Menyertai pasukan melalui permohonan keahlian

Permintaan keahlian membantu pentadbir mengembangkan pasukan dengan mudah. Dengan permintaan keahlian, bakal ahli boleh meminta untuk menyertai pasukan Dropbox Business atau pasukan percuma, dan pentadbir pasukan boleh menerima permintaan itu dengan mudah.

Bahagian dalam artikel ini:

Bagaimana saya menyertai pasukan menggunakan permohonan keahlian?

Dengan permohonan keahlian, mana-mana pengguna Dropbox dengan alamat e-mel yang disahkan dalam domain syarikat boleh memohon untuk menyertai pasukan.

Jika anda mencipta Dropbox peribadi dengan alamat e-mel peribadi:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Pasukan.
  3. Masukkan alamat e-mel kerja anda (jika ada), dan klik butang Bermula.
    • Jika pasukan wujud pada domain yang anda masukkan, anda akan diminta untuk menyertainya.

Jika anda mencipta Dropbox peribadi anda dengan e-mel perniagaan atau kerja:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Pasukan.
  3. Jika pasukan sudah pun dicipta pada domain anda, anda akan melihat prom untuk Sertai Pasukan.
    • Perhatian: Anda perlu tunggu pentadbir untuk meluluskan permohonan anda untuk menyertai (jika tetapan ini dihidupkan untuk pasukan yang anda cuba sertai).

Khusus untuk pasukan Dropbox Business

Jika ada pasukan Dropbox Business pada domain syarikat, pengguna Dropbox Basic dan Plus boleh memohon untuk menyertai pasukan itu. Jika terdapat lebih daripada satu pasukan pada domain, pengguna boleh melihat semua pasukan yang ada, tetapi hanya boleh menyertai satu daripadanya.

Setelah pengguna memohon untuk menyertai pasukan Dropbox Business, permohonan e-mel akan dihantar kepada pentadbir pasukan Dropbox Business, yang boleh meluluskan atau menolak permohonan ini. Jika pentadbir meluluskan permohonan dan pasukan tiada lesen terbuka yang mencukupi, pasukan akan dicaj untuk lesen tambahan.

Pentadbir Dropbox Business juga boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan menunggu secara manual dalam tab Ahli daripada Konsol Pentadbir.

Ubah tetapan permohonan keahlian dalam pasukan Dropbox

Sebagai pentadbir pasukan akaun Dropbox Business, anda boleh tentukan bagaimana ahli menemui dan menyertai pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Kelulusan keahlian.
  5. Pilih bagaimana pengguna boleh mencari dan menyertai pasukan anda.

Khusus untuk pasukan percuma Dropbox

Jika tiada pasukan Dropbox Business pada nama domain syarikat, pengguna Dropbox Basic dan Plus boleh menyertai—atau memohon akses untuk menyertai—mana-mana pasukan percuma sedia ada melalui tab Pasukan . Pengguna-pengguna ini juga boleh mencipta pasukan.

Ubah tetapan permohonan keahlian dalam pasukan percuma Dropbox

Sebagai pentadbir pasukan percuma Dropbox, anda boleh tentukan bagaimana pengguna dapat menyertai pasukan anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Pasukan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Togol Tetapan kelulusan keahlian.
Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu