Apakah lambang Dropbox?

Bila anda melihat lambang Dropbox buat kali pertama, pemberitahuan alu-aluan akan muncul. Untuk mengabaikan pemberitahuan ini, anda boleh sama ada klik pada lambang atau lengkapkan tutorial "Ketahui Lebih Lanjut."

Lambang muncul dalam mana-mana fail Microsoft Word, Powerpoint, atau Excel yang disimpan di dalam Dropbox anda. Lambang ini memberikan anda akses mudah kepada beberapa ciri terbaik Dropbox:

  • Lihat siapa yang melihat atau menyunting fail. Lambang akan menunjukkan gambar atau singkatan pengguna Dropbox Business lain apabila mereka melihat atau membuat suntingan kepada fail yang anda telah buka. Dengan cara itu, anda boleh mengelak daripada mencipta versi fail berasingan.
  • Kemas kini kepada versi terbaru fail. Jika seseorang menyimpan versi baru fail semasa anda mengerjakannya, lambang akan membantu anda mengemas kini kepada versi mereka dengan serta-merta.
  • Berkongsi fail yang anda sedang kerjakan serta-merta Klik Kongsi pautan dan pautan ke fail akan disalin ke papan klip anda. Tampal pautan itu ke dalam e-mel, chat, atau di tempat lain untuk menghantar fail dengan selamat kepada sesiapa sahaja.
  • Minta maklum balas atau sumbangan pada fail. Klik Komen untuk menulis catatan pada fail dari laman web Dropbox.
  • Melihat sejarah versi untuk mencari kandungan yang anda telah ubah atau hapuskan. Klik Sejarah versi untuk buat asal perubahan dan memulihkan versi lebih lama fail.
  • Memindahkan lambang. Anda boleh klik dan seret lambang ke mana-mana sahaja di sepanjang sempadan fail anda.
  • Bekerja dengan lebih baik pada fail Microsoft Office. Lambang menyokong Microsoft Word, PowerPoint, dan Excel pada peranti Mac dan Windows buat masa ini. Untuk Windows, lambang menyokong fail Office 2007, 2010, 2013, dan 2016. Untuk Mac, lambang menyokong fail Office 2011 dan 2016.

Perhatian: Untuk fail yang disimpan dalam Mod Keserasian (xls, .ppt, .doc), lambang Dropbox tidak akan muncul apabila orang lain sedang melihat fail dan ia tidak akan meminta anda mengemas kini kepada versi fail yang terkini. Untuk memastikan lambang melapor dengan tepat, sila gunakan Save As untuk menyimpan fail dalam format fail bukan Mod Keserasian (.xlsx, .pptx, .docx).

Masa dan kefungsian sebenar ciri-ciri ini boleh berubah, dan Dropbox tidak memberikan jaminan ke atas prestasi ciri-ciri ini.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu