Disiarkan sejak 2012, laporan dwitahunan kami menyiarkan secara awam jumlah permintaan yang kami terima dan bagaimana kami bertindak balas.
Apa yang Dropbox Terima
Waran geledah perlu menunjukkan sebab barangkali, hendaklah memenuhi syarat-syarat pengkhususan berkenaan lokasi yang digeledah dan item-item yang diberkas, serta mesti disemak dan ditandatangani oleh hakim atau majistret. Waran geledah boleh dikeluarkan oleh kerajaan tempatan, negeri, atau persekutuan, dan hanya boleh digunakan dalam kes-kes jenayah. Sebagai tindak balas terhadap waran geledah yang sahih, kami boleh menyerahkan maklumat kandungan dan bukan kandungan.
Apa yang Dropbox Terima
Berbeza dengan waran geledah, sepina hanya membenarkan akses kepada maklumat asas pelanggan. Sepina tidak memerlukan semakan kehakiman dan biasanya dikeluarkan oleh peguam kerajaan atau jemaah juri. Kami tidak menyerahkan maklumat kandungan sebagai tindak balas terhadap sepina.
Apa yang Dropbox Terima
Perintah mahkamah dikeluarkan oleh hakim dan boleh jadi dalam pelbagai bentuk, seperti perintah 2703(d) di bawah Electronic Communications Privacy Act. Kami tidak menyerahkan maklumat kandungan sebagai tindak balas terhadap perintah mahkamah.
Apa yang Dropbox Terima
Proses keselamatan negara termasuk National Security Letters dan perintah yang dikeluarkan di bawah Foreign Intelligence Surveillance Act. Kami menerima antara 0 hingga 249 permintaan. Kami ingin menyatakan dengan lebih khusus, tetapi Dropbox tidak dibenarkan oleh kerajaan AS untuk melaporkan bilangan tepat yang diterima.
Apa yang Dropbox Terima
Permintaan pemeliharaan ialah permintaan kerajaan untuk memelihara data pengguna sementara menunggu proses undang-undang rasmi diterima. Apabila kami menerima permintaan ini, kami akan mengekalkan tangkapan skrin data pengguna yang berkenaan secara sementara selama 90 hari, tetapi kami tidak mendedahkan data pengguna sebagai respons terhadap permintaan pemeliharaan. Untuk mendapatkan data yang dipelihara, maka proses perundangan yang sah diperlukan.
Apa yang Dropbox Terima
Dropbox boleh mendedahkan maklumat secara sukarela kepada penguatkuasa undang-undang jika kami memiliki kepercayaan dengan niat baik bahawa seseorang berisiko akan mati atau mengalami kecederaan fizikal yang serius serta kami mempunyai maklumat yang boleh membantu mencegah ancaman tersebut. Kami menghendaki penguatkuasa undang-undang menyediakan rumusan bertulis tentang darurat tersebut dan penjelasan tentang bagaimana maklumat diminta akan membantu mereka dalam mencegah situasi darurat. Setiap permintaan pendedahan darurat akan diteliti dengan cermat berdasarkan kes demi kes untuk menentukan jika standard untuk pendedahan telah ditepati dan jika begitu, sebarang maklumat yang didedahkan adalah terhad kepada maklumat yang akan mencegah atau mengurangkan keadaan darurat. Dropbox menerima permintaan pendedahan darurat untuk data pengguna daripada penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia.
Apa yang Dropbox Terima
Perintah Daftar Pen atau Jerat dan Jejak (“PRTT”) ialah perintah mahkamah yang memberikan kebenaran kepada kerajaan untuk memperoleh maklumat bukan kandungan tertentu (khususnya, maklumat mendail, penghalaan, alamat, dan isyarat yang berkaitan dengan komunikasi) daripada akaun tertentu secara prospektif untuk tempoh masa hingga 60 hari.
Apa yang Dropbox Terima
Permintaan pembuangan kerajaan termasuk perintah mahkamah dan permintaan bertulis daripada penguat kuasa undang-undang dan agensi kerajaan yang meminta pembuangan kandungan daripada akaun berdasarkan undang-undang tempatan bidang kuasa masing-masing.
"Tiada tindakan diambil" adalah mungkin disebabkan keadaan apabila kami tidak dapat menyemak kandungan kerana pautan yang diberikan kepada kami tidak sah atau kandungan tersebut tidak lagi wujud, di mana selepas disemak, kandungan itu didapati tidak melanggar Dasar Penggunaan Boleh Diterima kami.
Nota tentang permintaan antarabangsa
Permintaan antarabangsa termasuk sebarang proses undang-undang rasmi daripada kerajaan bukan AS yang cuba mendapatkan data pengguna. Pada masa ini, kami biasanya mewajibkan kerajaan bukan AS untuk mengikut proses Mutual Legal Assistance Treaty atau proses surat rogatori supaya mahkamah AS akan mengeluarkan proses undang-undang AS yang diperlukan kepada Dropbox.
“Akaun tidak wujud”: Pengecam yang diberikan dalam permintaan tidak dikaitkan dengan akaun Dropbox yang sah.
Perintah All Writs Act: Perintah All Writs Act dikeluarkan oleh hakim Amerika Syarikat menurut All Writs Act of 1789. Statut ini memberi mahkamah kuasa untuk “mengeluarkan segala perintah yang perlu atau wajar bagi membantu bidang kuasa masing-masing dan selari dengan penggunaan dan prinsip undang-undang.”
Kandungan: Kandungan merujuk kepada kandungan komunikasi, yang termasuk sebarang maklumat berkenaan bahan, tujuan atau makna komunikasi tersebut. Ia termasuk fail yang disimpan dalam akaun Dropbox seseorang dan nama fail yang berkaitan dengan fail tersebut. Waran geledah diperlukan untuk memaksa pengeluaran kandungan. Lazimnya, waran geledah juga mencari maklumat pelanggan basic atau rekod bukan kandungan yang lain, selain daripada kandungan komunikasi.
Permintaan pendedahan darurat: Dropbox boleh mendedahkan maklumat secara sukarela kepada penguatkuasa undang-undang jika kami memiliki kepercayaan dengan niat baik bahawa seseorang berisiko akan mati atau mengalami kecederaan fizikal yang serius serta kami mempunyai maklumat yang boleh membantu mencegah ancaman tersebut. Kami menghendaki penguatkuasa undang-undang menyediakan rumusan bertulis tentang darurat tersebut dan penjelasan tentang bagaimana maklumat diminta akan membantu mereka dalam mencegah situasi darurat.
"Tiada maklumat disediakan": Sebab lazim tiada maklumat disediakan sebagai respons terhadap proses perundangan termasuklah: (1) Dropbox menolak permintaan tersebut; (2) penguatkuasa undang-undang menarik balik permintaan; (3) permintaan tersebut gagal mengenal pasti akaun dengan tepat' atau (4) permintaan itu sudah dibuat sebelum ini atau merupakan pendua.
Bukan kandungan: Rekod bukan kandungan lazimnya menerangkan tentang sebarang maklumat tersedia selain daripada kandungan komunikasi. Ia termasuk maklumat pelanggan basic, seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 2703 Electronic Communications Privacy Act dan maklumat lain yang menggambarkan penggunaan sesebuah akaun. Maklumat “bukan kandungan” tidak termasuk fail yang disimpan dalam akaun Dropbox seseorang.
Perintah ketakdedahan: Mengikut budi bicara mereka, hakim boleh mengeluarkan perintah mahkamah yang melarang atau menangguhkan Dropbox daripada memaklumkan pengguna tentang permintaan kerajaan untuk maklumat mereka. Perintah ini sering memetik subseksyen 2705(b) daripada Electronic Communications Privacy Act dan boleh dilanjutkan untuk sebarang jangka masa.
Permintaan antarabangsa: Permintaan antarabangsa termasuk sebarang proses undang-undang rasmi daripada entiti kerajaan bukan AS yang cuba mendapatkan data pengguna. Pada masa ini, kami biasanya mewajibkan penguatkuasa undang-undang bukan AS untuk mengikut proses Mutual Legal Assistance Treaty atau proses surat rogatori yang mana mahkamah AS akan mengeluarkan proses undang-undang AS yang diperlukan kepada Dropbox.
Pemeliharaan: Permintaan pemeliharaan ialah permintaan kerajaan untuk memelihara data pengguna sementara menunggu proses undang-undang rasmi diterima. Apabila kami menerima permintaan ini, kami akan mengekalkan tangkapan skrin data pengguna yang berkenaan secara sementara selama 90 hari, tetapi kami tidak mendedahkan data pengguna sebagai respons terhadap permintaan pemeliharaan. Untuk mendapatkan data yang dipelihara, proses undang-undang yang rasmi diperlukan dan permintaan yang seterusnya akan (dan akan sentiasa) disertakan dalam laporan.
Notis Pengguna: Dasar kami adalah untuk menyediakan notis kepada pengguna tentang permintaan maklumat mereka, melainkan kami dilarang berbuat demikian oleh undang-undang. Dalam situasi terpencil, kami mungkin melengahkan notis kepada pengguna sehingga selepas kami mematuhi, dan dalam keadaan itu kami mencatatkan tarikh kami menyerahkan rekod pengguna.
Kaedah penjejakan dan pelaporan kami boleh berkembang sementara kami berusaha keras untuk memperbaiki ketepatan dan kejelasan laporan kami.