VPN

Bagaimana fail saya dilindungi?

VPN

  • VPN menyulitkan trafik rangkaian dengan SSL/TSL, Internet Protocol Security (IPSec), atau teknologi-teknologi penyulitan serupa
  • Dokumen disimpan sebagai fail biasa. Simpanan yang disulitkan memerlukan perisian pihak ketiga
  • Semua pelayan harus dilindungi dan diselenggara oleh jabatan IT anda
  • Pelayan fail perlu disandarkan oleh jabatan IT anda
  • Sesetengah perisian VPN menawarkan verifikasi dua langkah
  • Pelayan fail boleh dilindungi oleh tembok api

Dropbox

  • Dropbox menyulitkan trafik rangkaian dengan SSL/TLS
  • Dokumen disimpan menggunakan penyulitan AES 256 bit
  • Anda tidak perlu bimbang tentang tetapan atau penyelenggaraaan keselamatan pelayan
  • Keupayaan verifikasi dua langkah disertakan
  • Integrasi dengan kebanyakan pembekal SSO berasaskan SAML
  • Fail boleh dihapuskan daripada peranti yang hilang dengan penghapusan jarak jauh dengan Dropbox Pro atau Business
  • Dropbox berfungsi dengan kebanyakan tembok api korporat, tetapi ia tidak boleh diletakkan di belakang tembok api syarikat anda

Rangkaian peribadi boleh dikatakan pilihan selamat untuk mengakses dokumen syarikat yang disimpan. Trafik internet selalunya ditapis ketat oleh tembok api, bermakna tiada banyak peluang untuk pencerobohan keselamatan, contohnya, pelayan FTP. VPN membolehkan akses dari jauh yang selamat dengan menyulitkan semua trafik antara pengguna dari jauh dan rangkaian peribadi. Satu-satunya kekurangan adalah penyelenggaraan rangkaian peribadi ini dan konfigurasi akaun VPN untuk semua pekerja anda memerlukan banyak kos tetap.

Dropbox menawarkan keselamatan jauh lebih baik berbanding VPN, sambil membebaskan anda daripada kos tetap. Anda tidak perlu bimbang tentang penyelenggaraan perisian, sandaran, melindungi pelayan anda secara fizikal, atau menyediakan akaun pengguna. Selain daripada menyulitkan dokumen semasa ia dalam pemindahan, Dropbox menyulitkannya semasa ia disimpan dalam awan. Ciri keselamatan tambahan seperti penghapusan jarak jauh, verifikasi dua langkah dan sokongan untuk integrasi dengan kebanyakan pembekal SSO berasaskan SAML juga disertakan dengan Dropbox Pro atau Business.

Untuk maklumat lanjut mengenai keselamatan Dropbox, sila lihat Panduan Amanah Dropbox Business.