{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Kongsi dan simpan tangkapan skrin dengan Dropbox

Jika anda membuat banyak tangkapan skrin pada komputer anda, gunakan Dropbox untuk menyimpan dan berkongsinya serta-merta.

Perhatian: Ciri ini tidak tersedia untuk Linux.

Tunjukkan arahan untuk:

Mac

  • Untuk menangkap seluruh skrin, tekan Command-Shift-3.
  • Untuk menangkap sebahagian daripada skrin, tekan Command-Shift-4. Lukis segi empat pada kawasan yang dikehendaki dengan kursor anda, atau tekan bar ruang dan klik pada tetingkap.

Kali pertama anda melakukannya, aplikasi ini akan bertanya jika anda mahu menyimpan tangkapan skrin ke Dropbox anda. Klik Simpan Tangkapan Skrin ke Dropbox.

Pengguna Dropbox Business: Jika anda telah menyambungkan Dropbox peribadi dan kerja, anda juga boleh memilih Dropbox yang mana anda ingin simpankan tangkapan skrin. Anda boleh menukar tetapan ini kemudian di tab Akaun dalam keutamaan aplikasi desktop.

Mulai sekarang, setiap kali anda membuat tangkapan skrin, aplikasi ini akan menyimpannya secara automatik ke folder yang bernama Tangkapan Skrin di dalam folder Dropbox anda. Ia juga akan menyalin pautan ke tangkapan skrin yang anda boleh dengan serta merta tampalkannya ke mana-mana, contohnya mesej e-mel atau catatan Facebook. Sesiapa yang mengklik pada pautan akan melihat tangkapan skrin anda pada halaman pratonton pada laman web Dropbox.

Anda boleh menghidupkan atau mematikan ciri ini bila-bila masa melalui keutamaan aplikasi.

  1. Klik ikon Dropbox di dalam bar menu
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan… daripada menu.
  3. Klik tab Import.
  4. Tandakan atau buang tanda Kongsi tangkapan skrin menggunakan Dropbox.

Windows

  • Tekan Print Screen untuk menyimpan tangkapan skrin ke Dropbox anda.
  • Tekan Ctrl + Print Screen untuk menyimpan tangkapan skrin ke Dropbox anda dan menyalin pautan ke tangkapan skrin yang anda boleh tampal terus ke mana-mana, seperti ke mesej e-mel atau catatan Facebook. Sesiapa yang mengklik pautan ini akan nampak tangkapan skrin anda di halaman pratonton di laman web Dropbox.

Kali pertama anda melakukannya, aplikasi ini akan bertanya jika anda mahu menyimpan tangkapan skrin ke Dropbox anda. Klik Simpan Tangkapan Skrin ke Dropbox.

Pengguna Dropbox Business: Jika anda telah menyambungkan Dropbox peribadi dan kerja, anda juga boleh memilih Dropbox yang mana anda ingin simpankan tangkapan skrin. Anda boleh menukar tetapan ini kemudian di tab Akaun dalam keutamaan aplikasi desktop.

Anda boleh menghidupkan atau mematikan ciri ini bila-bila masa melalui keutamaan aplikasi.

  1. Klik ikon Dropbox di dalam bar menu
  2. Klik ikon gear dan pilih Keutamaan… daripada menu.
  3. Klik tab Import.
  4. Tandakan atau buang tanda Kongsi tangkapan skrin menggunakan Dropbox.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan