Bagaimana untuk menukar nama pengguna atau gambar profil saya?

Gambar profil dan nama pengguna Dropbox boleh memperibadikan akaun Dropbox anda, dan boleh dilihat oleh rakan dan rakan sekerja anda—ciri ini dapat membantu orang lain mengenali anda di Dropbox. Contohnya, gambar profil akan dipaparkan dalam lambang Dropbox semasa anda bekerjasama dalam fail dengan orang lain.

Anda juga nampak gambar profil anda di bahagian atas halaman di dropbox.com.

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Bagaimana untuk menukar nama anda di dropbox.com

Untuk menukar nama anda di dropbox.com:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda pada bahagian atas mana-mana halaman.
  3. Klik Tetapan.
  4. Pilih tab Profil.
  5. Klik Tukar di sebelah nama anda.

Bagaimana untuk menetapkan atau menukar gambar profil anda

Untuk menetapkan gambar profil:

Daripada menu Tetapan

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda di bahagian atas sebarang halaman untuk membuka menu akaun, dan pilih Tetapan.
  3. Pilih tab Profil .
  4. Di bawah pengepala foto Akaun klik Pilih dari Dropbox.
  5. Pilih foto, dan klik butang Pilih.

Daripada menu pilihan

Jika anda nampak avatar di sebelah nama anda semasa anda mendaftar masuk ke dropbox.com, anda juga boleh menetapkan gambar profil dengan mengikut arahan di bawah.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda pada bahagian atas mana-mana halaman.
  3. Pilih Tambah foto akaun.
  4. Pilih Klik untuk pilih daripada komputer anda, atau klik Pilih daripada Dropbox.
  5. Pilih Simpan gambar untuk menetapkan foto profil anda.

Daripada aplikasi Android

  1. Buka apl Dropbox untuk Android.
  2. Tekan tiga bar mendatar di sudut atas kanan skrin untuk membuka menu utama.
  3. Tekan ikon wajah di atas nama anda.
  4. Pilih bagaimana anda mahu memuat naik gambar profil anda. Foto ini akan muncul dalam aplikasi dan di dropbox.com.

Apakah fail yang saya boleh gunakan untuk gambar profil saya?

Gambar profil anda mestilah sekurang-kurangnya 256px X 256px. Anda boleh gunakan mana-mana jenis fail di bawah:

  • .bmp
  • .gif
  • .jpeg
  • .jpg
  • .png
  • .tif
  • .tiff

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Bantuan berpandu

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan