Adakah Acer saya layak untuk promosi ruang Dropbox?

Bahagian dalam artikel ini:

Apakah promosi Dropbox pada peranti Acer?

Apabila anda menggunakan Dropbox pada peranti Acer yang berkelayakan, ianya jauh lebih mudah untuk mengakses dokumen, foto dan video terpenting anda dari mana sahaja dan berkongsinya dengan orang lain.

Model terpilih komputer pelanggan Acer yang dibeli di negara-negara terpilih bila-bila masa pada atau selepas Mei 2015 mungkin layak untuk 15 GB ruang Dropbox tambahan selama 3 bulan.

Jika anda telah membeli tablet Acer Iconia B1-810 baru di negara-negara terpilih bila-bila masa pada atau selepas Musim Luruh 2014, anda mungkin layak untuk 10 GB ruang Dropbox tambahan selama 3 bulan.

Tablet Acer terpilih yang dibeli sebelum musim luruh 2014 mungkin telah menerima promosi yang lain. Sila lihat bahagian Terma promosi 6 bulan Dropbox untuk peranti Acer di bawah untuk maklumat lanjut.

Terma dan kelayakan promosi

Berapa lama ruang promosi ini akan sah?

Ruang promosi 10 GB pada tablet Acer sah selama 3 bulan. Promosi harus ditebus dalam masa 90 hari selepas membeli peranti anda.

Ruang promosi 15 GB pada komputer Acer sah selama 3 bulan. Promosi harus ditebus dalam masa 90 hari selepas memautkan peranti anda yang layak dengan akaun Dropbox anda.

Peranti Acer mana yang layak untuk promosi?

Promosi boleh didapati pada tablet Acer Iconia B1-810 dan komputer Acer yang terpilih buat masa ini.

Bagaimana saya menyemak jika peranti saya layak?

Peranti anda mungkin layak jika syarat-syarat berikut dipenuhi:

  • Apl Dropbox dipra-muat pada tablet Acer anda; dan,
  • Pembawa rangkaian anda mengambil bahagian dalam promosi; atau,
  • Pemasang Dropbox dipra-muat pada komputer Acer anda.

Untuk menebus promosi ini, anda perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 5 langkah daripada panduan Bermula.

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus jenis promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus tawaran promosi Acer 10 GB selama 3 bulan lebih daripada sekali.

Bolehkah saya memindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox yang lain?

Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan sebaik sahaja ia ditebus.

Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pengguna asal peranti yang baru dan layak.

Mengapa saya tidak layak untuk ruang promosi?

Terdapat pelbagai sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda telah pun menebus promosi pada peranti Acer. Anda hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi Acer 10 GB selama 3 bulan lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti Acer yang layak.
  • Apl Dropbox tidak dipramuat pada peranti anda.
  • Anda membeli peranti yang pernah dimiliki oleh orang lain atau diubah suai, dan pemilik sebelumnya telah menebus promosi yang dikaitkan dengan peranti itu. Setiap peranti hanya boleh diberikan satu promosi sahaja.
  • Peranti anda mungkin tidak layak untuk promosi disebabkan pengecualian sesetengah negara dan peruncit.

Bagaimana saya tahu jika Dropbox telah dipra-muatkan pada peranti saya?

Jika Dropbox telah dipra-muat pada tablet Acer anda, apl Dropbox sudah dipasangkan pada peranti anda tanpa perlu memuat turunnya daripada Google Play Store.

Jika Dropbox telah dipra-muat pada komputer Acer anda, ikon pemasang Dropbox boleh didapati di desktop komputer anda semasa anda pertama kali memulakan komputer anda.

Menebus promosi

Bagaimana saya menebus ruang promosi pada tablet Acer saya?

Jika peranti anda layak, anda harus melengkapkan langkah-langkah berikut untuk menebus ruang anda:

  1. Daftar atau daftar masuk melalui aplikasi Dropbox pada peranti anda yang layak untuk memautkannya ke Dropbox.
  2. Lengkapkan sekurang-kurangnya 5 langkah daripada panduan Bermula kami dalam masa 90 hari.


Bagaimana saya menebus ruang promosi pada komputer Acer saya?

Jika komputer anda layak, anda harus melengkapkan langkah-langkah berikut untuk menebus ruang anda:

  1. Gunakan pemasang yang disertakan pada peranti anda yang layak untuk memautkannya ke Dropbox.
  2. Mendaftar atau daftar masuk melalui aplikasi Dropbox pada peranti anda yang layak.
  3. Lengkapkan sekurang-kurangnya 5 langkah daripada panduan Bermula kami dalam 90 hari selepas menyambungkan peranti anda yang layak dengan akaun Dropbox anda.


Bagaimana saya memautkan komputer Acer saya ke Dropbox?

Untuk memasang Dropbox pada komputer Acer anda, cari dan klik dua kali ikon Dropbox pada desktop anda (Sekiranya anda tidak dapat mencari pemasang Dropbox pada komputer Acer anda, anda juga boleh memuat turunnya di sini).

Anda boleh mendaftar untuk akaun Dropbox baru dengan mengisi butiran di halaman ini. Jika anda sudah mempunyai akaun Dropbox, klik daftar masuk.

Apabila pemasangan Dropbox selesai, anda akan melihat halaman ini:

Pautkan komputer Acer anda ke Dropbox

Anda harus menggunakan pemasang Acer pada desktop komputer anda atau pemasang apl Dropbox Acer ini di laman web kami. Jika anda pernah memasang versi Dropbox yang lain sebelum ini, sebagai contoh dari laman web Dropbox, maka anda perlu menyahpasang versi tersebut. Anda boleh rujuk artikel ini untuk menyahpasang versi Aplikasi Dropbox yang sebelumnya.


Bilakah tarikh tamat saya perlu menebus ruang?

Promosi harus ditebus dalam masa 90 hari selepas membeli peranti anda. Anda harus mendaftar atau mendaftar masuk ke Dropbox pada peranti anda yang layak dan lengkapkan lima daripada langkah-langkah Bermula dalam masa 90 hari selepas membeli peranti anda.


Saya tidak dapat menebus ruang promosi pada peranti yang layak. Bolehkah anda bantu?

Jika anda tidak dapat menebus ruang promosi anda dari peranti anda yang layak, sila sahkan yang berikut:

  • Sudahkah anda melengkapkan sekurang-kurangnya 5 langkah daripada panduan Bermula kami? Sila ambil perhatian bahawa anda perlu melengkapkan langkah-langkah ini dalam masa 90 hari selepas membeli peranti anda yang layak.
  • Adakah anda mendaftar masuk ke apl Dropbox dengan akaun Dropbox yang lain? Anda hanya boleh menebus promosi dengan akaun Dropbox pertama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Dropbox pada peranti yang layak. Promosi tidak boleh dipindahkan antara akaun. Jika anda tidak mempunyai akses ke alamat e-mel yang pertama digunakan untuk log masuk ke Dropbox pada peranti anda, anda tidak akan dapat menebus promosi ini.
  • Pernahkah anda menebus promosi Acer yang lain? Setiap pengguna hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus tawaran promosi Acer 10 GB selama 3 bulan lebih daripada sekali.
  • Adakah peranti anda diubah suai atau terpakai? Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pembeli asal bagi peranti baru yang layak.
  • Adakah anda memasang Dropbox menggunakan pintasan pemasang pada desktop komputer Acer anda? Anda harus menggunakan pemasang Acer pada desktop komputer anda atau pemasang apl Dropbox Acer ini di laman web kami. Jika anda pernah memasang versi Dropbox yang lain sebelum ini, sebagai contoh dari laman web Dropbox, maka anda perlu menyahpasang versi tersebut. Anda boleh rujuk artikel ini untuk menyahpasang versi Aplikasi Dropbox yang sebelumnya.


Bagaimana saya menyemak jika saya telah berjaya menebus promosi?

Anda boleh mengesahkan ruang promosi anda dengan pergi ke halaman akaun anda dan klik Lihat semua ruang yang diperolehi.

Apabila promosi tamat

Bagaimana saya menyemak bila ruang promosi saya luput?

Anda boleh mengesahkan bila ruang bonus anda luput dengan pergi ke halaman akaun anda dan klik Lihat semua ruang yang diperolehi.


Apa yang terjadi apabila ruang promosi saya luput?

Apabila ruang promosi anda luput, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB dan sebarang ruang yang anda telah perolehi melalui rujukan atau bonus-bonus yang lain.

Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video dan dokumen baru ke Dropbox. Anda boleh mendapat lebih banyak ruang dengan menaik taraf kepada Dropbox Plus.

Terma promosi 3 bulan Dropbox untuk tablet Acer

Untuk tablet Acer yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini boleh didapati kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox atau mendaftar masuk ke akaun sedia ada, dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox dalam masa 90 hari selepas membeli peranti anda. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, selama tiga bulan, 10 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Promosi mungkin tidak boleh didapati kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan Acer sebelum ini. Apabila tempoh promosi tiga bulan tamat, ruang promosi 10 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak tersedia di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan atau Syria.

Terma promosi 3 bulan Dropbox untuk komputer Acer

Untuk komputer Acer baru yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox atau mendaftar masuk ke akaun sedia ada, dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox dalam masa 90 hari selepas memautkan peranti yang layak dengan akaun Dropbox. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, selama tiga bulan, 15 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Promosi mungkin tidak boleh didapati kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan Acer sebelum ini. Apabila tempoh promosi tiga bulan tamat, ruang promosi 15 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak tersedia di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan atau Syria.

Terma promosi Dropbox 6 bulan untuk peranti Acer

Untuk tablet Acer yang mempunyai aplikasi Dropbox dipra-muat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox atau mendaftar masuk ke akaun sedia ada, dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox dalam masa 90 hari selepas memautkan peranti yang layak dengan akaun Dropbox. Promosi adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, selama enam bulan, 28 GB ruang simpanan tambahan selain daripada ruang simpanan yang ditawarkan Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Promosi mungkin tidak boleh didapati kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan Acer sebelum ini. Apabila tempoh promosi enam bulan tamat, 28 GB ruang promosi yang ditambah ke perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Contact support