Ikon bertindih Dropbox tidak kelihatan betul

Mencari lambang Dropbox? Ketahui sebab ia mungkin tidak muncul.

Jika anda tidak melihat ikon pelarasan Dropbox pada fail anda, ada beberapa penjelasan.

Penjelasan yang paling hampir ialah Dropbox mungkin telah ditutup secara tiba-tiba. Ikon bertindih kelihatan di atas fail anda hanya apabila Dropbox sedang berjalan. Untuk memeriksa jika Dropbox sedang berjalan, cari ikon Dropbox di dalam bar menu atau dulang sistem anda:

  • Windows: Anda boleh menemui dan melancarkan aplikasi Dropbox daripada menu Mula > Program anda
  • Mac: Anda boleh mendapati dan melancarkan aplikasi Dropbox daripada folder Aplikasi anda
  • Linux: Anda boleh menemui dan melancarkan aplikasi Dropbox daripada folder Aplikasi > Internet anda

Jika anda telah mengesahkan bahawa Dropbox sedang berjalan dan masih mempunyai masalah dengan ikon, berikut adalah beberapa penjelasan yang mungkin lain:

  • Tetapan Mulakan Dropbox semasa sistem bermula tidak ditanda rait di dalam keutamaan anda, atau Dropbox dipaksa berhenti
  • Anda mencari folder di Dropbox yang tidak aktif dalam lokasi sebelumnya
    • Ini boleh terjadi jika anda pernah mengubah lokasi folder Dropbox anda—cara yang paling mudah untuk mencari folder Dropbox anda ialah dengan mengklik pada ikon bar menu/dulang sistem dan klik Buka Folder Dropbox
  • Anda perlu memulihkan integrasi sistem pengendalian Dropbox dengan memasang semula Dropbox
    • Memasang semula akan menyelesaikan sebarang isu pemasangan, seperti fail ikon yang rosak, yang mungkin menyebabkan ikon hilang atau kelihatan dengan salah

Jika tiada satu pun senario ini boleh dipakai, anda mungkin mempunya fail tetapan yang rosak. Anda boleh membaiki tetapan anda dengan menyahpaut dan memautkan semula komputer anda.

Ketahui lebih lanjut

Terdapat beberapa penjelasan khusus sistem pengendalian yang lain untuk sebab tindihan tidak berfungsi pada konfigurasi bukan stok Dropbox:

Linux

Pada Linux

  • Membuka folder Dropbox anda daripada symlink akan mengkucar-kacirkan kedua-dua tindihan dan menu konteks Dropbox yang muncul apabila anda mengklik kanan pada fail atau folder.
  • Dropbox bergantung pada sambungan Nautilus Dropbox untuk menu konteks dan tindihan ikon. Jika anda memasang Dropbox daripada garis perintah dan tidak nampak tindihan ikon di dalam folder Dropbox anda, cuba muat turun dan pasang pakej Linux.

Macintosh

Pada Mac OS X

Memasang Dropbox tanpa kata laluan pentadbir akan mengkucar-kacirkan semua tindihan. Memasang semula menggunakan kata laluan pentadbir sepatutnya menyelesaikan masalah ini.

Jika anda mempunyai aplikasi atau perkhidmatan lain yang juga menambah ikon bertindih atau item menu konteks kepada fail dalam folder Dropbox anda, cuba keluar daripadanya untuk sementara waktu atau nyahpasang ia, dan kemudian mulakan semula Dropbox dan Finder.

  • Untuk mulakan semula Dropbox:
    1. Klik ikon Dropbox di dalam bar menu.
    2. Klik ikon gear dan pilih Keluar Dropbox.
  • Untuk mulakan semula Finder:
    1. Klik ikon Apple di bahagian atas skrin anda.
    2. Klik Paksa keluar.
    3. Pilih Finder, kemudian klik Lancarkan semula.

Vista/Win7/Win8/Win10

Pada Windows Vista, Windows 7, atau Windows 8

  • Jika folder Dropbox anda diletakkan di akar (atau tahap teratas) pembahagi atau pemacu keras, Dropbox boleh menghadapi masalah mengakses tetapan fail tertentu. Memindahkan folder anda ke lokasi lain pada pemacu keras anda sepatutnya menyelesaikan masalah ini.
  • Memasang Dropbox tanpa kata laluan pentadbir akan mengkucar-kacirkan semua tindihan. Memasang semula menggunakan kata laluan pentadbir sepatutnya menyelesaikan masalah ini.
  • Windows mempunyai had 15 ikon tindihan yang Windows Explorer boleh muatkan, dan sistem pengendalian menyimpan empat untuk kegunaannya sendiri. Untuk mengetahui bilangan tindihan anda yang didaftarkan, anda boleh menyemak pendaftaran:
    1. Tekan kekunci Windows + R dan tulis regedit.
    2. Navigasi ke kekunci pendaftaran yang berikut dengan laluan ini:

    3. HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\ShellIconOverlayIdentifiers     
      
      Tatal ke kanan untuk baris arahan lengkap.

      Jika Dropbox bertindih berada dalam 15 kedudukan pertama, ia akan dipaparkan; jika tidak, anda akan perlu menyediakan ruang untuknya. Sila ambil perhatian bahawa ini memerlukan anda untuk menghapuskan atau membuang keutamaan tindihan aplikasi lain, jadi hanya teruskan jika anda pasti tentang apa yang anda akan jejaskan.

    4. Jika anda pilih untuk teruskan, anda boleh memilih kekunci individu dan menghapuskannya dengan mengklik-kanan pada kekunci yang diingini. Jika anda tidak mahu menghapuskannya, anda boleh menamakannya semula dan menulis Z Z di permulaan untuk menghantarnya di akhir senarai mengikut abjad.
    5. Keluar explorer.exe dan lancarkan semula dari Task Manager, atau mulakan semula komputer anda.
    6. Lancarkan Dropbox, dan ikon pelarasan sepatutnya muncul semula.

Adakah artikel ini menjawab pertanyaan anda?

Kami kesal mendengarnya. Maklumkan kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti
    Jawapan komuniti

      Cara lain untuk mendapatkan bantuan

      Komuniti

      Sokongan Twitter

      Bantuan berpandu