Apa itu salinan konflik (bercanggah)?

Salinan bercanggah adalah fail yang dicipta oleh Dropbox apabila ramai orang menyunting fail yang sama secara serentak. 

Terdapat tiga cara salinan bercanggah boleh berlaku:

  • Dua pengguna mengubah fail yang sama secara serentak
  • Seseorang menyunting fail di luar talian semasa orang lain menyunting fail yang sama
  • Satu fail dibiarkan terbuka pada komputer pengguna lain, yang mana disimpan oleh Dropbox sebagai suntingan baru—ini selalu berlaku terutamanya semasa menggunakan aplikasi dengan ciri auto-simpan

Perhatian: Versi terakhir yang disimpan akan sentiasa muncul sebagai salinan bercanggah. 

”Salinan bercanggah”, nama pengguna editor, dan tarikh disimpan akan ditambah kepada nama fail.

Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?

Cara terbaik untuk menyelesaikan salinan bercanggah adalah dengan membandingkan kedua-dua versi dan menggabungnya secara manual.

Salinan bercanggah boleh berlaku dengan semua jenis fail. Jika anda menggunakan Microsoft Word, anda boleh membaca artikel bantuan mereka tentang cara membanding dan menggabungkan dua dokumen. 

Bagaimana untuk mencegah salinan bercanggah daripada berlaku lagi?

Cara terbaik untuk mengelakkan salinan bercanggah adalah dengan bekerjasama dalam fail pada masa nyata menggunakan program seperti Dropbox Paper atau Microsoft Office Online. (Dropbox Paper disertakan percuma dengan langganan utama anda).

Jika anda tidak dapat bekerjasama pada masa nyata, cara terbaik yang seterusnya untuk mengelakkan salinan bercanggah adalah dengan mengalih keluar fail anda daripada foldernya semasa anda bekerja supaya tiada sesiapa yang boleh mengaksesnya. Setelah anda selesai menyunting, anda boleh mengalihkan fail itu kembali ke lokasi asalnya.

Selain itu, ini beberapa petua lain yang boleh dicuba:

  • Cipta satu folder baru yang bernama ”Sedang Digunakan” untuk semua fail yang sedang dikerjakan supaya kolaborator anda tahu untuk tidak melakukan sebarang perubahan
  • Untuk Dropbox Business: Apabila Lambang Dropbox memberitahu anda bahawa orang lain sedang menyunting fail, hubungi orang itu supaya anda boleh bergilir-gilir menyunting

Menghadapi jenis percanggahan yang berbeza?

Anda boleh mendapat mesej ralat berkaitan jenis percanggahan fail yang lain. Ketahui bagaimana untuk menyelesaikan setiap jenis percanggahan:

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan