{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Cara mengubah keutamaan aplikasi desktop

Cara mengakses menu keutamaan

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem atau menu bar komputer anda.
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan… daripada menu.

Bergantung pada sistem pengendalian anda (Linux, macOS, atau Windows), anda boleh melihat sesetengah atau kesemua pilihan di bawah dalam menu keutamaan. Pada Linux, anda boleh mengubah sebahagian tetapan ini menggunakan baris perintah.

Tetapan dalam tab umum

Mulakan Dropbox pada pemula sistem

Anda boleh melancarkan Dropbox secara automatik setiap kali anda memulakan komputer anda. Pilihan ini disyorkan untuk memastikan folder Dropbox anda diselaraskan dalam talian dan ke komputer lain pada setiap masa.

Hidupkan integrasi Finder

Dengan integrasi Finder pada komputer Mac, anda boleh nampak ikon Dropbox di atas fail di dalam folder Dropbox anda dan mengakses menu Dropbox dengan mengklik kanan.

Penambahan Microsoft Office

Pilih ini jika Dropbox akan dipaparkan sebagai lokasi menyimpan dalam Microsoft Office pada komputer Windows.

Lambang Dropbox

Pilih ini jika lambang Dropbox akan muncul setiap kali anda membuka fail Microsoft Office, untuk melihatnya hanya bila orang lain sedang melihat fail, atau untuk langsung tidak melihat lambang.

Bahasa

Untuk menentukan bahasa lain daripada seting sistem pengendalian lalai, pilih ia daripada menu ini.

Versi

Ini adalah versi semasa pemasangan Dropbox anda. Berikan nombor ini dalam kes sokongan atau untuk melihat jika anda ada versi terkini Dropbox.

Tetapan dalam tab akaun

Akaun peribadi dan kerja

Jika anda ada akaun peribadi dan kerja, anda boleh pilih tetapan akaun mana yang ingin diubah.

Ruang

Lihat berapa banyak baki ruang storan dalam akaun anda.

Pemautan akaun

Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox anda akan ditunjukkan di sini. Anda boleh menyahpautkan akaun Dropbox ini daripada komputer anda. Jika anda menyahpaut, Dropbox anda akan berhenti menyelaras dengan akaun dalam talian anda. Komputer yang telah dinyahpaut boleh dipautkan atau dipautkan semula ke mana-mana akaun Dropbox menggunakan butang yang sama.

Pengguna Dropbox Business: Jika anda telah menyambungkan Dropbox peribadi dan kerja anda, maka kedua-dua tetapan akaun akan disenaraikan dalam tab ini. Anda boleh berulang-alik antara kedua-dua Dropbox menggunakan butang di bahagian atas tab.

Tetapan dalam tab import

Muat naik kamera

Muat naik kamera akan memuat naik foto dan video secara automatik daripada telefon anda, kamera, kad SD, atau pelbagai peranti media lain apabila anda menyambungnya ke komputer anda. Klik Hidupkan import Kamera Dropbox untuk menghidup atau mematikan muat naik kamera. Anda juga boleh pilih apa yang dihidupkan untuk muat naik kamera anda.

Pengguna Dropbox Business: Jika anda sudah menyambungkan akaun Dropbox peribadi dan kerja anda, muat naik kamera akan dihidupkan dan diguna pakai untuk Dropbox peribadi anda sahaja.

Tangkapan layar

Setiap kali anda membuat tangkapan skrin, Dropbox akan menyimpannya secara automatik ke Dropbox anda dan menyalin pautan ke papan klip supaya anda boleh berkongsinya dengan serta-merta.

Pengguna Dropbox Business: Jika anda sudah menyambungkan akaun Dropbox peribadi dan kerja, anda boleh pilih Dropbox mana yang akan menyimpan tangkapan skrin itu.

Tetapan dalam tab lebar jalur atau rangkaian

Untuk mengubah tetapan lebar jalur pada komputer Mac, klik Rangkaian, kemudian klik Ubah Seting… di sebelah Lebar jalur.

Kadar muat turun

  • Jangan hadkan: Pilih butang radio ini jika anda mahu Dropbox memuat turun fail daripada pelayan Dropbox pada kelajuan terpantas.
  • Hadkan kepada: Hadkan kadar muat turun dengan memasukkan kadar muat turun anda sendiri dalam kilobait sesaat. Memasukkan "0" akan memberitahu Dropbox supaya memuat turun pada kelajuan terpantas.

Kadar muat naik

  • Jangan hadkan: Pilih butang radio ini jika anda mahu Dropbox memuat naik fail ke Dropbox pada kelajuan terpantas.
  • Hadkan secara automatik: Pilih butang radio ini jika anda mahu Dropbox menentukan kelajuan muat naik fail anda semasa ia sedang menyelaras.
  • Hadkan kepada: Pilih kadar muat naik anda sendiri di sini dalam kilobait sesaat

Penyelarasan LAN

Penyelarasan LAN adalah ciri rangkaian yang membolehkan anda untuk menjimatkan masa dan lebar jalur dengan memuat turun fail terus daripada komputer lain dalam rangkaian setempat anda. Membuang pilihan ini akan memaksa Dropbox untuk menyelaras daripada pelayan Dropbox setiap kali ia mengesan perubahan di dalam folder Dropbox anda.

Tetapan dalam tab proksi atau rangkaian

Untuk mengubah tetapan proksi pada komputer Mac, klik Rangkaian, kemudian klik Ubah Seting… di sebelah Proksi.

Seting proksi

  • Tiada proksi: Pilih tiada pelayan proksi untuk memberitahu Dropbox jika anda tidak menggunakan pelayan proksi. Memilih pilihan ini boleh memintas sesetengah isu yang berlaku apabila Dropbox gagal mencari pelayan proksi
  • Pengesanan automatik: Pilihan ini akan membolehkan Dropbox mengesan tetapan proksi anda secara automatik. Pilih pilihan ini jika anda tidak pasti jika sambungan internet anda memerlukan pelayan proksi
  • Manual: Pilih butang radio ini untuk membolehkan anda memasukkan tetapan proksi anda secara manual. Pilihan ini biasanya adalah untuk pengguna atau pentadbir yang mempunyai konfigurasi pelayan proksi bukan standard

Apabila Manual dipilih, tetapan yang berikut akan boleh diedit:

  • Jenis proksi: Menu pilihan ini akan membolehkan anda memilih protokol pelayan proksi anda. Dropbox menyokong HTTP, SOCKS4, dan SOCKS5.
  • Pelayan: Masukkan URL dan port pelayan proksi anda di sini.
  • Pelayan proksi memerlukan kata laluan: Pilih kotak rait ini jika pelayan proksi anda memerlukan log masuk. Sebaik sahaja dilakukan, ruangan Nama pengguna dan Kata laluan akan dapat diedit.

Tetapan dalam tab pemberitahuan

Maklumkan saya tentang

Anda boleh menetapkan keutamaan pemberitahuan anda untuk memilih pemberitahuan apa yang diterima.

Jangan ganggu

Pada komputer Mac, anda boleh matikan pemberitahuan untuk waktu terhad. Pilih berapa lama pemberitahuan akan dimatikan.

Tetapan dalam tab penyelarasan

Smart Sync

Untuk pelanggan Dropbox Business dan Professional, anda pilih tetapan Smart Sync anda. 

Pilih Benarkan pentadbir saya uruskan tetapan ini untuk menggunakan tetapan lalai pasukan anda.

Penyelarasan terpilih

Dengan penyelarasan terpilih, anda boleh pilih folder mana yang akan diselaraskan ke komputer anda. Buang pilihan folder, dan folder itu tidak akan diselaraskan atau dimuat turun ke pemacu keras anda. Folder itu masih akan terus menyelaras ke peranti lain yang dipautkan ke akaun Dropbox anda.

Klik Lanjutan untuk pergi lebih jauh ke dalam folder Dropbox anda. Anda akan diberikan pilihan untuk memilih atau membuang pilihan mana-mana folder dalam akaun Dropbox anda

Lokasi Folder Dropbox

Pilihan ini akan menukar lokasi folder Dropbox anda. Biasanya folder Dropbox anda akan dipasang di dalam folder pengguna anda (folder yang dinamakan mengikut log masuk anda). Bagaimanapun, anda boleh pilih mana-mana lokasi pada pemacu keras anda melalui pilihan ini.

Perhatian: Walaupun anda boleh memilih lokasi folder Dropbox anda, anda tidak boleh menukar nama folder Dropbox anda buat masa ini. Tidak kira di mana ia diletakkan, ia akan dinamakan Dropbox atau Dropbox (Nama pasukan) untuk akaun Business dan Dropbox (Peribadi) untuk akaun peribadi yang bersambung.

Aplikasi desktop Dropbox tersedia untuk sistem pengendalian Linux, macOS, dan Windows. Menu keutamaan membolehkan anda untuk menyesuaikan aplikasi Dropbox mengikut citarasa anda.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan