Gambaran keseluruhan ketelusan

Kami komited untuk melindungi hak pengguna kami dan mengamalkan sikap telus tentang cara kami mengendalikan permintaan data kerajaan untuk mendapatkan data pengguna.

Gambaran keseluruhan ketelusan

Prinsip panduan kami

Pengawasan data anda merupakan tanggungjawab yang kami rangkul. Prinsip ini menjelaskan komitmen kami terhadap privasi anda serta cara kami menguruskan permintaan daripada kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang yang mencari maklumat mengenai pengguna kami.

Mengamalkan sikap telus

Perkhidmatan dalam talian seharusnya dibenarkan untuk menyiarkan bilangan dan jenis permintaan kerajaan yang diterima, dan untuk memaklumkan individu apabila maklumat mengenai mereka telah diminta. Ketelusan jenis ini memberi hak kepada pengguna dengan membantu mereka lebih memahami insiden dan bentuk permintaan kerajaan yang melampaui batas. Kami akan terus menyiarkan maklumat terperinci mengenai permintaan ini dan mendukung hak untuk menyediakan lebih banyak maklumat penting seperti ini.

Bersifat terbuka mengenai bilangan permintaan yang kami terima

Kami percaya dalam melaporkan bilangan tepat permintaan data kerajaan yang diterima, undang-undang yang digunakan untuk mempertahankannya, serta bilangan akaun yang terlibat. Oleh sebab itulah kami menyiarkan maklumat ini (setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang) dalam Laporan Ketelusan kami. Laporan Ketelusan kami menyenaraikan bilangan perintah mahkamah, waran geledah, sepina, dan permintaan pembuangan kerajaan yang telah kami terima, serta respons kami. Kami turut menyediakan seberapa banyak maklumat mengenai permintaan keselamatan negara AS setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Malangnya, laporan kami tidak dapat menyatakan bilangan tepat yang kami terima buat masa ini — jika ada. Kami telah menggesa mahkamah dan kerajaan untuk membenarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Dropbox untuk mendedahkan bilangan tepat bagi permintaan keselamatan negara yang diterima dan bilangan akaun yang terjejas. Kami komited dan akan terus memperjuangkan hak ini.

Maklumkan pengguna apabila maklumat mereka diminta

Kami percaya dalam memberi notis kepada pengguna kami apabila kerajaan meminta maklumat mereka dan telah berjuang di mahkamah untuk bertindak sedemikian. Walau bagaimanapun, permintaan kerajaan selalunya disertakan dengan perintah ketakdedahan daripada mahkamah, yang mana melarang kami daripada memberikan notis kepada pengguna yang terlibat. Dalam keadaan di mana kami menerima perintah ketakdedahan, kami memaklumkan pengguna selepas perintah itu luput. Dropbox juga komited untuk mematuhi Akta KEBEBASAN AS. Ini memastikan supaya mahkamah berpeluang untuk menyemak kewajipan ketakdedahan bagi mana-mana Surat Keselamatan Negara yang kami terima. Kami percaya bahawa perkhidmatan seperti Dropbox sentiasa harus dibenarkan untuk memberikan notis kepada pengguna yang terlibat, dan akan terus mendukung matlamat penting ini.

Tunjuk lagi

Menentang permintaan yang terlalu meluas

Permintaan data kerajaan sepatutnya terhad kepada maklumat yang mereka inginkan serta ditapis kepada orang-orang dan penyiasatan munasabah secara terperinci. Kami akan menentang permintaan pukal dan yang terlalu meluas.

Sebelum ini, kerajaan mendapatkan rekod telefon sekumpulan besar pengguna daripada syarikat telekomunikasi tanpa syak wasangka bahawa individu berkenaan telah terlibat dalam aktiviti haram. Kami percaya ini tidak sah dari segi undang-undang, dan akan menentang permintaan yang mencari maklumat berkaitan sekumpulan besar individu atau yang tiada kaitan dengan penyiasatan tertentu. Kami akan turut menentang permintaan yang berpunca daripada penyiasatan kerajaan yang tidak wajar, haram di sisi undang-undang, atau berniat jahat — contohnya, cubaan kerajaan untuk menahan atau menapis ucapan politik.

Tunjuk lagi

Menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai

Kerajaan tidak sepatutnya memasang jalan belakang pada perkhidmatan dalam talian atau mencerobohi infrastruktur untuk mendapatkan data pengguna. Kami akan terus berusaha untuk melindungi sistem kami dan mengubah undang-undang untuk menegakkan bahawa aktiviti seperti ini menyalahi undang-undang.

Kami telah mambaca laporan bahawa kerajaan telah mengintip trafik pusat data pembekal-pembekal perkhidmatan yang tertentu. Kami turut melihat laporan bahawa pembekal perkhidmatan memiliki alat yang direka untuk memberi pihak berkuasa akses kepada data pengguna secara terus atau melalui pihak ketiga. Dropbox menentang aktiviti sebegini dan akan menentang sebarang cubaan untuk memaksa kami menyertai mereka. Kerajaan seharusnya sentiasa meminta data pengguna dengan menghubungi perkhidmatan dalam talian secara langsung dan mengemukakan proses undang-undang. Ini akan membolehkan perkhidmatan seperti Dropbox meneliti permintaan data dan mempersoalkannya jika perlu.

Tunjuk lagi

Lindungi semua pengguna

Undang-undang yang memberi perlindungan yang berbeza berdasarkan tempat tinggal atau kewarganegaraan sudah lapuk dan tidak mencerminkan sifat global perkhidmatan dalam talian.

Kami komited untuk memberikan perlindungan sama rata kepada semua pengguna kami. Itu bermakna mengamalkan prinsip-prinsip ini untuk meneliti semua permintaan yang kami terima, tanpa mengira lokasi asal permintaan atau pengguna tersebut. Ia juga bermakna memperluaskan perlindungan privasi asas untuk semua pengguna: permintaan data kerajaan tidak sepatutnya dalam bentuk pukal, ia harus berkait dengan individu dan penyiasatan tertentu, dan satu badan kehakiman harus menilai dan meluluskan permintaan untuk kandungan sebelum ia dikeluarkan.

Tunjuk lagi

Dari manakah permintaan berasal?

Permintaan yang kami terima berasal dari seluruh dunia. Pada masa ini, kami biasanya mewajibkan kerajaan bukan AS untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan AS supaya mahkamah AS dapat mengeluarkan proses undang-undang yang wajar kepada Dropbox.

Bagaimana permintaan berlaku

1. Kami terima permintaan

Penguat kuasa undang-undang menghantar permintaan maklumat pengguna kepada kami, seperti sepina atau waran geledah.

2. Kami meneliti

Kami menganalisis permintaan untuk menentukan sama ada ia sah di sisi undang-undang dan dari sudut prosedur. Kami menapis atau membangkang permintaan apabila wajar.

3. Kami beri respons

Setelah kami mensahihkan permintaan itu, kami biasanya memaklumkan pengguna (kecuali jika dilarang oleh undang-undang) dan memberi respons dengan menyerahkan salinan maklumat sulit yang dikhususkan dalam proses undang-undang.