{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Gambaran Umum: Kawalan Sesi Web

Kawalan sesi web membantu melindungi akses kepada data syarikat dengan membenarkan pentadbir mengawal berapa lama ahli pasukan boleh mendaftar masuk ke dalam dropbox.com. Terdapat dua pilihan berlainan untuk kawalan sesi web:

  • Tempoh sesi tetap: Membenarkan pentadbir mengawal selang masa ahli pasukan boleh mendaftar masuk ke dropbox.com (sebagai contoh, satu minggu atau satu bulan).
  • Tempoh sesi tanpa aktiviti Membenarkan pentadbir mengawal berapa lama ahli pasukan boleh kekal mendaftar masuk tanpa berinteraksi dengan dropbox.com (sebagai contoh, 48 jam ketiadaan aktiviti)

Pentadbir boleh menggunakan kawalan ini secara berasingan, atau bersama-sama.

Perhatian: Kawalan sesi web hanya akan melibatkan akses ahli pasukan ke dropbox.com. Ia tidak akan menjejaskan akses kepada apl mudah alih atau desktop Dropbox.

Apabila ahli pasukan mencapai had limit yang ditetapkan oleh pentadbir, sesi web mereka akan tamat. Apabila mereka cuba untuk mengambil apa-apa tindakan di dropbox.com, mereka akan didaftar keluar dan diminta untuk mendaftar masuk semula. Mencapai had akhir sesi web tidak akan menjejaskan sebarang muat turun fail yang sedang berjalan.

Apabila pentadbir menetapkan tempoh sesi tetap, sesi dikira dari waktu ahli pasukan mendaftar masuk dan sesi dikira sebagai bilangan hari. Sebagai contoh, jika pentadbir memilih satu minggu, sesi tetap akan bertahan selama tujuh hari dari waktu ahli pasukan mendaftar masuk.

Untuk melaraskan tetapan ini, layari ke bahagian kawalan sesi web konsol pentadbir:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Skrol ke bawah ke Kawalan sesi web untuk menetapkan tempoh sesi tetap dan tempoh sesi tanpa aktiviti. Pentadbir boleh menetapkan satu atau kedua-dua ciri.

Perhatian: Mengurangkan tempoh sesi tetap akan mendaftar keluar semua ahli pasukan. Pentadbir boleh membuat perubahan ini pada masa yang tidak mengganggu pasukan mereka.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan