Berapa banyak ruang storan Dropbox yang saya ada?

Ruang storan Dropbox anda dikira berdasarkan ruang yang digunakan oleh keseluruhan kandungan akaun Dropbox anda. Bergantung pada pelan Dropbox anda, anda akan mempunyai kuota storan yang tertentu dalam akaun anda. Setelah anda mencapai had kuota ini, penyelarasan akan berhenti dan anda tidak akan dapat menambah atau membuat perubahan terhadap fail dalam akaun Dropbox anda.

Ruang yang digunakan oleh akaun anda termasuklah:

Jenis fail yang berikut tidak termasuk dalam pengiraan ruang anda:

Bahagian dalam artikel ini:

Berapa banyak ruang yang saya ada dalam akaun Dropbox peribadi saya? 

Untuk melihat ruang yang digunakan dalam akaun Dropbox peribadi anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pelan.
  5. Semak bar di bawah ruang Dropbox. Ini akan menunjukkan gabungan fail biasa dan fail kongsian dalam akaun anda.
    • Fail biasa: jumlah ruang yang digunakan oleh fail dan folder dalam akaun anda yang tidak dikongsi
    • Fail kongsian: jumlah ruang yang digunakan oleh folder kongsian yang berada dalam akaun anda

Perhatian: Folder kongsian yang belum ditambah ke akaun anda tidak termasuk dalam pengiraan.

Berapa banyak ruang yang saya ada dalam akaun Dropbox pasukan saya? 

Untuk melihat ruang yang digunakan dalam akaun Dropbox pasukan anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pelan.
  5. Semak bar di bawah ruang Dropbox. Ini akan menunjukkan gabungan fail biasa dan fail kongsian dalam akaun anda.
    • Fail biasa: jumlah ruang yang digunakan oleh fail dan folder oleh semua ahli pasukan yang tidak dikongsi
    • Fail kongsian: jumlah ruang yang digunakan oleh kandungan dan folder kongsian pasukan yang boleh diakses oleh ahli pasukan

Perhatian:

  • Folder kongsian akan dikira sekali untuk seluruh pasukan.
  • Folder kongsian yang dimiliki oleh akaun di luar pasukan anda akan termasuk.
  • Folder kongsian yang boleh ditambah balik ke akaun ahli pasukan akan termasuk.
  • Pengiraan ini akan dikemas kini kira-kira setiap 6-8 jam.
  • Pengiraan pasukan termasuk kandungan akaun Dropbox yang dilumpuhkan jika ia masih belum dipindahkan, dihapuskan secara kekal, atau jika ia berada dalam sejarah versi pasukan.

Had ruang ahli

Jika had ruang ahli dihidupkan, halaman pelan akaun akan menunjukkan ruang akaun ahli pasukan anda dan seluruh pasukan Dropbox Business.

Bagaimana saya melihat berapa banyak ruang yang sedang digunakan oleh ahli pasukan?

Untuk melihat penggunaan ruang ahli pasukan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Anda boleh melihat ruang yang digunakan oleh setiap ahli pasukan di bawah lajur Penggunaan.

Pengiraan ini termasuk:

  • Fail dan folder yang tidak dikongsi
  • Folder kongsian yang dimiliki oleh ahli pasukan
  • Folder kongsian yang dimiliki oleh akaun Dropbox yang tiada dalam pasukan Dropbox Business

Pengiraan ini tidak termasuk:

  • Folder Pasukan
  • Folder kongsian yang dimiliki oleh ahli pasukan lain
  • Folder kongsian yang boleh ditambah balik ke akaun ahli

Perhatian: Pengiraan ini akan dikemas kini kira-kira setiap 6-8 jam. Untuk melihat pengiraan langsung untuk ahli pasukan, klik nama ahli. Anda boleh melihat penggunaan ruang mereka pada halaman ahli mereka.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan