Komputer saya tidak lagi disokong, atau tidak akan disokong tidak lama lagi. Apakah yang saya patut lakukan?

Kami kerap mengeluarkan versi baru aplikasi Dropbox dengan ciri-ciri tambahan, prestasi yang lebih baik, serta keselamatan yang dipertingkat. Versi ini kadangkala tidak serasi dengan sistem pengendalian yang lebih lama. Secara berkala, kami akan menamatkan sokongan bagi aplikasi Dropbox untuk sistem pengendalian ini untuk memastikan penawaran produk kami sejajar.

  • Tatal ke bawah artikel ini untuk melihat senarai perubahan terbaru terhadap sistem pengendalian yang disokong

Apakah maksudnya untuk saya?

Apabila satu sistem pengendalian tidak lagi disokong, aplikasi Dropbox akan berhenti menyelaraskan perubahan fail atau folder. Anda juga akan didaftar keluar daripada aplikasi desktop Dropbox pada komputer itu.

Untuk terus menggunakan aplikasi desktop Dropbox pada komputer itu selepas sokongan ditamatkan untuk sistem pengendalian anda, anda perlu mengemas kini sistem pengendalian anda kepada versi yang disokong.

Untuk melihat versi sistem pengendalian yang sedang dijalankan pada komputer anda:

  1. Layari halaman akaun Dropbox.
  2. Tatal ke Peranti.
  3. Di bawah Aktiviti terbaru, layangkan tetikus di atas ikon "i" untuk melihat sistem pengendalian peranti itu.

Pentadbir Dropbox Business

Anda boleh semak jika ahli pasukan anda sedang menjalankan aplikasi desktop Dropbox pada salah satu sistem pengendalian ini. Untuk melakukannya:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Layari pautan berikut: https://www.dropbox.com/team/admin/settings/end_of_support

Adakah fail saya masih selamat?

Ya. Jika anda sedang menggunakan aplikasi desktop Dropbox pada komputer dengan salah satu sistem pengendalian ini, dan anda memilih untuk tidak mengemas kini, fail-fail anda akan kekal dalam akaun Dropbox anda. Anda boleh mengaksesnya daripada peranti lain yang disokong, atau di dropbox.com jika anda menggunakan pelayar yang disokong.

Saya mendapat e-mel mengenai perkara ini, tetapi saya tidak menjalankan salah satu sistem pengendalian yang tersenarai di sini

Jika anda menerima e-mel tentang penamatan sokongan tetapi anda tidak menjalankan salah satu sistem pengendalian yang disebut dalam artikel ini, aplikasi Dropbox mungkin sedang berjalan dalam konfigurasi yang tidak disokong. Sila semak senarai sistem pengendalian yang disokong dan sila ambil perhatian bahawa versi yang tidak disenaraikan di sana adalah tidak disokong.

Jika anda menggunakan Windows, pastikan bahawa Dropbox tidak berjalan dalam "mod keserasian." Untuk menjalankan aplikasi desktop Dropbox, anda perlu lumpuhkan mod keserasian.

Ketahui lebih lanjut tentang mod keserasian.

Perubahan terdahulu dalam sokongan untuk sistem pengendalian

Mac

  • Pada Mei 2015, aplikasi desktop Dropbox telah berhenti menyokong Mac OS versi OS X 10.4 dan OS X 10.5
  • Pada Januari 2018, aplikasi desktop Dropbox telah berhenti menyokong versi macOS OS X 10.6, OS X 10.7 dan OS X 10.8.

Windows

  • Pada Ogos 2016, aplikasi desktop Dropbox telah berhenti menyokong versi Windows XP
  • Pada Januari 2018, aplikasi desktop Dropbox telah berhenti menyokong versi Windows Vista

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Hubungi sokongan