Cara untuk mencari ikon Dropbox dalam bar tugas atau bar menu anda

Dikemas kini Sep 14, 2023

Aplikasi desktop Dropbox disertakan ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac).

Ikon Dropbox dalam bar tugas/bar menu anda adalah tempat untuk anda kembali ke kerja anda, terus dari desktop anda. Ia memberikan anda akses mudah kepada:

Jika fail anda dilaraskan sepenuhnya, ini akan kelihatan seperti ikon Dropbox hitam padu tanpa ikon lain. Jika anda mempunyai pemberitahuan yang belum dibaca, ikon ini akan menampilkan bulatan merah dengan nombor putih di dalamnya. Ketahui lebih lanjut tentang ikon pelarasan dalam aplikasi desktop Dropbox untuk Windows dan Linux atau macOS.

Bar tugas berada di bahagian bawah sebelah kanan skrin anda di mana anda boleh temui tarikh dan masa.

 

Jika anda tidak dapat melihat ikon Dropbox, ia mungkin disembunyikan secara automatik oleh Windows. Klik anak panah kecil putih untuk menunjukkan semua ikon bar tugas.

 

Klik ikon Dropbox untuk mengakses menu aplikasi desktop Dropbox. Selepas anda mengklik ikon Dropbox dalam bar tugas anda, anda boleh mengakses dan menguruskan tetapan Dropbox anda dengan mengklik gambar profil (avatar atau parap) anda di penjuru atas sebelah kanan.

Lokasi bar tugas anda bergantung kepada pemasangan Linux anda. Dulang sistem dalam Ubuntu, contohnya, muncul di bahagian atas skrin dan kelihatan seperti ini.

 

Klik ikon Dropbox untuk mengakses menu aplikasi desktop Dropbox. Selepas anda mengklik ikon Dropbox dalam bar tugas anda, anda boleh mengakses dan menguruskan tetapan Dropbox anda dengan mengklik gambar profil (avatar atau parap) anda di penjuru atas sebelah kanan.

bar tugas-linux

Saya tidak nampak ikon Dropbox dalam bar tugas atau bar menu—adakah ikon tersebut hilang?

Ikon Dropbox hanya akan muncul dalam bar tugas atau bar menu anda jika aplikasi desktop Dropbox dimuat turun ke komputer anda dan sedang berjalan. Kadangkala, ikon Dropbox seolah-olah "lesap," kerana aplikasi desktop tidak aktif pada komputer anda.

Bagi menyelesaikan masalah ini, lancarkan semula aplikasi atau muat turun (atau muat turun semula) aplikasi desktop Dropbox dan log masuk akaun Dropbox anda apabila diminta.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan