Skip to main content

Penyelarasan fail yang pantas, selamat dan mudah

Penyelarasan pantas yang menjimatkan ruang simpanan anda—dan menjadikan fail dan folder anda lebih mudah diakses di seluruh peranti.

Koleksi fail dan folder sedang diselaraskan ke awan
Selaras fail merentasi peranti dan platfom

Mudah untuk menjadikan fail anda boleh diakses dalam perjalanan kerja ulang-alik harian anda atau semasa anda bercuti. Simpan fail ke folder Dropbox dalam komputer anda, dan fail tersebut akan diselaraskan ke peranti mudah alih anda secara automatik. Dalam kajian baru-baru ini,* Dropbox mengatasi sebanyak 86% berbanding dengan pesaing dalam penyelarasan, muat naik dan muat turun fail. Penyelarasan fail awan tersedia di pelbagai peranti dan pelantar, daripada peranti Windows dan Mac hinggalah kepada peranti mudah alih seperti iPhone, iPad dan Android melalui apl mudah alih Dropbox.

Fail yang baru disimpan atau dikemaskinikan diselaraskan secara automatik, supaya anda tidak perlu menghabiskan masa menghantar versi yang terkini melalui e-mel kepada kolaborator. Apabila anda melihat tanda semak hijau di sebelah fail anda, itu menandakan bahawa kandungan anda telah diselaraskan sepenuhnya.

*Berdasarkan pada kajian Principled Technologies tahun 2023, ditugaskan oleh Dropbox.

Fail diselaraskan dalam awan di seluruh mudah alih dan desktop
Penyelarasan fail sentiasa dalam kawalan anda

Terlalu cepat melakukan kemas kini dan tidak mahu menyimpan perubahan? Jangan risau—anda tidak kehilangan apa-apa.

Dropbox membuat sandaran versi terdahulu fail anda sehingga 30 hari—atau selama 180 hari untuk pengguna pelan pasukan Dropbox—supaya anda sentiasa dapat memulihkan versi terdahulu penyelarasan fail anda. Anda boleh memulihkan mana-mana versi fail anda kepada keadaan asal dengan pantas dan mudah.

Seorang pengguna mengklik butang pulihkan untuk mendapatkan semula fail yang dihapuskan
Dapatkan akses luar talian dalam semua peranti anda

Aplikasi desktop Dropbox memudahkan anda mengakses fail dan folder anda walaupun semasa anda tidak mempunyai sambungan Internet. Sebaik sahaja anda kembali dalam talian, Dropbox akan mengemaskinikan folder dan fail anda secara automatik dengan semua perubahan yang anda lakukan di luar talian.

Anda juga boleh memilih fail tertentu untuk dilihat dan diedit walaupun anda tidak mempunyai sambungan Internet pada telefon pintar iPhone, iPad atau Android anda. Dengan cara ini, anda tidak akan pernah kehilangan akses kepada fail penting anda, walaupun anda tidak mempunyai Internet.

Ikon Wi-Fi dengan tanda hijau
Simpan ruang

Dropbox membantu anda mengosongkan ruang pemacu keras yang berharga dengan menghantar fail kepada simpanan dalam talian sahaja dalam awan. Walaupun fail dan folder anda diselaraskan dan disimpan pada awan, anda masih boleh melihat fail dan folder daripada desktop anda.

Apabila anda mahu mengakses fail tersebut, fail akan diselaraskan kepada pemacu keras anda secara automatik—tetapi hanya apabila anda memerlukannya. Dengan Dropbox, anda boleh mengakses fail anda dengan mudah pada bila-bila masa dan anda tidak perlu berasa risau tentang memuat turun dan memuat naik fail secara manual.

Pengguna menambah fail PDF kepada Dropbox

Soalan lazim

Kata akar bagi 'penyelarasan' ialah 'selaras' yang bermakna peristiwa yang berlaku lebih daripada satu tempat secara serentak. Dalam istilah teknologi, apabila anda menyelaraskan peranti—seperti telefon atau tablet—dengan komputer anda, semua data daripada komputer anda diselaraskan dengan peranti tersebut secara automatik.

Semua data anda—seperti foto atau fail kerja—tersedia kepada anda pada peranti yang berbeza. Penyelarasan membenarkan anda menyimpan data anda pada lebih daripada satu tempat, seterusnya melindungi anda daripada kehilangan data. Apabila anda menyelaraskan data pada awan, anda juga boleh menjimatkan ruang pada pemacu keras anda dengan mengalihkan folder yang jarang digunakan ke tempat simpan dalam talian seperti Dropbox.

Apabila anda menjadikan fail tersedia dalam talian sahaja, anda menjimatkan ruang pada pemacu keras anda dengan menyimpan fail dalam awan. Anda masih boleh melihat dan mengakses segala-galanya dalam akaun Dropbox anda pada desktop anda tanpa mengambil ruang pada pemacu keras komputer anda.

Anda boleh sync fail dan folder Dropbox di seluruh peranti dengan apl Dropbox. Daftar masuk akaun Dropbox anda pada setiap peranti, kemudian tambah fail dan folder Dropbox anda pada komputer, telefon atau tablet anda. Versi terkini semua fail dan folder anda akan tersedia di setiap peranti.

Penyelarasan terpilih membenarkan anda mengosongkan ruang pada pemacu keras anda tanpa memadamkan apa-apa daripada akaun Dropbox anda. Untuk menggunakan pelarasan terpilih, anda perlu menghidupkan ciri ini daripada aplikasi Dropbox pada komputer Windows atau Mac anda.

Sebaik sahaja pelarasan terpilih didayakan, anda boleh memilih folder untuk dialihkan daripada komputer anda. Folder yang sama tersebut akan kekal dalam akaun di dropbox.com anda.

Lihat lebih banyak ciri

Folder Dropbox dengan ikon awan

Storan awan

Pastikan semua fail anda selamat dengan cloud storage dalam talian yang berkuasa

Dokumen dengan ikon penyelarasan

Sandaran automatik

Sandarkan komputer dan pemacu luaran anda dengan mudah ke awan

Fail dan folder yang berbeza dengan ikon awan

Simpan ruang

Urus ruang cakera anda dengan simpanan dalam talian yang selamat dan terjamin

Ikon Wi-Fi

Kerja dari jauh

Akses kerja penting anda di luar talian—di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa