Peranti storan

Menggunakan peranti storan untuk berkongsi fail

Syarikat yang bekerja dengan fail besar selalunya mempunyai masalah bekerjasama. Had saiz fail menjadikan e-mel tidak realistik kecuali untuk fail-fail kecil, dan FTP boleh menjadi rumit. Banyak pasukan akhirnya beralih kepada menyimpan fail di dalam pemacu pena USB, kad SD atau pemacu keras luaran, berjalan menuju ke meja rakan sekerja, dan menyalin fail dengan mereka.

Walaupun ini cara kos rendah untuk berkongsi fail, ia tidak menawarkan apa-apa dari segi pelarasan atau versi fail, dan mendatangkan masalah keselamatan tertentu jika fail tidak dihapuskan secara manual daripada peranti selepas digunakan.

Latar belakang

Sebelum Internet, memindahkan peranti storan dari satu komputer ke komputer yang lain secara fizikal adalah satu-satunya cara untuk berkongsi data. Kami telah maju lebih jauh sekarang, tetapi peranti storan masih memainkan peranan dalam banyak industri. Bahan visual yang belum disunting, fotografi resolusi tinggi, dan pangkalan data besar hanyalah beberapa contoh USB boleh menjadi lebih berkesan daripada memindahkan fail melalui sambungan rangkaian.

Pendaman lwn. lebar jalur

Sambungan rangkaian sentiasa memerlukan keseimbangan antara pendaman dan lebar jalur. Pendaman bermaksud berapa lama yang sebuah mesej ambil untuk sampai ke destinasinya, manakala lebar jalur bermaksud berapa banyak data yang boleh dipindahkan dalam tempoh masa tertentu. Umumnya, rangkaian berusaha untuk mencapai pendaman lebih rendah dan lebar jalur lebih tinggi.

Contohnya, apabila anda menghantar mesej teks kepada seseorang dari telefon bimbit anda, mereka mendapatnya hampir serta-merta. Ini adalah contoh pendaman rangkaian selular yang rendah. Tetapi jika anda cuba menghantar gambar beresolusi tinggi, ia akan mengambil sekurang-kurangnya beberapa saat untuk dihantar. Oleh itu, rangkaian selular mempunyai lebar jalur yang rendah.

Peranti storan sebagai penyelesaian perkongsian fail berada di spektrum bertentangan. Walaupun ia mempunyai pendaman yang tinggi, lebar jalurnya yang lebih tinggi menutup kekurangannya. Contohnya, menulis nota dan menyampaikannya kepada rakan sekerja di tingkat bawah mengambil masa yang panjang (pendaman tinggi), tetapi jika anda mengambil pemacu keras mudah alih semasa berjalan, anda boleh memindahkan banyak maklumat (lebar jalur tinggi).