Lindungi Dropbox anda daripada kebocoran data, orang dalam berniat jahat dan perisian perosak dengan penyepaduan Coronet

Coronet mengenal pasti dan mengurangkan aktiviti yang mencurigakan termasuk pelanggaran dasar perkongsian fail dalam Dropbox agar anda tidak perlu menguruskan amaran secara manual

Coronet untuk Dropbox merupakan broker keselamatan akses awan (CASB) yang mampu milik dan mudah digunakan. Coronet memberikan anda kawalan dan perlindungan sepenuhnya terhadap data anda melalui papan pemuka pengurusan dasar yang intuitif — tanpa mengubah cara pengguna menggunakan Dropbox.

  • Lindungi kandungan Dropbox Business anda daripada kebocoran data (DLP).Kawal cara pengguna anda menyimpan dan berkongsi fail di Dropbox. Tangani pematuhan data dan tuntutan insurans siber termasuk GDPR, HIPAA, PCI.
  • Lindungi Dropbox anda daripada serangan perisian perosak dan perisian tebusan. Mengenal pasti dan mengasingkan fail Dropbox yang dikompromi secara automatik. Menggantung akaun pengguna yang berkaitan dengan perisian perosak.
  • Sekat tingkah laku mencurigakan. Coronet membolehkan anda mengenal pasti tingkah laku luar biasa dengan mudah seperti muat turun daripada lokasi yang mencurigakan dan aktiviti pentadbir yang luar biasa, dan mengambil tindakan secara automatik.

Sumber

Akan datang.