Selaraskan pasukan anda. Simpan segala-gala yang berkaitan dengan mesyuarat anda di satu tempat—dokumen latar belakang, agenda, minit mesyuarat, tindakan lanjut, dan penyerahan tugas.
Kekal di hadapan tugasan penting dan tarikh akhir. Selaraskan pasukan bersilang fungsi dengan menetapkan batu penanda, menyerahkan tugasan, dan menguruskan kelulusan di mana semua orang boleh menemuinya.
Satukan semua idea dan visual pasukan anda. Kumpul inspirasi dari aplikasi seperti Pinterest dan YouTube, bertukar-tukar idea pada masa nyata, dan dapatkan maklum balas.
Tiada lagi fail berselerak dan rantai e-mel dengan klien yang berjela. Catat maklumat projek, kongsi serahan kerja, dan kumpul maklum balas bersasar dalam satu dokumen yang dikongsi.
Cipta satu sumber pusat yang tulen untuk pasukan anda. Kumpul syarat keperluan, tambah cebisan kod dan reka bentuk, serta dapatkan pendapat daripada pihak berkepentingan.
Atur dan jejaki kerja anda dari mula sehingga selesai. Bantu pasukan anda kekal sedia maklum tentang tugas masing-masing menggunakan garis masa, senarai tugasan, dan penyerahan tugas.
Cipta pelan akaun dengan mudah bagi setiap urus niaga anda. Kumpulkan maklumat mustahak mengenai pelanggan anda, para pesaing, serta strategi jualan yang anda boleh akses semasa di luar.
Biasakan pekerja baru dengan pantas. Pusatkan maklumat untuk membantu pekerja baru bermula, hubungkan sumber-sumber penting, dan cipta senarai semak tugasan untuk hari-hari pertama mereka.
Bekerjasama dalam projek berkumpulan dalam satu dokumen. Sunting bersama pada masa nyata, berikan maklum balas dengan komen, dan selesaikan tugasan sebelum tarikh akhir menggunakan garis masa dan senarai tugasan.
Beri semua orang akses kepada maklumat yang mereka perlukan. Atur data kritikal, hubungkan dokumen penting, dan letakkan fail ke dalam satu dokumen pusat yang boleh disunting dan diakses oleh pasukan.
Lihat pelan, kemajuan dan laporan kempen di satu tempat. Draf kandungan, kumpul suntingan dan maklum balas, serta kongsi keputusan kempen dengan benaman kiriman sosial.
Tukar pemahaman pengguna menjadi item tindakan pasukan. Hubungkan prototaip, sintesiskan penemuan penting dengan langkah lanjut, serta kongsikan bersama pihak berkepentingan supaya boleh dilihat oleh semua orang.
Kekal teratur dalam landasan daripada fasa prapenerbitan kepada pascapenerbitan. Simpan segala-gala yang diperlukan oleh pasukan anda di satu tempat—skrip, muzik, video, garis masa dan belanjawan.
Cari jawapan dengan segera. Cipta repositori tentang artikel panduan dan maklumat penyelesaian masalah supaya semua orang dapat menemui dan mengakses apa yang mereka perlukan dengan mudah.
Pastikan pasukan anda kekal selaras dengan garis panduan stail yang mudah diakses. Rangka garis panduan yang akan membantu semua orang mencipta bahan bertulis dan visual yang bertepatan dengan mesej.
Beri pasukan anda satu halaman untuk semua pepijat. Cipta satu penjejak pepijat yang dikongsi untuk merekod, mengutamakan, menyerah tugasan, serta menyelesaikan pepijat dan isu.
Simpan gambaran umum bagi semua kandungan. Perkemaskan strategi kandungan anda dengan membina kalendar, merangka kiriman akan datang, dan menjejak kemajuan dalam Paper.
Bersiap sedia untuk menangani pelbagai jenis situasi dengan mencipta pelan terperinci yang menyokong Pelan Kecemasan dan Kelangsungan Perniagaan organisasi anda.
Selaraskan aktiviti perjawatan dan pihak berkepentingan di satu tempat. Gabungkan data calon, uruskan jadual temu duga, dan sunting bersama soalan-soalan temu duga.
Jejak butiran penting daripada panggilan pelanggan anda. Rangka topik agenda, catat nota, dan rekodkan item tindakan berkaitan untuk memastikan anda dan pasukan anda bertanggungjawab.