{"en":"This page is not currently available in your language.","id":"Halaman ini sekarang belum tersedia dalam bahasa Anda.","ms":"Laman ini kini belum boleh didapati dalam bahasa anda.","es_ES":"Esta página no está disponible en tu idioma en este momento.","da_DK":"Denne side er i øjeblikket ikke tilgængelig på dit sprog.","fr":"Cette page n'est actuellement pas disponible dans votre langue.","de":"Diese Seite ist zurzeit nicht in Ihrer Sprache verfügbar.","en_GB":"This page is not currently available in your language.","pl":"Ta strona aktualnie nie jest dostępna w Twoim języku.","it":"Al momento questa pagina non è disponibile nella tua lingua.","nl_NL":"Deze pagina is momenteel niet beschikbaar in je taal.","nb_NO":"Denne siden er for øyeblikket ikke tilgjengelig på språket ditt.","ru":"На данный момент эта страница недоступна на вашем языке.","zh_TW":"此頁面目前沒有您語言的版本。","sv_SE":"Denna sida är för närvarande inte tillgänglig på ditt språk.","th_TH":"หน้านี้ยังไม่มีให้บริการในภาษาของคุณในขณะนี้","zh_CN":"本页面暂无您所需的语言版本。","ja":"申し訳ありませんが、このページは選択した言語ではご利用になれません。","pt_BR":"Esta página não está disponível no momento em seu idioma.","ko":"현재 이 페이지는 한국어 번역이 제공되지 않습니다.","es":"Esta página aún no está disponible en tu idioma.","uk_UA":"На даний момент ця сторінка недоступна на вашій мові.","en_AU":"This page is not currently available in your language."}

Mengembalikan dan memulihkan fail dan folder terhapus di Dropbox

Bahagian-bahagian dalam artikel ini:

Memulihkan fail atau folder terhapus

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik Fail Terhapus dalam bar sisi kiri.
  4. Cari fail atau folder terhapus yang anda ingin pulihkan dan klik pada namanya.
  5. Klik Pulihkan.

Anda boleh pulihkan fail yang anda ada akses menyunting. Fail-fail yang anda ada akses lihat-sahaja boleh dilihat pada halaman Fail terhapus, tetapi anda tidak boleh memulihkannya.

Perhatian: Pemulihan boleh mengambil masa jika terdapat bilangan fail yang banyak untuk dipulihkan.

Memulihkan beberapa fail atau folder

Jika anda mempunyai akaun Dropbox Basic (percuma) atau akaun Plus, anda boleh pulihkan sebarang fail atau folder yang dihapuskan dalam masa 30 hari yang lalu. Jika anda mempunyai akaun Dropbox Professional atau Business, anda ada masa 120 hari untuk memulihkan fail terhapus. 

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail dalam bar sisi sebelah kiri.
  3. Klik Fail Terhapus dalam bar sisi kiri.
  4. Cari fail atau folder terhapus yang ingin dipulihkan. Layangkan tetikus di atas nama fail atau folder terhapus yang ingin dipulihkan dan klik ikon tanda rait bagi setiap item yang ingin dipulihkan.
    • Perhatian: Anda boleh memilih berbilang fail atau folder sekaligus dengan mengklik pada ikon kotak semak.
  5. Klik butang Pulihkan untuk memulihkan fail atau folder terhapus.

Adakah anda telah menghapuskan folder kongsian? Anda boleh menambahnya semula ke Dropbox anda.

Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pemulihan fail.

Saya menghapuskan folder kongsian—adakah itu akan menjejaskan ahlinya yang lain?

Menghapuskan folder kongsian di dalam Dropbox anda hanya akan melibatkan akaun anda. Apabila anda menghapuskan folder kongsian, anda sebenarnya meninggalkannya. Meninggalkan folder kongsian dengan menghapuskannya akan mengeluarkan folder itu daripada akaun anda, tetapi orang lain akan mengekalkan akses mereka. Anda boleh menambah folder itu kembali ke Dropbox anda pada bila-bila masa. Bagaimanapun, menghapuskan fail individu daripada folder kongsian akan membuangnya untuk semua ahli folder kongsian.

Kami kesal mendengarnya. Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda! Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan

    Komuniti

    Sokongan Twitter

    Hubungi sokongan