Skip to main content

Storan awan yang selamat untuk semua fail anda

Dokumen, foto, video dan banyak lagi—pastikan semua fail dan folder anda selamat dalam penyimpanan awan dalam talian

Pelbagai jenis fail boleh disimpan dalam penyimpanan awan
Simpan mana-mana fail atau folder

Tidak kira fail atau folder yang anda cuba simpan —daripada foto dan video kepada fail CAD yang besar dan pembentangan PowerPoint—anda boleh menyimpan dengan selamat menggunakan penyelesaian penyimpanan awan dalam Dropbox.

Pelbagai fail disimpan dalam penyimpanan awan
Akses fail anda daripada pelbagai peranti

Dropbox menawarkan satu hab berpusat untuk simpanan fail dalam talian, perkongsian fail dan penyelarasan. Sama ada anda di tempat kerja atau di jalan raya, fail anda akan diselaraskan merentasi peranti anda dan boleh diakses dalam masa nyata. Akses akaun Dropbox anda dengan apl desktop pada Windows dan Mac, apl mudah alih kami untuk peranti iOS atau Android, dan di web menerusi pelayar anda.

Fail disimpan dalam awan di seluruh peranti mudah alih dan desktop
Lindungi data anda

Jika peranti anda hilang atau dicuri, anda boleh bertenang kerana mengetahui data anda selamat. Penghapusan jarak jauh membolehkan anda mengosongkan semua fail dan folder daripada akaun Dropbox peranti anda yang hilang. Semua fail anda selamat disimpan dalam penyimpanan awan dan mudah untuk didapatkan semula.

Pengguna membuang akses peranti ke data yang disimpan dalam awan
Pulihkan fail anda

Secara tidak sengaja menghapus fail atau menyimpan fail versi baharu yang tidak anda sukai? Tiada masalah. Dropbox menyimpan salinan semua fail dan folder yang dihapuskan selama 30 hari—atau sebanyak 180 hari untuk pelan Dropbox Standard, Advanced dan Enterprise. Ini termasuk versi fail terdahulu, supaya anda boleh memulihkan fail dengan mudah.

Kami juga memberikan amaran pengesahan pada desktop apabila ahli pasukan anda mengalihkan atau menghapuskan fail. Mereka akan tahu perkara yang akan berlaku apabila mereka mengambil tindakan dan fail yang hilang tanpa sengaja akan berkurangan.

Pengguna memulihkan fail dipadam dalam folder
Atur, semak imbas dan kongsi foto dari satu ruang selamat

Pastikan kenangan itu selamat dalam simpanan foto awan kami yang terjamin. Perjumpaan keluarga, gambar percutian, sesi pengukuhan pasukan, foto bayi yang memalukan—sebut saja! Dropbox memudahkan untuk membuat sandaran, mengatur dan berkongsi foto anda, di mana sahaja anda berada.

Pengguna mencipta pautan ke foto yang disimpan dalam akaun Dropbox mereka, sedia untuk dikongsi dengan keluarga dan rakan
Dapatkan jumlah ruang storan yang tepat untuk anda

Perlukan ruang simpanan yang lebih? Dropbox menyediakan pelbagai penyelesaian penyimpanan awan yang menawarkan keperluan simpanan dalam talian yang sesuai untuk anda.

Selain itu, sentiasa ada cara untuk menjimatkan ruang, jika anda tahu caranya.

4 jenis fail yang berbeza diselaraskan ke awan

Soalan lazim

Penyimpanan awan merupakan simpanan luar tapak yang diselenggara oleh pihak ketiga dan alternatif untuk menyimpan data di premis. Penyimpanan awan menyimpan fail dan dokumen penting anda ke pangkalan data yang jauh dengan selamat dan sulit agar anda tidak perlu menyimpan pada pemacu keras komputer anda atau peranti simpanan yang lain.

Penyimpanan awan mempunyai banyak kelebihan berbanding simpanan pemacu keras. Pertama, anda tidak perlu memiliki peranti simpanan misalnya seperti pemacu kilat jadi anda tidak berisiko kehilangan kandungan yang tidak boleh digantikan. Kedua, penyimpanan awan memudahkan anda berkongsi kandungan. Kongsi sahaja folder Dropbox dengan rakan sekerja dan mereka boleh mengakses kandungan di dalamnya dengan serta-merta.

Sebab lain yang bagus untuk menggunakan penyimpanan awan ialah penjimatan kos. Ia jauh lebih berpatutan—dan pintar—untuk membeli ruang penyimpanan awan sebanyak yang anda perlukan dengan bayaran nominal berbanding membeli dan menyelenggara banyak ruang simpanan cakera keras.

Dalam pengkomputeran awan, perkhidmatan penyimpanan awan berfungsi sebagai rangkaian pelayan data bersambung yang digunakan untuk berkongsi dan mengakses fail anda secara kolektif di seluruh peranti. Pembekal penyimpanan awan memiliki dan mengekalkan pelayan luar tapak yang membentuk rangkaian ini di pusat data mereka. Pengguna boleh memuat naik fail ke pelayan dan mengakses data awan mereka melalui laman web, apl desktop atau apl mudah alih.

Manfaat penyimpanan awan termasuk menyimpan, mengakses dan melindungi kandungan anda melalui Internet dengan mudah. Anda boleh memperkemas kerja dan sistem simpanan yang lapuk dengan muat naik sebarang fail dan mengakses fail tersebut daripada berbilang peranti.

Anda juga kekal tenang kerana sedia maklum bahawa semua fail penting anda telah disimpan di lokasi luar tapak yang selamat. Hal ini berguna terutamanya pada waktu pemulihan bencana dan jika pemacu keras anda tidak berfungsi.

Mengurangkan sumber yang digunakan untuk menguruskan kandungan merupakan manfaat tambahan simpanan dalam talian untuk perniagaan. Pasukan boleh memilih ruang penyimpanan awan yang betul dan harga yang sesuai dengan keperluan mereka dan pada masa yang sama, mengurangkan kos tenaga dan penyelenggaraan yang berkaitan dengan pengurusan data.

Dropbox menawarkan pelbagai pilihan penyimpanan awan. Sama ada anda seorang individu, syarikat kecil atau syarikat besar, menggunakan Dropbox sebagai penyimpanan awan membenarkan anda menyimpan segala-galanya dalam awan dan mengakses fail yang dimuat naik daripada beberapa peranti dengan selamat.

Manfaat pengguna Dropbox untuk perniagaan termasuklah pelbagai pilihan ruang storan untuk memenuhi keperluan pasukan anda, alat kerjasama, alat produktiviti dan perlindungan data yang mantap, termasuk pengesahan dua faktor.

Kos penyimpanan awan bergantung pada jumlah ruang sebenar yang anda perlukan. Penyimpanan awan Dropbox menawarkan pelbagai pelan yang memenuhi keperluan unik peribadi, pelan perniagaan kecil dan besar. Bagi sesiapa yang tidak memerlukan simpanan yang banyak, Dropbox Basic ialah pelan percuma dengan simpanan sebesar 2 GB.

Untuk pasukan yang mempunyai keperluan simpanan fail yang lebih besar, Dropbox Advanced direka bentuk untuk menyediakan ruang simpanan sebanyak yang diperlukan. Pasukan yang menggunakan pelan Advanced mungkin layak mendapat ruang tambahan dari semasa ke semasa apabila diminta, dengan syarat ia munasabah dan boleh diberikan dengan cara yang membenarkan kami untuk mengurus simpanan secara bertanggungjawab.

Anda boleh mengakses penyimpanan awan anda dengan Dropbox pada telefon menggunakan apl Dropbox selagi telefon anda bersambung dengan Wi-Fi. Anda juga boleh mengakses penyimpanan awan melalui sistem pengendalian Windows, Mac atau Linux, menggunakan salah satu daripada dua cara: melalui web di dropbox.com atau dengan apl desktop kami. Anda cuma perlu memastikan peranti anda bersambung dengan Internet untuk memuat naik dan mengakses fail anda.

Lihat lebih banyak ciri

Berkongsi fail dengan rakan sepasukan

Perkongsian fail

Kongsi mana-mana fail atau folder dengan sesiapa sahaja, dengan mudah

Memotong item pada senarai tugasan digital

Alat produktiviti

Gunakan alat Dropbox untuk menjadi lebih produktif di tempat kerja

Fail disimpan dalam folder dalam talian

Simpanan dokumen dalam talian

Urus dokumen dalam talian dengan cloud storage yang mudah dan selamat

Fail disandarkan dalam awan

Sandaran fail

Sandarkan fail anda dengan mudah dan selamat untuk melindungi daripada kehilangan data