Jemput orang ke pasukan Dropbox Business anda

Selepas anda mencipta pasukan Dropbox Business anda, anda boleh mula menjemput pengguna dalam syarikat atau organisasi anda.

Cara menjemput orang untuk menyertai pasukan Dropbox Business anda

Anda memerlukan lesen bagi setiap orang yang anda jemput ke pasukan Dropbox Business anda. Anda boleh menjemput ahli seorang demi seorang ataupun beramai-ramai melalui fail CSV (hamparan).

Jemput ahli ke pasukan anda seorang demi seorang

Untuk menjemput ahli baru ke pasukan Dropbox Business anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Klik Jemput ahli.
  5. Masukkan alamat e-mel orang yang ingin dijemput, dan klik Hantar jemputan.

Jika seseorang sudah ada akaun Dropbox yang mereka gunakan untuk kerja, mereka boleh menukar akaun Dropbox peribadi sedia ada kepada akaun Dropbox Business. Sebagai alternatif, mereka juga boleh mencipta akaun yang baru.

Perhatian: Jika seorang pengguna Dropbox sudah ada dalam pasukan Dropbox Business yang lain, anda tidak boleh menjemput mereka ke pasukan anda. Cuba jemput alamat e-mel yang lain.

Jemput ahli ke pasukan anda secara pukal 

Anda boleh menjemput ahli baru ke pasukan Dropbox Business secara pukal dengan mengisi dan memuat naik hamparan templat dengan e-mel, nama pertama, nama keluarga, dan kumpulan (atau pasukan) setiap ahli. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Klik Jemput ahli.
  5. Klik Import fail CSV.
  6. Klik Muat turun templat untuk mengisi CSV.
  7. Import CSV yang anda isikan
  8. Klik Teruskan.
  9. Klik Hantar jemputan.

Cara menguruskan permohonan keahlian untuk pasukan Dropbox Business anda

Selain daripada pentadbir menjemput pengguna untuk menyertai pasukan Dropbox Business, pengguna boleh memohon untuk menyertai pasukan dengan sendiri melalui permohonan keahlian

Semak permohonan keahlian

Pentadbir Dropbox Business boleh meluluskan permohonan menunggu secara manual.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Klik Benarkan

Buat masa ini tiada cara untuk menolak permohonan keahlian secara manual. Anda perlu biarkan permohonan itu begitu sahaja.

Ubah tetapan permohonan keahlian

Pentadbir pasukan Dropbox Business dan pasukan percuma mengawal tetapan permohonan keahlian.

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir (berbayar) atau Pasukan (percuma).
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Keahlian (berbayar) atau Tetapan kelulusan keahlian (percuma).
  5. Pilih bagaimana pengguna boleh mencari dan menyertai pasukan anda.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan