Adakah peranti HP saya layak untuk promosi ruang Dropbox?

Bahagian dalam artikel ini:

Apakah promosi Dropbox pada peranti HP?

Menggunakan Dropbox pada peranti HP anda yang berkelayakan menjadikkannya jauh lebih mudah untuk mengakses dokumen, foto dan video terpenting anda dari mana sahaja dan berkongsinya dengan orang lain.

Jika anda membeli komputer pengguna atau tablet Android HP di negara-negara terpilih, anda mungkin layak untuk 25 GB ruang Dropbox tambahan.

  • Jika anda membeli peranti HP anda sebelum 23 Oktober 2015, 25 GB ruang bonus akan tersedia selama 6 bulan dari tarikh pengaktifan anda
  • Jika anda membeli peranti HP anda pada atau selepas 23 Oktober 2015, 25 GB ruang bonus akan tersedia selama 12 bulan dari tarikh pengaktifan anda

Peranti HP mana yang layak untuk promosi ruang Dropbox?

Komputer riba dan desktop jenama HP, HP Pavilion dan HP Envy baru terpilih di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan New Zealand. Promosi tidak tersedia untuk HP EliteBook, HP ProBook dan HP ZBook.

Terma dan kelayakan promosi

Berapa lama promosi ini akan sah?

  • Jika anda membeli peranti HP anda sebelum 23 Oktober 2015, 25 GB ruang bonus akan tersedia selama 6 bulan dari tarikh pengaktifan anda
  • Jika anda membeli peranti HP anda pada atau selepas 23 Oktober 2015, 25 GB ruang bonus akan tersedia selama 12 bulan dari tarikh pengaktifan anda

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus jenis tawaran yang sama sekali sahaja.


Bolehkah saya memindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox yang lain?

Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan sebaik sahaja ia ditebus.


Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pembeli asal peranti yang layak.


Mengapa saya tidak layak untuk menebus ruang promosi?

Terdapat beberapa sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi HP lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti HP yang layak.
  • Apl Dropbox tidak dipra-muatkan pada peranti anda.
  • Anda membeli peranti terpakai atau diubah suai, dan pemilik sebelumnya menebus promosi yang dikaitkan dengan peranti itu. Setiap peranti hanya boleh memperolehi ruang promosi sekali sahaja.
  • Peranti anda mungkin tidak layak untuk promosi disebabkan pengecualian sesetengah negara dan peruncit.

Menebus promosi

Bagaimana saya menuntut promosi ini?

Untuk menerima 25 GB ruang tambahan di dalam akaun Dropbox anda, anda harus melengkapkan langkah-langkah berikut:

  1. Gunakan pemasang yang disertakan pada peranti anda yang layak untuk memaut ke Dropbox.
  2. Daftar atau daftar masuk melalui aplikasi Dropbox pada peranti anda yang layak untuk memautkannya ke Dropbox.
  3. Lengkapkan sekurang-kurangnya 5 langkah daripada panduan Bermula kami dalam 90 hari selepas menyambungkan peranti anda yang layak dengan akaun Dropbox anda.

Bagaimana saya memautkan komputer HP saya ke Dropbox?

Untuk memasang Dropbox pada komputer HP anda, cari dan klik dua kali pada ikon Dropbox pada desktop anda. Anda sepatutnya melihat tetingkap berikut muncul (ambil perhatian tangkapan skrin di bawah adalah untuk promosi 6 bulan):


Aliran web HP 1

Jika anda tidak dapat mencari pemasang Dropbox pada komputer HP anda, anda juga boleh memuat turunnya di sini.

Anda boleh mendaftar untuk akaun Dropbox baru dengan mengisi butiran di halaman ini. Jika anda sudah mempunyai akaun Dropbox, klik daftar masuk.

Apabila pemasangan Dropbox selesai, anda akan melihat halaman ini:


Aliran web HP 4


Saya tidak dapat menebus ruang promosi pada peranti yang layak. Bolehkah anda bantu?

Jika anda tidak dapat menebus ruang promosi anda dari peranti anda yang layak, sila sahkan yang berikut:

  • Sudahkah anda melengkapkan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 langkah dari panduan Bermula? Sila ambil perhatian bahawa anda perlu melengkapkan langkah-langkah ini dalam masa 90 hari selepas memautkan akaun Dropbox anda ke peranti HP anda.
  • Adakah anda mendaftar masuk ke apl Dropbox dengan akaun Dropbox yang lain? Anda hanya boleh menebus promosi dengan akaun Dropbox pertama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Dropbox pada peranti yang layak. Promosi tidak boleh dipindahkan antara akaun. Jika anda tidak mempunyai akses ke alamat e-mel yang pertama digunakan untuk log masuk ke Dropbox pada peranti anda, anda tidak akan dapat menebus promosi ini.
  • Pernahkah anda menebus promosi HP yang lain? Setiap pengguna hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja.

Apabila promosi tamat

Bagaimana saya menyemak bila ruang promosi saya luput?

Anda boleh sahkan bila ruang bonus anda akan luput dengan pergi ke halaman akaun anda dan klik Lihat ruang yang diperolehi.


Apa yang terjadi apabila ruang promosi saya luput?

Apabila tawaran promosi anda luput, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB (dan sebarang ruang yang anda telah perolehi melalui rujukan atau bonus-bonus yang lain).

Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video dan dokumen baru ke Dropbox. Anda boleh mendapat lebih banyak ruang dengan menaik taraf kepada Dropbox Plus.

Terma promosi 6 bulan Dropbox untuk peranti HP

Untuk komputer dan tablet HP yang mempunyai aplikasi Dropbox dipra-muat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox atau mendaftar masuk ke akaun sedia ada, dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox dalam masa 90 hari selepas menyambungkan peranti HP anda yang layak dengan akaun Dropbox anda. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, selama enam bulan, 25 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang telah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan HP sebelum ini. Apabila tempoh promosi enam bulan tamat, 25 GB ruang promosi yang ditambah ke perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan syarat-syarat Dropbox lain yang boleh didapati di http://www.dropbox.com/terms. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Terma promosi 12 bulan Dropbox untuk peranti HP

Untuk komputer dan tablet HP yang mempunyai aplikasi Dropbox dipra-muat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang (a) mendaftar untuk Dropbox atau mendaftar masuk ke akaun sedia ada, dan (b) melengkapkan panduan "Bermula" Dropbox dalam masa 90 hari selepas menyambungkan peranti HP anda yang layak dengan akaun Dropbox anda. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima, selama 12 bulan, 25 GB ruang storan tambahan selain daripada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna dengan akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini untuk setiap akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang telah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan HP sebelum ini. Apabila tempoh promosi dua belas bulan tamat, 25 GB ruang promosi yang ditambah ke perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan syarat-syarat Dropbox lain yang boleh didapati di http://www.dropbox.com/terms. Promosi tidak boleh didapati di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria atau rantau Crimea.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu