Bolehkan atau lumpuhkan ciri muat naik kamera

Sebelum anda boleh menghidupkan muat naik kamera pada peranti mudah alih anda, anda perlu sama ada:

  • Sambungkan komputer anda ke akaun Dropbox peribadi, atau
  • Naik taraf akaun peribadi anda kepada Dropbox Plus

Tunjukkan arahan untuk:

Android

Ciri muat naik kamera memuat naik foto dan video daripada telefon atau tablet anda ke folder Muat Naik Kamera anda secara automatik. Anda boleh mengawal muat naik kamera dan jumlah lebar jalur yang digunakan daripada tetapan apl anda.

Bolehkan muat naik kamera

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan butang menu.
  3. Tekan ikon gear (atau Tetapan, pada versi apl lama).
  4. Tatal ke bahagian Muat Naik Kamera.
  5. Togol untuk sama ada Hidupkan atau Matikan Muat Naik Kamera.

Secara lalai, ciri muat naik kamera ditetapkan hanya untuk membenarkan muat naik semasa peranti anda mempunyai sambungan Wi-Fi. Untuk mengubah tetapan ini:

  1. Tekan butang Menu dari apl Dropbox.
  2. Tekan ikon gear (atau Tetapan untuk versi apl yang lebih lama)
  3. Tatal ke bahagian Muat Naik Kamera.
  4. Di bawah Bagaimana untuk muat naik, pilih Wi-Fi sahaja atau Wi-Fi atau pelan data.
    • Anda juga mempunyai pilihan untuk mengehadkan muat naik semasa anda menggunakan pelan data anda untuk fail di bawah 25 MB

Semasa memuat naik fail secara manual, apl Dropbox menggunakan apa sahaja jenis sambungan yang tersedia, termasuk pelan data anda. Jika perlu, anda boleh melumpuhkan muat naik kamera dalam tetapan apl Dropbox.

iPad

Ciri muat naik kamera memuat naik foto dan video daripada telefon atau tablet anda ke folder Muat Naik Kamera anda secara automatik. Anda boleh mengawal muat naik kamera daripada tetapan apl anda.

Bolehkan muat naik kamera

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan Terbaru.
  3. Tekan ikon gear di bahagian atas skrin.
  4. Tekan Muat Naik Kamera.
  5. Pada skrin seterusnya, togol pilihan Muat Naik Kamera hidup atau mati.

iPhone

Ciri muat naik kamera memuat naik foto dan video daripada telefon atau tablet anda ke folder Muat Naik Kamera anda secara automatik. Anda boleh mengawal muat naik kamera daripada tetapan apl anda.

Bolehkan muat naik kamera

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan Terbaru.
  3. Tekan ikon gear di bahagian atas skrin.
  4. Tekan Muat Naik Kamera.
  5. Pada skrin seterusnya, togol pilihan Muat Naik Kamera hidup atau mati.

Linux

Ciri muat naik kamera hanya boleh didapati pada:

  • Desktop Windows
  • Desktop Mac
  • Peranti mudah alih iOS
  • Peranti mudah alih Android

Macintosh

Ciri muat naik kamera akan memuat naik foto dan video daripada telefon, kamera, kad SD, atau pelbagai peranti media anda yang lain secara automatik apabila anda menyambungkannya ke komputer anda. Tetapan muat naik kamera boleh ditemui dalam keutamaan aplikasi desktop.

Bolehkan muat naik kamera

Untuk membolehkan muat naik kamera, anda memerlukan versi terkini aplikasi desktop.

  1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu.
  2. Klik ikon gear.
  3. Klik Keutamaan….
  4. Togol Bolehkan Muat Naik Kamera daripada tab Import.

Vista/Win7/Win8/Win10

Ciri muat naik kamera menambah foto dan video daripada telefon, kamera, kad SD, atau pelbagai peranti media yang lain secara automatik apabila anda menyambungkannya ke komputer anda. Ciri ini bergantung pada AutoPlay Windows untuk berfungsi dengan betul. Untuk mencari tetapan AutoPlay:

  1. Buka Control Panel komputer anda.
  2. Klik Hardware and Sound.
  3. Klik AutoPlay.

Setelah anda mengesahkan bahawa AutoPlay dikonfigurasi, sila semak bahawa anda mempunyai versi terkini aplikasi desktop Dropbox. Setelah itu anda bersedia untuk menggunakan muat naik kamera.

Bolehkan muat naik kamera

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem.
  2. Klik ikon gear
  3. Pilih Keutamaan….
  4. Klik Ubah Tetapan AutoPlay daripada bahagian Muat Naik Kamera.
  5. Tetapan AutoPlay akan muncul dalam tetingkap baru.
    • Untuk membolehkan muat naik kamera, klik menu di sebelah peranti media dan pilih Import gambar dan video menggunakan Dropbox
    • Untuk melumpuhkan muat naik kamera, klik menu di sebelah kamera, telefon atau peranti media lain dan pilih Jangan ambil sebarang tindakan

Windows Phone

Ciri muat naik kamera memuat naik foto yang diambil daripada telefon anda ke folder Muat Naik Kamera anda secara automatik. Anda boleh mengawal muat naik kamera daripada tetapan apl anda.

Bolehkan muat naik kamera

  1. Buka tab Fail, Foto, atau Kegemaran.
  2. Tekan (elipsis).
  3. Pilih Tetapan.
  4. Tekan Muat Naik Kamera.
  5. Togol Muat Naik Kamera hidup atau mati.

Tablet Windows

Ciri muat naik kamera memuat naik foto yang diambil dengan tablet anda ke folder Muat Naik Kamera anda secara automatik. Anda boleh mengawal muat naik kamera daripada tetapan apl anda.

Bolehkan muat naik kamera

  1. Leret kanan untuk membuka bar Charms.
  2. Tekan Tetapan.
  3. Tekan Muat Naik Kamera.
  4. Togol Muat Naik Kamera hidup atau mati.

Muat naik kamera dan akaun Dropbox Business

  • Foto atau video yang ditambah sebelum 9 April 2014 akan kekal di dalam Dropbox kerja anda
  • Muat naik kamera selepas 9 April 2014 hanya disokong pada akaun Dropbox peribadi
  • Halaman Foto di dropbox.com hanya menunjukkan foto yang disimpan di dalam Dropbox peribadi anda

Perubahan ini dibuat untuk membantu anda mengelak daripada mencampuradukkan fail peribadi dan kerja. Jika anda ingin menambah foto dan video ke akaun Dropbox Business, anda boleh memilih fail invididu dan menambahnya secara manual.

Untuk membolehkan muat naik kamera pada peranti mudah alih, anda perlu sama ada:

  • Sambungkan komputer anda ke akaun Dropbox peribadi, atau
  • Naik taraf akaun peribadi anda kepada Dropbox Plus

Ketahui lebih lanjut tentang menyimpan foto di dalam akaun Dropbox Business.

Tingkatkan kelajuan muat naik kamera

Anda boleh menggunakan aplikasi desktop Dropbox untuk menjadikan muat naik kamera lebih pantas. Membolehkan muat naik kamera daripada apl desktop bermakna foto dan video anda akan dimuat naik apabila anda mencucuk peranti mudah alih ke komputer anda. Ini juga sepatutnya meningkatkan kelajuan muat naik anda.

Untuk membolehkan muat naik kamera daripada apl desktop:

  1. Pastikan anda mempunyai versi apl desktop terkini dipasangkan.
  2. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem atau bar menu anda.
  3. Klik ikon gear dalam tetingkap Pemberitahuan.
  4. Pilih Keutamaan.
  5. Klik tab Import.
  6. Tanda rait kotak yang mengatakan Bolehkan muat naik kamera.
  7. Anda boleh menetapkannya untuk memuat naik hanya foto, atau foto dan video.

Apabila anda mencucuk telefon, anda akan ditanya sama ada anda ingin mengimport foto dan video anda daripada peranti itu ke Dropbox. Klik ya, dan muat naik kamera akan berjalan. Mulai itu, bila-bila masa anda mencucuk peranti itu ke komputer anda, Dropbox akan memuat naik foto dan video baru secara automatik.

Mesej "menunggu rangkaian lebih pantas" dalam muat naik kamera

Muat naik kamera akan memaparkan mesej "menunggu rangkaian lebih pantas" apabila peranti anda sedang:

  • Menunggu sambungan 3G atau yang lebih pantas (4G, WiFi, dll.)
  • Dalam mod rayau (dalam kes ini apl Dropbox tidak akan mengunakan pelan data mudah alih anda)
  • Bersambung dengan WiFi dan data (2G atau ke bawah), dan terdapat masalah dengan sambungan WiFi anda

Sila periksa bahawa anda mempunyai sambungan WiFi yang kuat. Jika ini tidak menyelesaikan masalah, sila cuba daftar keluar dan masuk kembali ke apl Dropobx. Untuk melakukannya:

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan Terbaru.
  3. Tekan ikon gear.
  4. Tekan Tetapan.
  5. Tekan Daftar keluar dari Dropbox.

Mesej "Muat Naik Kamera DiGantung" dalam muat naik kamera

Apabila anda membolehkan muat naik kamera pada peranti iOS anda, apl Dropbox akan memuat naik semua foto sedia ada daripada Jalur Filem anda ke Dropbox.

Sesetengah versi lama apl Dropbox mempunyai masalah di mana foto sedia ada tidak dimuat naik jika:

  • Muat naik kamera telah dibolehkan terlebih dahulu semasa anda tidak bersambung ke internet (contohnya, peranti anda berada dalam mod penerbangan)
  • Muat naik kamera telah dibolehkan terlebih dahulu apabila peranti iOS anda telah ditetapkan untuk hanya bersambung ke data pelan, dan muat naik kamera telah ditetapkan untuk hanya berfungsi apabila peranti anda bersambung ke wifi

Foto baru yang diambil selepas anda menyambung semula ke internet akan berjaya dimuat naik ke Dropbox.

Ini tidak menjejaskan apl Dropbox versi 17.2 dan lebih baru. Jika anda menjalankan versi lama, kami telah menjeda muat naik kamera anda sehingga anda mengemas kini kepada versi apl Dropbox yang lebih baru.

Untuk mengetahui versi apl Dropbox mana yang sedang anda gunakan:

  1. Buka apl Dropbox.
  2. Tekan Terbaru.
  3. Tekan ikon gear, dan tatal ke bahagian Versi apl.

Jika anda menjalankan versi yang lebih lama daripada 17.2, anda boleh mengemas kini dengan mudah:

  1. Layari App Store pada peranti iOS anda.
  2. Cari "Dropbox."
  3. Tekan Kemas kini.

Artikel berkaitan:

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu