Pratonton fail dalam Dropbox Paper

Pratonton fail membenarkan anda untuk melihat tangkapan skrin fail tanpa membukanya. 

Anda akan nampak pratonton fail jika Dropbox menyokong jenis fail anda dan:

  • Anda menambah pautan ke fail (sama ada dari Dropbox ataupun dari platform lain)
  • Anda menyeret dan melepaskan fail ke dalam dokumen Paper 
  • Anda menyisipkan fail secara manual 

Anda boleh lihat pratonton sebarang fail dalam Paper yang boleh dipratonton dalam Dropbox. Lihat senarai lengkap fail-fail yang disokong di bahagian bawah artikel ini. 

Cara menyesuaikan pratonton dalam dokumen Paper

Jika anda telah menambah fail Illustrator, PDF, atau PowerPoint ke dalam dokumen Paper, anda boleh menyesuaikan bagaimana fail itu akan dipratonton dalam Paper.

Untuk menyesuaikan pratonton fail Illustrator, PDF, atau PowerPoint yang telah disisipkan:

  1. Klik pratonton sedia ada fail itu
  2. Satu bar alat akan muncul di atas pratonton. Klik ikon empat segi empat di sebelah kiri.
  3. Dari galeri, pilih apa yang ingin dipaparkan dalam pratonton anda.
  4. Klik Tambah kepada dokumen.
  5. Untuk memilih bahagian fail mana untuk dipaparkan, klik pratonton baru. 
  6. Daripada bar alat penyuntingan yang muncul di atas pratonton, pilih ikon Pilih kawasan paparan.
  7. Klik dan seret untuk memilih kawasan yang ingin dipaparkan. 
  8. Klik Pilih.

Bagaimana untuk menambah kapsyen kepada pratonton dalam dokumen Paper

Untuk menambah kapsyen kepada pratonton:

  1. Klik imej pratonton untuk memilihnya.
  2. Klik Tulis kapsyen di bawah imej.
  3. Taipkan kapsyen anda.

Jenis fail yang disokong untuk pratonton dokumen Paper

Paper menyokong pembenaman fail video dan bunyi, serta jenis dokumen yang lain. Dengan sesetengah jenis fail, seperti Figma atau Google Maps, orang ramai boleh berinteraksi dengannya.

Paper menyokong semua jenis fail yang anda boleh pratonton dalam Dropbox, dan:

  • Adobe XD
  • Airtable (jika anda tampalkan pautan benaman Airtable, kami akan memaparkan pratonton base atau view Airtable)
  • Facebook
  • Figma
  • Framer
  • Gist
  • Isu Github dalam repositori awam
  • Google Calendar
  • Dokumen Google
  • Google Drive
  • Google Maps
  • Google Sheets
  • Google Slides
  • Instagram
  • Invision
  • Lucidchart
  • Marvel
  • Pastebin
  • Pinterest
  • Prezi
  • Slideshare
  • Soundcloud
  • Speaker Deck
  • Spotify
  • Trello
  • Twitter
  • Vimeo
  • XKCD
  • YouTube

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan