada agenda mesyuarat? Gunakan templat pintar Paper untuk mencipta agenda.

Paper membantu syarikat mengubah cara mereka bekerja

Merealisasikan matlamat

“Paper sesuai digunakan untuk membayangkan hasil artikel muktamad. Anda boleh hantar senarai tugasan, selitkan pelbagai jenis kandungan multimedia, dan tinggalkan komen untuk berinteraksi dengan rakan sekerja anda.”

Ketahui lebih lanjut

Menjalankan operasi perniagaan

“Proses reka bentuk kami bermula dengan pelanggan kami. Mereka sentiasa memberi kami idea yang hebat mengenai padanan, gaya, warna dan bahan. Dan kami lakukan semua itu dalam Paper.”

Ketahui lebih lanjut

Kerjasama merentasi benua

“Dengan Dropbox Paper, saya dapat berkongsi konsep kreatif, penggambaran ujian dan reka bentuk Dion bersama pasukan global pada bila-bila masa dan mendapat kelulusan segera. Segala-segala yang kami perlukan daripada gambar kepada belanjawan terletak di satu tempat.”

Ketahui lebih lanjut

Kisah selanjutnya

Designit
Martin-Sign-Company
Patreon
Mytaxi
Lullabot

Lihat bagaimana Paper boleh jadikan idea anda lebih baik dan bernas.